tag:blogger.com,1999:blog-5322842625374168052024-03-13T05:25:50.410-07:00Tatkala Pena Menulis...[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.comBlogger25125tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-656942598972265682010-09-25T02:02:00.000-07:002010-09-28T09:41:12.347-07:00[K.A.M.I] Maryam Ibtihal - Bab 4- Bila Hati Berbisik -

“MAR...” Balqis tersenyum sambil tangan kanannya menghulurkan sebiji mug berisi coklat panas kepada Maryam.

“Terima kasih!” Maryam menyambut mug yang dihulurkan kepadanya dengan kedua-dua belah tangan. Dia menegakkan duduknya. Bantal kecil di sebelah kirinya lantas diambil dan diletak ke riba. Balqis mengambil tempat di seblah Maryam. Televisyen yang terpasang diperhatikannya.

“Kingdom Of Heaven lagi?” Berkerut dahi Balqis sambil memandang wajah Maryam. Maryam senyum segaris. Balqis di sisinya dikerling.

“I’m falling in love!” Ujar Maryam, selamba.

“Hah??? With???” Balqis kaget. Wajah Maryam dipandangnya lama, memohon penjelasan.

“This story...” Maryam tergelak kecil. Tangan kanannya menekup mulut. Balqis tersenyum lebar. Pantas tangannya singgah di lengan Maryam.

“Aduh! Garangnya...” Maryam mengusap perlahan lengannya yang menjadi mangsa Balqis. Dia menarik muncung panjang.

“Siapa suruh main-main?”

“Betullah. Siapa pula main-main? Mar memang dah jatuh cinta dengan cerita ni. Hebat sungguh Salahuddin ni. Tengoklah strategi peperangan dia. Sangat tersusun. Sibuk-sibuk berperang pun, solat tetap ditunaikan.” Mug berisi coklat panas dibawa ke bibir dan dihirup perlahan.

“Mar tak tengok lagi cerita Lion of the Desert. Kisah perjuangan Omar Mukhtar menentang penjajah Itali di Libya. Kalau Mar tengok cerita tu, mesti kagum habis dengan Omar Mukhtar.” Balqis bangkit dan bersila di atas permaidani. Komputer ribanya yang berada di atas meja sofa dicapai.

“Betul ke?” Maryam pantas bersila di sisi Balqis.

“Ya. Nanti Qis carikan cerita tu untuk Mar.”

“Yes! Sayang Qis!” Maryam pantas memeluk Balqis erat dan kembali mengambil tempat di atas sofa. Balqis tersenyum sendiri. Macam-macam!

“Qis, Mar pernah dengar ada seseorang ni cakap, bagi dia tudung bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim. Ianya lebih kepada niat suci kita. Kita tak boleh mengukur keimanan seseorang itu atas apa yang terdapat atas kepalanya, tetapi apa yang ada di dalam kepalanya dan juga apa yang ada di dalam hatinya. Betul ke?” Soal Maryam tiba-tiba. Balqis yang sedang duduk bersila di atas permaidani dipandang. Balqis menoleh memandang Maryam yang sedang menongkat dagu.

“Don’t judge a book by its cover? Macam tu ke?” Soal Balqis spontan.

“Lebih kuranglah. Dia kata, tak semestinya mereka yang tak tutup aurat ni jahat. Walaupun ada yang berpakaian seksi dan mendedahkan aurat, tapi hati mereka baik dan suci. Ada yang solat tak pernah tinggal. Kalau tengok wanita bertudung ramai je yang buat jahat. Berzina, khalwat dan macam-macam lagi. Dia kata Allah tak pandang luaran, tapi Allah pandang pada hati dan amalan. Siap keluar hadis tu.” Balas Maryam panjang lebar. Balqis menundukkan pandangannya. Afalnya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu. Hadis ni ke?” Soal Balqis tiba-tiba.

“Yup. Hadis tu la.” Maryam memetik jarinya spontan.

