Showing posts with label ISB. Show all posts
Showing posts with label ISB. Show all posts

Monday, December 15, 2008

Indahnya Saat Bersamamu... (ISB) - Bahagian 2

“ADIK-ADIKKU kasih dan sayang...
Bagaimana pula jika tiba-tiba Izrail datang menjemput kita sekarang ini? Kita belum sempat bertemu kedua ibu bapa kita. Kita belum sempat bertemu adik-beradik kita. Kita belum sempat memohon ampun dari mereka, sedangkan kita sering menyakiti hati mereka. Apakah yang akan kita bawa bertemu Allah?”


“EH, JAJA! Kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat sangat ni.”

“Eh, Kak Yong...Kak Ngah...” Jaja menyapu sisa-sisa air mata yang membasahi pipinya.

“Kenapa ni Jaja? Ada masalah ke?” Kak Ngah mengusap lembut belakang Jaja yang sedang duduk memeluk lutut.

“Jaja, kalau Jaja ada masalah, ceritalah pada kami. Insyaallah, mana yang akak berdua boleh bantu, kami akan bantu. Tak baik pendam masalah seorang diri.”

“Jaja, Kak Yong tak paksa Jaja bercerita pada kami. Mungkin Jaja tak selesa nak bercerita pada kami. Tapi Jaja kena ingat, kami sayangkan Jaja sebab kita berpegang pada akidah yang sama.” Ujar Kak Yong sambil tangannya menggenggam erat tangan Jaja.

Suasana sepi seketika.

“Kak...Jaja ni jahat. Jaja banyak bagi masalah kat semua orang. Jaja selalu lawan cakap mama dan papa. Jaja selalu bagi masalah pada pihak sekolah. Jaja selalu lawan cakap cikgu. Akak cakap je apa jenis peraturan sekolah yang Jaja tak langgar? Setakat lompat pagar tu tak ada masalah buat Jaja.”

“Kenapa Jaja buat macam tu? Jaja tak rasa ke apa yang Jaja buat tu salah?” soal Kak Yong lembut.

“Kak, Jaja benci dengan semua orang! Jaja dah penat dibanding-bandingkan. Kat sekolah cikgu-cikgu selalu bandingkan Jaja dengan Abang. Kat rumah mama dan papa pun sama. Jaja tau abang memang baik dari semua segi. Abang pandai, aktif dalam sukan, tilawah, pidato. Kenapa semua orang nak Jaja mesti jadi serupa macam abang? Jaja pun ada minat Jaja sendiri, tapi tak pernah ada siapa pun yang ambil peduli.” Jaja melepaskan satu keluhan berat. Suasana menjadi sepi. Masing-masing diam membisu.

“Sebab tu Jaja buat macam ni? Lawan cakap mama dan papa? Lawan cakap cikgu?” Kak Ngah memecah kebisuan kami.

“Kak, Jaja sedar apa yang Jaja buat tu salah. Jaja tau Jaja tak patut buat semua ni. Memang Jaja nak berubah kak...tapi...” kata-kata Jaja terhenti di situ. Empangan air matanya mula pecah.

“Alhamdulillah, Jaja sedar kesilapan yang dah Jaja buat.” Kak Ngah tersenyum manis.

“Tapi kak, Jaja ni jahat. Boleh ke Jaja betulkan semula kesilapan Jaja?” Jaja tunduk menekur ke bumi.

“Jaja, tak ada makhluk yang bernama manusia yang tak pernah buat silap sebab kita bukan maksum. Kak Yong sendiri pernah buat silap, pernah kecewakan mak dan ayah Kak Yong. Tapi bila kesedaran tu datang, kita kenalah berubah. Akak tau, bukan mudah kita nak buat perubahan yang besar pada diri apatah lagi bila orang dah labelkan kita macam-macam. Tapi yang penting, kita kena kuatkan semangat. Jangan hiraukan apa orang lain nak kata.”

“Jaja, sebagai anak kita wajib taat kepada perintah ibu dan ayah selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Jaja beruntung sebab masih ada ibu dan ayah. Pernah tak Jaja fikir, letakkan diri Jaja di tempat orang lain yang dah tak punya kedua-duanya? Kak Ngah sendiri telah kehilangan keduanya. Betapa rindunya Kak Ngah pada mereka, betapa kesalnya sebab tak sempat nak membalas jasa-jasa mereka hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, Kak Ngah masih diberi peluang olehNya untuk menumpang kasih dari sebuah keluarga yang sangat besar. Kak Ngah punya kasih sayang dari Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak, Pak Kay, Ummi Ida, Mak Andak, Kak Nina dan semua ahli keluarga team KBM KL. Mungkin kasih sayang mereka tak sama macam kasih sayang ibu dan ayah kandung, tapi Kak Ngah bersyukur sangat.”

“Dah la tu Jaja. Dah lewat sangat ni. Pergilah tidur. Nanti nak bangun awal kan?” Kak Yong mengusap lembut belakang Jaja.

“Kak Yong, Kak Ngah...terima kasih ye.”

“Kenapa pula nak berterima kasih ni?” Kak Ngah tersenyum nipis.

“Terima kasih sebab Kak Yong dan Kak Ngah sudi jadi pendengar, sudi melayan karenah Jaja. Terima kasih juga sebab terima Jaja as the way I am.”

