Tuesday, March 31, 2009

KEMBARA CINTA (2)

-Terima Kasih Sahabat!-



LAPANGAN TERBANG Kuching di pandang sayu. Terasa ada air jernih yang membasahi pipi. Sebaknya rasa… Ah, kenapa mesti aku menangis? Aku kena kuat! Keputusan telah diambil, tak perlu ada rasa sesal. Pandang ke hadapan, mulakan hidup baru. Air mata yang meleleh di pipi dikesat dengan belakang tapak tangan.

“Wawa, nah! Makan dulu, buat…” Kata-kata Dina terhenti dengan tangan menghulur sebungkus burger. Berubah raut wajahnya melihat temannya nan seorang itu berendam air mata. “Kau menangis ke?” Dia melabuhkan punggung di sebelah Wardah.

Wardah menggeleng laju. Dia mengesat baki air mata dengan kedua belah tangan. “Naa…mana ada aku nangis. Mata masuk habuk la.”

Hello kawan, kalau ye pun nak menipu guna la alasan lain. Tu alasan dah lapuk la. Betul kan kau menangis?”

“Err…” Pandangan Dina yang mencerun membuatnya serba salah.

“Wawa, kita berkawan bukan baru sehari dua. Aku dah faham sangat dengan perangai kau ni. Sudah la tu. Janganlah sedih-sedih macam ni. Aku tau ujian ni cukup berat buat kau, tapi kau kena ingat satu perkara. Kau masih ada aku dan Alya. Kami akan sentiasa beri sokongan yang tak berbelah bagi.” Bahu Wardah diraih dan digosok perlahan.

Thanks Dina. Aku tak tau nak cakap macamana. Kau dan Alya dah terlalu banyak membantu aku. Kalau korang tak ada, tak tau la macamana aku nak hadapi perkara ni sorang-sorang.” Kepalanya dilentokkan ke bahu Dina.

Shh…dah la tu. Apa gunanya sahabat kalau tak boleh nak bantu sahabatnya yang dalam kesusahan. Wawa, kami sayang pada kau. Biarlah jarak memisahkan kita selepas ni, tapi kasih sayang kami takkan berubah. Ingat tu.” Lembut Dina memujuk sambil tangannya menggosok lembut bahu Wardah.

Air mata Wardah merembes lagi. “Aku bertuah sangat dapat korang sebagai sahabat. Bertuah sangat…” Tertahan-tahan dia bersuara.

Shh…dah la tu. Ingat, lain kali kalau ada masalah bagitau kami. Jangan nak simpan sorang-sorang. Berapa kali nak cakap kalau simpan sorang-sorang tu bahaya. Silap haribulan, kau boleh masuk Tanjung Rambutan tau!” Selamba Dina menuturkannya.

Pecah ketawa kecil dari bibir Wardah dengan saki-baki air mata masih mengalir di pipi. “Hantu betul la kau ni Dina! Kau suka ke kalau aku betul-betul masuk Tanjung Rambutan?”

“Haa…ketawa pun. Dah la tu. Kesatlah air mata tu. Nanti Alya dengan Tuan Hazril nampak pulak. Meh sini, aku nyanyi satu lagu untuk kau. Hapuskanlah air matamu, redha dan teruskanlah usahamu...pasti kau akan mengerti hidup ini putarannya tersendiri…” Dengan selamba, Dina menyayikan lagu “Putaran Kehidupan” dendangan kumpulan Firdaus yang menjadi kegemaran mereka bertiga; Wardah, Alya dan Dina.

Oppss…cukup, cukup tu…nanti hujan pulak. Tak pasal-pasal flight aku kena tunda.” Wardah sengih tawar.

Hampeh punya kawan! Kita bersusah payah nak hiburkan hati dia, sesuka hati sesedap oren semasam sunquic je kau kutuk aku ye!” kata Dina cengil.

“Hah, curi trademark aku!” Ketawa Wardah pecah lagi. Saki-baki air mata dikesat dengan kedua belah tangan. Dina senyum nipis segaris.