Balqis menggeleng-geleng kepala. Bibirnya bergerak perlahan. “Astaghfirullah...”

“Bila nafsu dah menguasai akal, sampai sanggup berhujjah dengan hadis untuk menyokong nafsu. Mar, tak perlu kita pening kepala nak fikir betul atau tidak apa yang dia katakan tu. Paling mudah, cuba kita bayangkan kalau sekarang ni Rasulullah ada di depan mata kita. Agak-agak, Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? Kalau Rasulullah tersenyum, alhamdulillah. Tapi kalau tak? Adakah kita berpeluang untuk menerima syafaat darinya di akhirat kelak?”

Maryam terkedu. Lama dia cuba menstabilkan aturan nafasnya kembali. Balqis bingkas bangun dan melabuhkan tubuhnya di sebelah Maryam. Tangan kanannya diletakkan perlahan di atas peha kiri Maryam.

“Cuba Mar fikir, seorang pekerja yang bekerja sambil lewa, datang lambat, tak ikut peraturan syarikat, kerja tak siap, tapi dia kata luaran dia saja nampak macam tu. Tapi hati dia ikhlas dan kerja dia cemerlang. Adakah majikannya boleh terima dia sebagai seorang pekerja yang cemerlang?”

“Hurm, tak!” Jawab Maryam pendek.

“Jadi, adakah Allah boleh menganggap hati hambaNya itu suci dan baik kalau hambaNya itu melanggar perintahNya? Mar pun tahu jawapannya kan? Hukum bertudung dan menutup aurat ni jelas disebut dalam al-Qur’an. Tak perlu lagi kita nak pertikaikan dengan berhujah menggunakan logik akal fikiran dan menurut kehendak nafsu. Setiap sesuatu itu perlu ditentukan menurut neraca Allah dan Rasul, bukan neraca pemikiran kita semata-mata.”

“Rasulullah s.a.w. ada bersabda bahawa dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Yang mana kalau ianya baik, maka baiklah seluruh anggota tubuhnya. Tetapi kalau ianya jahat, maka jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Dan itulah yang dinamakan hati. Perlakuan kita akan sentiasa seiringan dengan hati. Jadi kalau nak menilai hati ni, kita boleh lihat dari perlakuan kita.”

Maryam mengeluh perlahan. Tangannya memain-mainkan hujung bantal kecil yang berada dalam pelukannya. “Macamana pula bagi seseorang yang bertudung tapi dia masih buat maksiat?” Soal Maryam dalam getar.

“Dalam hal ni, ada dua perkara yang perlu kita semak. Yang pertama solat. Adakah dia solat? Kalau dia solat, bagaimana dengan solatnya? Allah berfirman dalam surah al-Ankabuut ayat 45 yang bermaksud sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau seseorang itu solat tak pernah tinggal tapi masih berbuat dosa dan maksiat, ada yang tak kena dengan solatnya. Mungkin solatnya tak khusyuk. Mungkin juga wudhu'nya tak sempurna. Yang kedua, kita tengok semula cara mereka bertudung. Adakah mengikut syariat yang ditetapkan? Penutupan aurat yang sempurna mengikut batas yang ditetapkan akan membataskan seseorang itu dari melakukan perbuatan yang dilarang. Sebab apa? Sebab mereka faham kenapa mereka perlu menutup aurat dan mereka benar-benar faham apa itu aurat seorang wanita muslim. Yang salah bukan tudung Mar, tapi manusia yang salah.”

Maryam diam membisu. Kingdom of Heaven di kaca televisyen tidak diendahkan. Balqis bangkit dan menghilang ke dalam bilik. Dia muncul semula dengan sebuah buku di tangan kanannya. Dia kembali mengambil tempat di sisi Maryam. Perlahan, buku itu dihulurkan kepada Maryam. Maryam terpinga-pinga memandang wajah Balqis.

“Ambillah. Hadiah dari Qis untuk Mar.” Balqis tersenyum manis.