“Itu dah jadi tanggungjawab kami Jaja. Bagi Kak Yong, tak ada manusia yang sempurna. Setiap dari kita pasti pernah buat silap. Dan menjadi tanggungjawab Kak Yong untuk membantu Jaja sebab kita memiliki akidah yang sama. Kami sayang pada asik-adik semua. Atas rasa kasih dan sayang inilah kami sanggup datang dari jauh, korbankan masa kami untuk bantu adik-adik.”

“Kak Yong, Kak Ngah...” Jaja memeluk erat tubuh Kak Yong dan Kak Ngah. Air matanya gugur lagi.

“Syy...dah, jangan nangis lagi. Kan dah tak comel adik Kak Ngah ni. Pergi tidur ye?”

“Baiklah Kak Ngah, Kak Yong. Jaja masuk dulu ye. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” serentak Kak Yong dan Kak Ngah menjawab.

“Kak Ngah...”

“Emm...”

“Kak Yong sayang Kak Ngah sangat-sangat...” Kak Ngah tersenyum sambil memandang Kak Yong. Tangan Kak Yong digenggam erat.

“Angah pun sama...”

“Cantik kan bulan malam ni?” Masing-masing tenggelam melayani perasaan.

Indahnya Saat Bersamamu... (ISB) - Bahagian 1

“OPSS!” Jaja tiba-tiba berhenti berjalan.
Husna dan Sarah turut berhenti sambil memandang Jaja dengan kening terangkat.

“Korang pasti ke yang program KBM ni bukan ceramah agama?” soal Jaja sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Cikgu Zul bagitau KBM ni program motivasi tapi tak ada ceramah-ceramah yang aku tau cukup alergik untuk kau.” Ujar Sarah sambil tersengih.

“Kenapa pulak?” berkerut muka Jaja tanda protes.
“Eleh, macam kitorang tak kenal kau. Kalau dengar ceramah, confirm kau lena statik kepala tegak mata pejam.”

“Tak pun, kau seludup walkman dalam baju kau dan earphonekat telinga tu bakal berdentumdengan lagu-lagu Simple Plan kau tu.” Tokok Husna sambil angkat kening double-jerk.

Jaja mencebik.

“Jom, dah lambat ni. Macam mana kita nak masuk ni?” Soal Sarah.
Jaja buat kening double-jerk. “Kita buat gaya sheriff masuk kasino.” Dan senyum nakal berbunga di bibirnya.


“WEH KORANG.”

“Kenapa?” Soal Husna.

Jaja dah laju ke depan. “Korang tak lapar ke?”

“Dasar perut belanga la kau ni.” Sarah mencebik.

Mereka beriringan ke kantin sekolah. Masa yang diberikan untuk kudapan hanya 30 minit. Sarah, Husna dan Jaja duduk semeja. Selesai Sarah membacakan doa, masing-masing mencapai sudu dan garpu.

“Jaja.”

“Hmm?”

“Macam mana?”

“Apa dia?” Jaja angkat kening sebelah.

“Macam mana program ni?” Soal Husna sambil tangannya menyuap nasi lemak ke mulut.

“Hmm...so far okey je. Akak-akak fasi comel-comel belaka. Abang-abang fasi pun boleh tahan tahap kehensemannya.”

“Gila kau Jaja! Aku tanya betul-betul ni.” Husna ketawa.

“Assalamualaikum...”

“Eh, Kak Yong! Waalaikumsalam.” Jawab Sarah.

“Maaflah ganggu korang berborak. Boleh akak duduk sekali?”

“Duduklah kak.” Jawab Husna manakala Sarah dan Jaja sekadar mengangguk.

“Boleh akak tau nama adik-adik?”

“Elya Maisarah. Panggil Sarah.”

“Saya Zaidatul Husna. Panggil Husna.”

“Afza Humairah. Tapi nick pelik sikit.”

“Apa dia?” Soal Kak Yong.

“Jaja the troublemaker!” Serentak Husna dan Sarah berkata sambil tertawa nakal.

“Jaja the...what?” Soal Kak Yong agak kebingungan.

“Jaja ni 'penjenayah' sekolah kak. Entah bila nak retired, tak tau la kami.” Tawa Sarah meletus.

Jaja sengih sumbing. “Hampeh la korang ni. Buat malu aku je.”

“Janganlah usik Jaja lagi. Biasalah remaja macam korang ni. Nakal sikit tak mengapa.” Ujar Kak Yong tersenyum nipis.

“So, macam mana program ni setakat slot KMKY tadi?”

“Best tahap tak ingat!” Sarah tersengih.

“Gila ah ding dong!” Jaja tertawa kecil. Husna sekadar menunjukkan thumbs up!

“Tapi kan Kak Yong, saya tak pernah pergi program motivasi yang happening macam ni. Bukan setakat fasi-fasi je yang sporting, pakcik-pakcik tu pun slumber je buat Happy Chicky!” Sarah rancak bercerita.

“Haa...sebut pasal Happy Chicky ni, macam kena geletek je tali usus saya ni bila tengok kawan-kawan yang lain. Masing-masing dah macam anak ayam terkepak-kepak.” Tokok Husna.

“Alhamdulillah...adik-adik seronok join program ni. Eh, ni dah pukul 10.30 pagi. Korang kena masuk dewan sekarang ni.”

“Eh, ye la. Seronok bercerita sampai tak ingat dunia.” Jaja merenung jam di pergelangan tangan.

“Memang la tak ingat dunia, sebab kita kena ingat akhirat.” Kata-kata Husna disambut tawa mereka berempat.