Tuesday, March 31, 2009

Tak Ada Maknanya! (1)

-Nighmare!!!-

Balik kampung? Kenapa mesti aku balik lagi tahun ni? Cukuplah dengan seksa yang aku tanggung tahun lepas. Tu tak kira lagi dengan tahun-tahun sebelumnya. Tak boleh ke sekali sekala orang kat kampung tu beraya kat KL? Syok gak apa… Ni tak, asal raya jer balik kampung, asal balik kampung je naye! Arghhh! Aku tak nak balik!

Tapi… mak ngan ayah berharap sangat dengan kepulangan aku, satu-satunya anak kesayangan diorang. Serba salah aku dibuatnya. Hmm…

Titt! Titt! Titt! Emm...berbunyi pulak telefon ni. Siapalah agaknya yang telefon malam-malam macam ni?

"Hello, assalamualaikum, siapa tu?"

"Waalaikumussalam, ni mak Fiqa…"

"Ha mak, apa khabar? Kenapa mak telefon Fiqa ni mak?"

"Baik…alhamdulillah. Kamu ni bila nak balik?" Aduh! Soalan yang paling aku takuti akhirnya muncul jugak. Emm...nak jawab apa ek?

"Emm...mak...kalau Fiqa tak balik raya ni tak boleh ke mak?"

"Hah! Tak balik? Kenapa pulak ni?" Suara emakku tiba-tiba meninggi, terkejut kot dengan jawapan aku. Ye la, tak pernah dibuat orang sengaja tak nak balik beraya kat kampung. Bukan tak dapat cuti...tapi SENGAJA...

"Ala… Fiqa malas la nak balik tahun ni, banyak kerja nak kena siapkan. Apa kata mak dengan ayah kali ni beraya kat KL jenguk Fiqa, happening sikit…"

"Apa mimpi kamu nak beraya kat KL? Apa la ada kat sana tu?"

"Macam-macam ada mak…" curi ayat Pakcik MAA kat Astro jap.

"Alasan kamu je tu… lagipun tak kesian ke kat mak ni, anak dah la sorang, malas nak balik beraya pulak tu. Bukan selalu pun dapat jumpa. Kamu tu sibuk memanjang. Balik la ye…" sayu kedengaran suara emak di hujung talian. Ni yang buat hati aku jadi cair... macam mana ni? Nak balik ke tidak?

"Tengok la nanti mak…" rasanya inilah jawapan yang terbaik buat masa ni.

"Tak boleh jadi ni… Kamu mesti balik! Ini arahan daripada mak!" tegas emak bersuara.

"Tapi mak…"

Belum sempat aku bagi alasan yang lebih kukuh, emak terus bersuara, "Tak ada tapi-tapi, kamu mesti balik, kalau tak…"

"Kalau tak, apa?" kenapa dengan mak ni? Bunyi macam nak mengugut je.

"…Mak akan suruh Udin jemput kamu kat KL tu, mana kamu nak?" Udin? What? Kenapa nama tu juga yang emak gunakan?

"Eh, apa mak ni, main ugut-ugut pulak!" Kalau aku kata tak balik, silap-silap haribulan betul-betul Si Udin tu datang jemput aku kat KL ni...

"Sekarang ni kamu nak balik ke tak?" emak bersuara sinis.

"Err.. yelah, yelah… orang balik!" Mak aku ni apa la, nak balik kampung pun main ugut-ugut. Ugutan berbau nama Udin membuatkan aku trauma sekejap. Bagi aku Si Udin tu tak lebih tak kurang macam mimpi ngeri! Udin… kenapa kau wujud dalam setiap episod hidup aku? Kenapa? Aduhh, pening!

* * * * * * * * * * * *

Titt! Titt… Titt! Titt! Titt… Titt!

Mesej dari siapa pulak ni?

'Nnti Udin amik Fiqa kat terminal'

Laa, mesej daripada dia rupanya. Gatal nak ambik orang apahal?

'Tak payah'

'Takda! Udin nak amik gak. Kita jmpa kt sana. Jgn cuba mlarikn diri!'