Anyway, thanks for everything that you’ve done for me. I’m really appreciate it.” Wardah melepas nafas berat. Tangan Dina digenggam erat. “Apapun terjadi, aku takkan lupakan korang. Korang sahabat aku dunia akhirat. Aku sayang korang sangat-sangat.” Terima kasih teman, di saat insan lain meminggir jauh, kalian tetap setia di sampingku. Budi kalian takkan mampu kubalas.

Dina menarik tubuh Wardah ke dalam dakapannya. “Ukhuwwah fillah abadan abada…”

“Dina, Wardah…kenapa ni?” satu suara menyapa. Dina dan Wardah berpandangan seketika sebelum pandangan mereka beralih ke arah tuan punya suara. Wardah memandang Tuan Hazril yang berdiri di samping Alya. Di belakang mereka kelihatan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

Tuan Hazril senyum segaris sebelum melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Dina. Wajah Tuan Hazril dipandangnya dengan riak penuh tanda tanya.

Bagaikan mengerti isyarat yang disampaikan Wardah melalui riak wajahnya, Tuan Hazril ketawa kecil. “Saya yang bagitau Ameerul flight Wardah pagi ni. Tak sangka pulak dia datang. Saya dan Alya jumpa dia kat luar tadi.”

“Eh, dah panggil masuk tu. Wardah, pass perjalanan dengan tiket ada tak?” Alya yang sedari tadi membisu bersuara.

Wardah sekadar mengangguk. Hati entah mengapa dipagut rasa sayu. Berkali-kali dia cuba menelan air liur yang terasa berpasir. Sekilas matanya memandang orang keliling. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang bergerak ke arah eskalator dan ada juga yang buat drama air mata berpeluk dengan insan-insan tersayang. Pandangan Wardah beralih pula pada empat susuk tubuh yang berdiri hadapannya. Wardah menarik nafas yang terasa berat.

“Wawa…” Alya menegur lembut. Wajah Wardah dipandangnya penuh kasih. Nyata keruh di wajah temannya itu menggambarkan apa yang terbuku di lubuk hati. Pandangannya dikalih ke anak mata Wardah. Ke manakah hilangnya sinar ceria di matamu teman? Mata yang senantiasa bersinar ceria suatu tika dahulu kini hilang cahaya dalam berkaca.

“Tuan Hazril…” Suara Wardah kedengaran begitu lemah sekali. Tuan Hazril tersenyum nipis. “Tuan, terima kasih banyak-banyak sebab susah payah tolong saya. Saya tak tau nak balas budi baik tuan. Saya…” Wardah kematian kata-kata.

“Tak perlu nak berterima kasih pada saya Wardah. Awak junior saya, dah jadi tanggungjawab saya untuk bantu awak sekadar yang saya mampu. Oh, ya! Ni Abang Lan awak ada minta saya beri awak sesuatu. Hadiah dari dia katanya.” Bungkusan plastik di tangan di hulur ke arah Wardah.

“Dia minta maaf tak dapat hantar awak. Awak pun tau kan, kami pegawai kadet senior ada latihan di Kem Terendak Melaka. Saya je yang tak dapat ikut serta sebab ada pembentangan projek tahun akhir.” Wardah terasa matanya mula berpasir. Bungkusan plastik yang kini beralih ke tangannya dipandang sayu.

JUO Adzlan, atau lebih mesra dipanggil Abang Lan merupakan senior pertama yang menegurnya sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki di Kolej Kediaman Kenanga, penempatan untuk pelajar-pelajar yang menyertai PALAPES. Abang Lan sudah dianggapnya seperti abang kandung sendiri. Jelas terbayang di fikirannya reaksi Abang Lan tatkala dikhabarkan tentang keputusannya untuk berhenti belajar. Dia masih ingat, Abang Lan menitiskan air mata sewaktu mendengar segala kisah duka dan derita yang dipendamnya selama ini.

