Thursday, April 2, 2009

Tak Ada Maknanya! (3)



6 tahun dahulu...

Orang ramai sudah pulang meninggalkan tanah perkuburan. Yang tinggal hanya aku, Udin, Sarah, mak dan ayahku. Tiga pusara yang masih merah kupandang sayu. Udin dan Sarah masih berteleku di hadapan pusara Pakcik Razak, Mak Yam dan Kak Alya. Masih kedengaran esakan Sarah. Ah, kau terlalu kecil Sarah untuk mengerti semua ini. Dan kau Udin, aku harap kau terus tabah demi Sarah.

"Udin, Sarah, sudahlah tuari kita balik. Bersabarlah..." ayahku bersuara. Perlahan Udin bangun diikuti Sarah.

"Kita balik ye Udin... Sarah, jom ikut akakita balik ye, lain kali kita datang lagi." Tangan Sarah kuraih dan kugenggam erat. Tiba-tiba tubuhku dirangkul anak kecil itu. Tangisannya kedengaran.

"Sabar ye Sarah..." bisikku perlahan.

"S..Sa..Sarahah takda mak ayah. Kak Alya pun dah tak ada. Siapa nak jadi kakak Sarah?"

"Shhhjangan cakap macam tu, tak baik. Kesian mak, ayah dengan Kak Alya. Akak kan ada?akak boleh jadi kakak Sarah..." pujukku sambil kuusap perlahan belakang Sarah.

"Jom kita balik ye?" Mak pula bersuara. Perlahan rangkulannya dilepaskan. Wajahku ditatap sayu.

"Betul ke Kak Fiqa boleh jadi kakak Sarah?" soalnya inginkan kepastian.

"BetulSarah adik Kak Fiqa hari ini dan untuk selama-lamanya..." jawabku menyakinkannya. Segaris senyuman terukir di bibir anak kecil itu. Perlahan kupimpin tangannya melangkah pulang, meninggalkan tanah perkuburan. Tinggallah Pakcik Razak, tinggallah Mak Yam, tinggallah Kak Alyamoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amiinn...


* * * * * * * * * * * *

6 tahun dahulu...

"Pak Mail, Mak Longsaya dah buat keputusan takkan sambung belajar lagi. Saya akan usahakan ladang kelapa sawit peninggalan arwah ayah." Perlahan Udin bersuara. Aku yang duduk menemani Sarah kaget. Biar betul, takkan dia nak lupakan cita-cita dia untuk bergelar seorang jurutera?

"Kamu dah fikir masak-masak ke Udin? Kenapa kamu buat keputusan macam ni?" soal emak serius.

"Saya dah fakir masak-masak Mak Long, Pak Mail. Saya takkan sambung belajar kat UTM tu. Kalau saya sambung belajar, siapa nak jaga Sarah? Siapa nak jaga makan minum dia?"

"Kalau pasal Sarah, kamu tak payah risau Udin. Pak Mail dan Mak Long kan ada. Kami boleh jaga Sarah bila kamu tak ada nanti. Kita ni kan berjiran, hidup sekampung, kenalah tolong menolong." Ayah berkata sambil memandang ke arah Sarah.

"Tak sama Pak Mail. Sarah dah tak ada siapa-siapa kat dunia ni melainkan saya. Kalau boleh saya nak jaga dia sendiri. Biarlah saya ada dekat dengan dia. Sakit pening dia biarlah saya yang jaga. Dia baru kehilangan mak, ayah dan Kak Alya. Saya tak nak dia rasa kehilangan lagi bila saya jauh dari dia. Sekurang-kurangnya saya boleh juga usahakan ladang kelapa sawit arwah ayah." Baru kali ini aku melihat Udin bercakap secara serius dan matang. Tidak seperti selalu. Hilang sudah gelak tawanya, hilang sudah kenakalan dan usikannya yang menyakitkan jiwa.

"Terpulanglah...kalau kamu fikir itu yang terbaik buat kamu dan Sarah. Pak Mail dan Mak Long bila-bila masa saja akan bantu kamu." Kata ayah setelah agak lama berdiam diri.

"Mak Long, Pak Mailsaya mintak diri dululah. Kalau ada apa-apa hal nanti, saya datang ke mari." Udin bersalam dengan mak dan ayahku. Melihat abangnya yang hendak pulang, Sarah bergegas bangkit dan menghampiri Udin.

"Assalamualaikum Mak Long, Pak Mail..." Udin dan Sarah melangkah longlai.

"Mak, Fiqa nak jumpa Udin sekejap ye? kataku lalu terus mengekori langkah Udin dan Sarah.

"Udindintunggu Fiqa sekejap!" panggilku lantang.

"EmmFiqa, kenapa?" soal Udin, lemah.

"Keputusan awak dah muktamad ke? Awak nak lupakan cita-cita awak macam tu je?"