Eiii! Geramnya aku dengan Udin ni!!! Ya, pasal mamat ni la aku benci nak balik kampung. Tak ada orang lain yang aku meluat dan menyampah melainkan dia sorang ni jer. Dari dulu… Dari dulu lagi aku memang tak suka dengan dia! Hensem la mana pun, aku tetap takkan suka kat dia! Tapi mak aku mati-mati puji dia. Baik la, taat la, rajin la. Kenapa aku tak boleh nampak? Aku agak la kan… Mak aku dah kena jampi dengan Udin la. Camtu gak ngan semua orang yang sukakan dia! Walau bagaimanapun dia baik kononnya, dia takkan dapat buat aku sukakan dia. Aku betul-betul berkeras!

"Hehe…bagus, on time!" Hek eleh… mamat kerek ni betul-betul la pulak datang ambik aku. Eiii… benci betullah!!!

"Sampai jugak ye, ingatkan dah tak nak balik kampung dah!"

Bunyi macam menyindir je. Ni yang buat aku makin geram dan benci dekat kau, tau tak?

" Nak buat macam mana, dah terpaksa…"

"Salam…" tiba-tiba Udin menghulurkan tangan kepadaku. Awat lak mamat ni?

"Eh, nak buat apa?"

"Salam je la…" jawabnya dengan wajah selamba.

"Ahh! Takde maknanya! Fiqa tak nak!" Buang tabiat ke mamat ni? Ada ke nak bersalam dengan aku...ingat aku ni siapa dengan dia? Isteri? Hohoho...mintak simpang malaikat 44 la...

"Ooo… dah pandai melawan ye sekarang. Salam tu kan tanda saling hormat menghormati antara satu sama lain."

"Awak memang pandai Encik Udin… cukup pandai… tapi awak lupa satu perkara, kita ni bukan mahram. Takkan tak faham-faham lagi kot? Awak belajar agama sampai Darjah Khas kan?" aku bersuara sinis. Mamat ni bukan tak tau hukum. Dulu masa Sijil Darjah Khas kalau tak silap aku dia dapat pangkat satu...aggregate pun boleh tahan.

"Oh, ye ke? Bukan saya ni bakal suami awak ke wahai Cik Ainul Afiqah?" Hah! Apa mamat ni merepek siang-siang hari ni? Bila pulak termaktub dalam dairi hidup aku yang dia ni bakal menjadi suamiku? Ke aku yang hilang ingatan?

"Siapa cakap? Tolong sikit ye… takde maknanya saya ni nak kahwin dengan awak tau tak?"

"Emm… whatever la… dah, jom balik. Mak Long tentu dah tak sabar nak jumpa anak dara kesayangan dia ni… meh le!"

Aku menurut langkah Udin dengan perasaan jengkel, geram bercampur baur. Dah la aku baru sampai, takkan nak lancarkan perang dengan aku kot bulan-bulan puasa ni? Tiba-tiba langkahku terhenti...biar betul?

"Naik motor ke?" aku bertanya, inginkan kepastian.

"Yup! Naik motor lagi best, dapat sedut udara segar… romantik lagi…" jawab Udin sambil tersengih. Huh! Macam kerang busuk!

"Eiii… takde maknanya romantik-romantik ni. Nape Udin seksa Fiqa macam ni?"

"Kenapa cakap macam tu? Seksa apanya?"

"Kereta Udin mana? Kenapa jemput naik motor buruk ni? Malu la! Nanti apa orang kampung cakap kalau diorang naik motor ni dengan Udin? Dah la sekarang ni bulan puasa..." Aku pelik betullah dengan mamat ni, ada kereta tapi jemput aku naik motor buruk ni.

"Saje je… lagipun buat apa nak manjakan tuan puteri sorang ni, nanti mengada-ngada lebih."

"Tak naklah Fiqa naik motor dengan Udin. Biar Fiqa balik naik teksi je la kalau macam ni…" Aku cuba mengambil begku di tangannya.

"Ops…tunggu dulu… siapa kata Fiqa akan naik motor dengan Udin? Ni hah pembantu Udin dah siap sedia berkhidmat untuk Fiqa. Fiqa naik motor dengan Sarah, okay?" Laa...Sarah ada rupanya. Alamak, malunya aku!!!

"Tak guna betul la Udin ni, saje je nak kenakan Fiqa. Nah, ambik ni!" Hiii...tak pasal-pasal aku terperasan lak yang dia nak aku naik motor berdua dengan dia. Lantas majalah ANIS dalam tanganku melayang ke bahu kanannya.