“Wardah, saya nak awak berjanji sesuatu.” Suara Tuan Ameerul mengembalikan Wardah ke alam realiti. Wajah Tuan Ameerul dipandangnya. “Janji dengan saya yang awak takkan putus asa. Apa yang dah berlaku tu biarkanlah berlalu. Kuatkan tekad, mulakan sekali lagi. Saya yakin yang awak mampu untuk bangkit semula. Anak Johor tak takut cabaran!”

“Insyaallah tuan. Terima kasih sebab datang. Sampaikan salam saya pada senior-senior yang lain. Saya minta maaf kalau selama ni saya ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah. Jasa dan tunjuk ajar dari semua takkan saya lupa.”

“Itu dah jadi tanggungjawab kami Wardah. Ermm… satu lagi, saya harap sangat Wardah datang ke Majlis Pentauliahan kami Mei depan kat UiTM Shah Alam.” Tuan Ameerul tersenyum nipis.

“Insyaallah tuan, tapi saya tak berani nak janji apa-apa.” Rendah Wardah menjawab. Pandangannya kini beralih ke arah Alya. Air mata terasa hampir tumpah dari birai mata apabila Alya mendakap tubuhnya tanpa disangka.

“Wawa, take care. I love you so much and I’ll miss you. Forget me not.” Ada sendu yang berlagu. Wardah mengetap bibir menggeleng. Manakan mungkin aku melupakan dirimu sahabat. Antara kita tiada jarak yang mampu memisahkan. Kau kan selalu di hati ini.

Alya melepaskan pelukannya. Wajah Wardah dipandangnya sayu. “I know you are strong enough to face it. Allah knows better why He gives you this such of trial!” Alya mengesat air mata di pipi Wardah dengan kedua belah tangannya.

Wardah memandang Dina di sisi Alya. Tubuh Dina dirangkulnya kejap. Entah mengapa bibir terasa berat untuk berbicara. Yang kedengaran hanya bahasa tangisan. Seketika kemudian pelukan ditubuh Dina dilepas perlahan. Wardah menarik nafas dalam. Alya menarik tisu dari bungkusan dan menghulurkannya kepada Wardah. Wardah mengesat saki-baki air matanya dengan tisu.

“Alya, Dina…jaga diri baik-baik. Terima kasih atas segalanya. Korang sahabat terbaik yang pernah aku miliki. Aku harap ukhuwwah antara kita takkan terputus. Doakan aku terus kuat dan tabah untuk hadapi ujian ini. Aku sayang korang.” Tangan Alya dan Dina digenggamnya erat.

“Hmm... dah lambat ni. Nanti kalau terlepas flight, kena berenang merentas Laut China Selatan pulak.” Wardah tertawa kecil. “Terima kasih semua sebab bersusah payah hantar saya ke airport. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi.”

“Nanti kalau dah sampai di Senai, jangan lupa call kami.” Pinta Tuan Ameerul.

Wardah mengangguk sambil tersenyum. “Saya masuk dulu. Assalamualaikum.” Wardah berlalu sambil membetulkan beg sandangnya. Langkahnya diayun ke arah eskalator tanpa menoleh ke belakang. Sahabat, terima kasih atas tautan ukhuwwah ini. Andai kita tak berpeluang untuk bertemu lagi di dunia ini, moga kita kan bertemu di jannah-Nya nanti. Ameen... Dan air matanya gugur lagi…

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu…
(Putaran Kehidupan - Firdaus)

[bersambung]

2 comments:

  1. sedih..huwaaaaaaaaaaa...nges da adik.ha cane cane.?akak bg adik nges..
    setiap manusia Allah beri ujian sama ada nk uji iman kite atau tambah iman kite.tapi kite manusia xpena nak kuat hadapi ujian dari Allah..padahal Allah da terangkan dgn jelas "Dia xkn menguji seseorg itu diluar kemampuan hambaNya".Hurm..

    ReplyDelete
  2. nangis? huhuhu... x dpt akak nk tlg...hehehe...dik, hidup ni kn satu ujian...hidup ini satu kembara...pengembaraan yg sgt pjg...ujian tu berlaku stp saat dlm hidup kita...tp kita kn ada DOA, itu la senjata kita...berdoalah...

    ReplyDelete