"Yasekarang ni, Sarah adalah segala-galanya buat saya. Biarlah saya berkorban asalkan Sarah dapat kasih sayang yang sepenuhnya seperti kasih sayang mak, ayah dan Kak Alya." jawab Udin perlahan. Udin di hadapanku kini bukan lagi Udin seperti yang kukenal dahulu. Udin di hadapanku ini seperti sudah kehilangan semangat.

"Tapi, awak kan dah janji nak melanjutkan pelajaran ke menara gading bersama saya? Awak dah lupa?" soalku cuba membuatnya menukar keputusan.

"Saya minta maaf, saya tak boleh. Fiqa pergilahsambung usaha saya,usaha Fiqa, usaha kita...Saya nak Fiqa bergelar siswazah. Dan saya nak Fiqa ingat, hati ini akan tetap seperti dulu. Tapi bila Fiqa dah berjawatan tinggi, mungkin Fiqa takkan pandang saya yang hanya bekerja di ladang kelapa sawit kan?" Udin tersenyum kecil. Ah, di saat seperti ini pun kau masih ingin berjenaka.

"Muktamad?" soalku inginkan kepastian. Soalanku hanya dibalas dengan satu anggukan kecil. Tidak sempat aku berkata apa-apa lagi, Udin dan Sarah melangkah pergi.

Amiruddin...


* * * * * * * * * * * *

Tapiselepas kitorang habis tingkatan lima, kami berpisah. Aku melanjutkan pelajaran di USM. Dia pulak bertegas nak mengambil alih tugas arwah ayah dia. Adalah dalam lima enam tahun juga kitorang berjauhan. Bila raya je aku balik ke kampung sebab aku dah ada kerja tetap kat KL.

Setiap kali balik jugak la aku 'dibaham' habis-habisan oleh Udin. Aku tak habis-habis jadi bahan cerita dia kepada saudara-mara aku setiap kali hari raya. Dia suka memalukan aku dari dulu lagi dan makin kitorang meningkat dewasa, makin dia suka memalukan aku dengan selambanya, tak kira la depan mak ayah aku, makcik-makcik aku, sepupu aku,semua sekalilah! Macam badut je rasanya bila diri ni diperlakukan begitu.

Disebabkan hal itulah aku betul-betul rasa berat hati nak balik setiap kali menjelang hari raya. Aku balik pun terpaksasebab mak beria-ia suruh aku balik ke kampung! Aku berharap sangat hari raya tahun ni akan berlaku keajaiban. Aku berharap tak ada lagi peristiwa yang memalukan aku. Aku dah besar, dah nak masuk 24 tahundah, ada perasaan sensitif! Kalau berlaku jugak, sumpah aku tak nak balik kampung lagi!!!

"Kak..errak Fiqa? suara Sarah membawa aku kembali ke alam nyata.

"Emmye, kenapa?" soalku.

"Ehm..petang ni datang ke rumah ye, kita buka puasa sama-sama, sebab Sarah dah lama tak berbuka dengan akak,boleh ye kak?" soal Sarah dengan wajah penuh mengharap. Alamak, errmacam mana hah?

"Alahpergi jelah Fiqa oiibukannya jauh sangat. Selang dua tiga rumah je dari sini." emak menyampuk. Aik? Bila masa pulak emak muncul ni? Ish, musykil...musykil...macam ada pakatan je?

"Tapi mak?"

"Mak pun nak kamu tolong hantarkan kuih sikit kat Si Udin tu, kesiantakda orang pun nak buatkan juadah berbuka puasa untuk dia. Bukannya dia ada siapa pun. Si Sarah ni jelah, entah reti ke tidak nak buat kuih!" kata emak.

"Tau Mak Long, errtapi cuma tak sedap jelahhehehe..." balas Sarah sambil tertawa kecil. Emak sekadar menggelengkan kepala lalu keluar dari bilikku.

"Psst..Kak Fiqabang Udin takda kat rumah petang ni,dia balik lewat. Akak jangan risau!" bisik Sarah. Nak tak nak, terpaksalah aku pergi atas dua desakan utama, Mak dan permintaan Sarah. Kebetulan Udin tak ada kat rumah petang nisebab time macam ni dia dah sibuk giler menguruskan hal minyak kelapa sawit, hantar minyak mentah, pantau kualiti minyak yang sedang diproses. Bukannya tak ada pekerja, tapi katanya dia lebih selesa kalau dia yang turun padang, lebih-lebih lagi nak raya ni, minyak jadi sumber wajib. So kualiti kena jaga baik-baik.

Hmmlupakanlah hal dia. Baik aku fokus kat tujuan utamahehehe...bolehlah aku berbuka puasa puas-puas dengan Sarah nanti.

No comments:

Post a Comment