7 tahun dahulu...
"Eh, Fiqa nak tengok magik tak?" soal Udin sambil tersengih-sengih memandangku. Huh, serupa macam kerang busuk! Adik-beradik, sepupu-sepapat kothehehe...jahat betul aku ni.
"Alah, Udin jangan nak kelentong Fiqa lah. Habis-habis pun Udin tunjuk kat Fiqa duit yang Udin dah koyak tapi tiba-tiba langsung tak ada kesan koyakan kan? Magiklah sangat?" dah tak ada modal nak pekena akulah tu.
"Ish, mana ada. Ni betul-betul magik ni. Udin nak buat bunga api guna air. Kejap ek,Fiqa tunggu sini. Udin ambik barang-barang tu. Tunggu tau!" Ehmntah apalah yang nak dikelentong aku kali ni agaknya. Eh, apa yang dibawa Si Udin ni?
"Okey. Masukkan air dalam bekas kaca ni. Tengok ye, kejap lagi ada percikan api." Udin memasukkan sesuatu ke dalam bekas kaca tadi. Tiba-tiba ada percikan api dan bunyi letupan kecil.
"Subhanallah! Terkejut Fiqa. Udin masukkan apa tadi hah? Udin jangan main-main dengan bahan kimia kat dalam makmal ni. Bahaya tau!"
"Magik kan? Sebenarnya Udin masukkan ketulan kecil litium dalam air tu tadi. Percikan api tu terhasil disebabkan tindak balas air dengan litium. Litium tu kan dari kumpulan alkali, jadi gas yang terbebas adalah gas hidrogen dan menghasilkan larutan hidroksida logam." Terang Udin panjang lebar mengalahkan Cikgu Azman, guru Kimia kami.
"Oh,mana Udin tau semua ni?" soalku kehairanan. Nak kata Cikgu Azman yang ajar, tak ada pulak.
"Hello sayang,baca dalam buku teks Kimia ni la. Fiqa tak baca ke? Kan Cikgu Azman suruh baca sebab kita nak buat eksperimen tindak balas unsur-unsur Kumpulan I Jadual Berkala hari ni? Fiqa tak ingat ke?" Alamak, macamana aku boleh lupa ni? Hish, buat malu kompeni je. Kan si budak Udin ni dah dapat modal nak mengenakan aku. Tapi, sesuka hati dia je ek panggil aku sayang. Bila masa pulak aku jadi sayang dia?
"Jangan nak menyibuklah. Udin apa susah kalau Fiqa tak baca?" jawabku sambil bercekak pinggang.
"Tak adalah, nanti kalau jadi apa-apa hal kan susah. Abang Udin ni jugalah yang kena tolong Cik Adik Fiqahehehe..." balas Udin sambil menayangkan giginya yang putih bersih,terima kasih Colgate! Itulah yang selalu diucapkan Udin bila rakan-rakan memuji giginya yang cantik.
"Meh sini, biar Fiqa pulak yang buat. Udin ingat Udin sorang je boleh buat? Fiqa pun bolehlah!" Geram aku melihat gelagat Udin yang telah memalukan aku. Aku mengambil ketulan logam alkali di hadapan Udin dan memasukkannya ke dalam bekas kaca yang berisi air tanpa berfikir panjang kesan dan akibat dari perbuatan aku tu.
"Fiqa, nanti! Itu logam kal..." belum habis Udin berkata-kata, tiba-tiba satu percikan api yang agak besar terhasil. Aku terkejut. Apa aku dah buat ni? Tadi tu apa?
"Amiruddin! Afiqa! Apa yang kamu berdua buat ni?" satu suara kedengaran dari belakang kami. Serentak aku dan Udin berpaling.
"Cikgu Azman?
* * * * * * * * * * * *
"Awak tau tak perbuatan awak ni merbahaya? Boleh menyebabkan makmal ni terbakar?" soal Cikgu Azman, menyinga.
"Saya minta maaf cikgu. Saya tak sengaja."
