7 tahun lalu..
"Udin, kenapa Udin mengaku pada Cikgu Azman?"
"Mengaku apa ni Fiqa?"
"Kejadian kat makmal kimia tu. Udin jangan pura-pura tak ingat. Kenapa Udin tak bagitau Fiqa yang Udin dilucutkan jawatan Ketua Pengawas?"
"Tak penting pun.." jawab Udin endah tak endah.
"Tak penting? Udin! Semua tu salah Fiqa. Udin tak payahlah nak tanggung kesalahan yang bukan Udin buat. Fiqa akan jumpa Cikgu Azman dan bagitau hal yang sebenar!" Aku nekad. Biarlah apa hukuman yang bakal aku terima, aku rela. Yang penting Udin tak dilucutkan jawatan. Tapi belum sempat aku nak melangkah pergi, pergelangan tanganku digenggam erat.
"Amiruddin! Apa ni?" terkejut aku dengan tindakan drastik Udin. Bayangkanlah, sebelum ini tak pernah ada seorang lelaki pun yang pernah menyentuh tanganku. Wajah Udin kupandang tajam. Eii...lepaslah!!!
"Maaf..." perlahan genggaman di pergelangan tanganku dilepaskan. Aku menggosok perlahan pergelangan tanganku yang agak perit.
"Maaf sebab dah sakitkan tangan Fiqa. Tapi Udin tak nak Fiqa jumpa Cikgu Azman. Biar Udin sorang je yang dihukum. Udin tak nak Fiqa pun dihukum sama. Fiqa tak bersalah..." tanpa memandang wajahku, Udin berkata.
"Fiqa yang masukkan logam kalium tu dalam air, bukan Udin. Jadi Fiqa lah yang salah, bukan Udin!" kataku tak berpuas hati. Kenapalah degil sangat kau ni Udin?
"Tapi semua tu berpunca dari Udin. Udin yang menyebabkan Fiqa bertindak macam tu. Memang salah Udin punbuat eksperimen tanpa pantauan dari Cikgu Azman dalam makmaltu memang kesalahan yang besar."
"Tapi..."
"Sudahlah tu Fiqa. Keputusan Udin muktamad. Kalau Fiqa jumpa Cikgu Azman juga, Udin tak akan tegur Fiqa sampai bila-bila! Tolong hormat keputusan Udin." Udin, kenapa dengan kau ni? Kenapa degil sangat? Aku tak nak sebab aku, nama baik kau terjejas. Tapi kenapalah susah sangat kau nak faham? Macamana ni? Nak bagitau atau Udin tak akan tegur aku sampai bila-bila?
* * * * * * * * * * * *
"Menung apa tu Fiqa?" Ishbuat terkejut aku je lah mamat ni. Macamana dia boleh ada kat sini pulak?
"Tak ubah-ubah perangai Fiqa ni dari dulu. Asyik termenung saja. Ingat buah hati kat KL tu ke?" usikan Udin bagaikan sembilu menghiris hatiku.
"Mana Fiqa ada buah hati? Udin jangan nak pandai-pandai buat cerita ek?"
"Udin tak percayalah. Takkan orang secantik Fiqa ni, berpelajaran tinggi, ada kerja tetap masih tak berpunya? Dulu masa study kat USM tak jumpa yang berkenan di hati ke?"
"Alah, cakap orangUdin tu bila nak makan nasi minyak? Kesian Sarah tu duduk kat rumah sorang-sorang..." ujarku sengaja memulangkan soalan itu kepadanya tanpa memberi jawapan. Udin tersenyum nipis.
"Orang macam Udin ni siapalah yang nak. Kerja tak menentu masa, pelajaran tak tinggi mana, kulit ni haah bertambah gelap! Agaknya kalau letak Udin ni sebelah Mat Black, dah tak boleh beza agaknya!" Udin tertawa riang. Entah apalah yang melucukan hatinya.
"Udin tu yang merendah diri sangat. Kan ramai anak dara kat kampung ni yang tergila-gilakan Udin. Udin je yang jual mahal. Bukan tak ada orang nak."
"Udin ni tak berharta Fiqa. Nak kahwin sekarang ni bukan cukup seribu dua,silap-silap sepuluh ribu pun tak cukup."
"Hakikat kaya atau miskin tu terletak pada hati Udin. Bukan pada luaran. Kalau harta banyak tapi tak ada kasih sayang pun tak guna, kan?"
"Ye lah tu. Sebenarnya hati Udin dah dimiliki seseorang. Lama dahsejak kita sekolah menengah lagi. Tapi tu lahkeadaan dah berubah. Udin tak layak nak berdiri di samping dia."
"Dia tau?" soalku ingin tahu.
"Tak. Udin tak pernah luahkan isi hati Udin pada dia pun. Dulu Udin ingat nak bagitau dia bila kami sama-sama tamatkan pelajaran di universiti. Tapi malangnya, Udin tak sempat nak jejakkan kaki ke universiti. Fiqa pun tau kenapa kan?"
"Jadi sampai sekarang ni, dia tak tau lah?" Udin sekadar menggeleng.
"Kenapa tak bagitau? Kalau Udin tak cuba, sampai bila-bila pun Udin takkan dapat memiliki dia."
"Fiqa pulak kenapa masih sendiri? Takkan masih tak jumpa yang berkenan di hati?"
"Fiqa tak tau siapa Fiqa di hati dia. Selama ni pun kami tak pernah sependapat."
"ItulahUdin nak pinang Fiqa, tak nak!"
"Amiruddin! Janganlah main-main!"
"Marah ke? Udin minta maaf." Ah, malas nak layan budak senget ni. Asyik nak sakitkan hati aku je.
"Udin tau Fiqa marah sebab bila Fiqa marah, Fiqa akan sebut nama penuh Udin. Macam ni ha.. Amiruddin!" gelagat Udin akhirnya membuahkan tawaku.
"Ha,kan cantik bila Fiqa ketawa. Ni tak, asyik nak marah je bila nampak Udin. Tak elok tau anak dara muka masam je. Nanti cepat tua!"
"Amiruddin!"

No comments:
Post a Comment