"Adeh… bisanya! Tapi sedap gak… Ala, orang nak gurau pun tak boleh?" Udin berkata sambil mengusap-usap bahu kanannya. Aik, sakit ke?

"Nak gurau pi la surau! Nasiblah tengah puasa, kalau tak dah lama Fiqa terajang tau!"

"Hmm… apa la sangat terajang Fiqa tu…"

"Nanti Fiqa report kat mak!"

"Report la, Udin dengan Mak Long member kamcing." Ni lagi satu masalah bila mak aku dengan Si Udin ni rapat. Silap-silap mak aku pilih jadi bakal menantu.

"Assalamualaikum Kak Fiqa. Sarah rindulah dengan akak..." sambil tersenyum tanganku disalami dan tubuhku dirangkulnya.

"Waalaikumussalam. Akak pun rindu juga dengan Sarah. Udin, kenapa susahkan Sarah? Kan lebih baik Fiqa balik sendiri…" soalku sedikit kesal kerana kepulanganku membebankan insan lain.

"Takda apa yang susah pun Kak Fiqa. Sarah yang menawarkan diri...lagipun..."

Tiba-tiba Udin memintas kata-kata Sarah. "Kereta Udin Pak Mat pinjam, nak hantar anak dia ke hospital… Kak Lijah nak bersalin. Emm...dah la tu, dah lewat ni. Nanti tak sempat sampai rumah sebelum waktu berbuka..."

* * * * * * * * * * * *

"Assalamualaikum mak… eh, Mak Long, Fiqa dah sampai ni." Eee...mengada-ngadanya mamat ni. Ada ke patut dia panggil mak aku 'mak'?

"Waalaikumussalam… eh, alahai Fiqa anak mak…"

"Makkk…" melihat mak, lantas aku meluru dan memeluk tubuh emak erat. Tanpa dipaksa-paksa, air mataku menitis.

"Eh, kenapa nangis pulak ni?" emak bertanya kehairanan.

"Gembira sangat tu Mak Long. Almaklumlah bukan selalu dapat balik kampung sendiri." Udin menyampuk.

"Eh, banyaklah awak punya gembira!" Macamana aku boleh terlupa Udin masih ada kat sini? Buat malu je dia nampak aku menangis.

"Eh, tak baik tengking-tengking orang. Patutnya Fiqa ucap terima kasih sebab Udin dah tolong mak jemput Fiqa. Mintak maaf cepat!"

"Tak nak!" dengan selamba aku menjawab. Maaf mak, bukan niat Fiqa nak melawan cakap emak, tapi Fiqa geram sangat dengan Udin ni...

"Takpe la Mak Long, penat agaknya tu. Saya pun tak kisah, lagipun…" Hii… manis betul la mulut Si Udin ni. Patutlah semua orang suka kat dia.

"Terima kasih ye Udin… Kalau tak ada Udin dengan Sarah, tak tau kat sape Mak Long nak mintak tolong. Nak harapkan ayah dia, jangan mimpilah. Asyik sibuk dengan kebun dia tu je. Eh, meh la naik dulu. Dah nak berbuka ni. Berbuka kat sini je la hari ni ye Udin, Sarah. Tak sempat dah nak balik tu."

"Eh, tak payah susah-susah la Mak Long, saya ikhlas. Lagipun Sarah dah masak juadah untuk berbuka… nanti siapa pulak yang nak makan kalau kami berbuka kat sini. Lain kali jerlah. Kami balik dululah ye Mak Long… Fiqa… Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam…" emak menjawab perlahan sambil leka memerhatikan langkah dua beradik itu.

"Kak Fiqa, Sarah balik dulu. Esok Sarah datang sini… nanti bolehlah kita borak panjang." Teriak Sarah sambil tertawa riang.

"Terima kasih ye Sarah sebab susah payah jemput akak…"

"Tak susah pun…"

"Hmm… baik sungguh Udin tu, kan Fiqa?" Tiba-tiba emak bersuara.

"Huh, takde maknanya mak!" Emak ni tak habis-habis memuji Si Udin tu...aku bencilah!!! Benci sangat!!!
[Bersambung]

No comments:

Post a Comment