"Saya cukup kesal Amiruddin. Awak seorang pelajar yang cemerlang, malah seorang Ketua Pengawas di sekolah ini. Saya hairan, macamana awak boleh membuat tindakan sebegini tanpa memikirkan sebab dan akibatnya?
Awak tahu kan logam kalium merupakan logam yang paling reaktif dalam Kumpulan I? Bila dimasukkan ke dalam air, ia akan menunjukkan tindak balas yang lebih besar berbanding litium dan natrium. Dan awak pula menggunakannya dalam saiz yang agak besar. Jadi kesannya lebih besar. Awak bernasib baik sebab tak ada kecederaan dan kerosakan serius yang berlaku."
"Saya sedar yang saya telah membuat kesilapan yang besar dan saya sedia dihukum Cikgu."
"Disebabkan kesalahan membuat eksperimen di dalam makmal tanpa pantauan dari guru bertugas dan mengakibatkan kemalangan kecil, saya sebagai Guru Disiplin, memecat awak dari jawatan Ketua Pengawas dan awak digantung tugas selama seminggu. Faham?" dengan tegas Cikgu Azman menjatuhkan hukuman dengan harapan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada Amiruddin dan pelajar-pelajar lain.
"Saya faham cikgu dan saya minta maaf sekali lagi."
* * * * * * * * * * * *
"Udin, Cikgu Azman cakap apa?" soalku apabila Udin keluar dari Bilik Pengawas. Sebenarnya lebih kepada perasaan bersalah. Kerana tindakan aku, Udin yang terpaksa menanggungnya. Aku pun hairan, kenapa dia beria-ia mengaku kejadian pagi tadi adalah perbuatannya sedangkan sudah jelas dan terang memang aku yang bersalah.
"Macam biasalah..." Aik, takkan tu je kot? Hairan?
"Macam biasa tu macam mana?" soalku tidak puas hati dengan sikap Udin yang endah tak endah.
"Macam biasa waktu Cikgu marah." Jawabnya pendek. Mustahil sebegitu mudah. Melihatkan rupa Udin tatkala ini, aku yakin ada sesuatu yang berlaku. Dan Udin tak pandai berbohong. Wajahnya telah menceritakan segala-galanya.
"Tapi..." belum sempat aku ingin bertanya lebih lanjut Udin terus melangkah pergi tanpa menghiraukanku.
"Udin!" laungku, namun sia-sia.
* * * * * * * * * * * *
"Fiqa, kau tau tak Udin kena pecat dari jawatan Ketua Pengawas dan digantung tugas seminggu?" soalan Nuha mengejutkan aku.
"Patutlah...Tapi..." hanya itu yang terkeluar dari bibirku.
"Kenapa Fiqa?" soal Nuha dengan wajah kehairanan.
Patutlah Udin sedih sangat semalam. Rupa-rupanya dia dipecat. Tapi dia tak bersalah! Aku yang bersalah! Jerit hati kecilku.
"Nuha, Udin tak bersalah. Cikgu Azman tak patut pecat Udin. Aku yang salah! Aku, Nuha!" Memang aku yang bersalah dan Udin tak perlu menanggung kesalahan aku. Aku mesti bersemuka dengan Cikgu Azman.
"Kenapa ni Fiqa? Apa sebenarnya yang terjadi?" soal Nuha lagi. Udin, aku minta maaf. Kenapa kau nak tanggung kesalahan aku? Aku betul-betul tak faham sikap kau Udin!
"Udin tak bersalah Nuha. Semalam ada kemalangan kecil kat makmal kimia. Semua tu disebabkan kecuaian aku. Tapi Udin mengaku pada Cikgu Azman yang semua tu perbuatan dia Nuha. Aku tak boleh biarkan Udin tanggung kesalahan aku. Lagipun hukuman tu cukup berat. Cikgu Azman tak patut pecat dia! Tak patut!" Aku mesti jumpa Cikgu Azman! Mesti!
No comments:
Post a Comment