Maryam menyambut huluran Balqis. Dibelek-belek buku itu beberapa kali. Ditatapnya muka hadapan buku itu. Bibirnya bergerak perlahan. "Maryam: An Exemplary Muslim Woman*." Dia memandang wajah Balqis dengan rasa terharu.

“Moga Maryam Ibtihal setabah dan sekuat Maryam binti Imran...” Ujar Balqis penuh makna. Bibirnya terus mengukir senyum. Tubuh Maryam diraih ke dalam pelukannya. Kedengaran tangis kecil Maryam. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis.

MARYAM MELABUHKAN PUNGGUNGNYA di atas bangku kayu di pinggir tasik yang terletak dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Beg sandangnya diletakkan di atas meja. Pemain mp3 dikeluarkan dari poket beg sandangnya. Earphone di tangan dimasukkan ke dalam tudung dan disumbat ke telinga. Without You** terus berlagu. Sebuah buku ditarik keluar dari dalam beg. Maryam begitu tekun membaca sambil bibirnya adakala turut menyanyi kecil.

“Assalamualaikum…” Satu suara menyapa. Maryam merasakan ada seseorang berdiri di belakangnya. Dia lantas berpaling. Pemain mp3 dimatikan.

“Errr… Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam…” Jawab Maryam sedikit teragak-agak. Dia memerhatikan tampang di hadapannya dari atas ke bawah. Wajah itu seperti pernah ditemuinya. Tapi dia lupa di mana.

“Adik ni siapa ya?” Soal Maryam. Dahinya sedikit berkerut.

“Saya Aizuddin. Akak boleh panggil saya Din. Boleh saya duduk?” Ujar Din meminta izin.

“Err... Silakan.” Maryam sedikit gugup. Din? Rasa macam pernah dengar. Tapi di mana ya? Maryam memaksa keras otaknya untuk bekerja.

“Din? Yes! Din!” Terpacul nama itu dari bibir Maryam. Dia memetik-metik jarinya.

“Err... Kenapa kak? Nama saya memang Din.” Din terpinga-pinga melihat gelagat Maryam.

“Ops, maaf. Akak rasa akak pernah nampak Din sebelum ni. Waktu tu kat gerai burger. Abang burger tu ada offer Din kerja, tapi Din tolak, kan?” Maryam senyum lebar.

“Ye la kot... Hehe...” Din tertawa kecil. ‘Glamour juga aku ni! Ada juga orang kenal aku! ’

“Saya selalu jogging kat sini waktu petang dengan abang angkat saya. Selalulah juga nampak akak duduk sorang-sorang kat sini. Kira ni 'port' akak la?”

Maryam tersenyum sambil mengangkat bahu.

“Lebih kuranglah. Ni tak jogging ke?”

“Tengah tunggu Abang Meeftah. Dia tak sampai lagi.” Balas Din. Dia mencuri pandang tajuk buku yang dipegang Maryam.

“Akak baca buku apa tu? Ops, lupa pula. Boleh saya tahu nama akak? Seronok sembang, tapi tak tahu nama.” Din menggeleng-geleng kepala.

“Nama akak Maryam Ibtihal. Din boleh panggil akak, Kak Mar. Akak tengah baca buku Maryam An Exemplary Muslim Woman. Hadiah dari kawan akak.”

“Ooo… Maryam Ibtihal baca buku tentang Maryam. Hurm… Menarik!” Din senyum segaris sambil memeluk tubuhnya.

“Yup, kalau Din nak tahu sekarang ni Maryam Ibtihal tengah belajar macamana nak jadi macam Maryam binti Imran.” Maryam menarik keluar earphone dari dalam tudungnya.

“Interesting! Ceritalah sikit.” Muka Din bercahaya dengan senyum penuh ceria.

“Erm... Kalau Din nak tahu, Maryam binti Imran ni disebut oleh Allah dalam al-Qur’an mengenai tingkah lakunya yang perlu dicontohi oleh wanita Muslim. Kalau kita baca kisah hidup Maryam binti Imran, beliau adalah seorang yang sangat menjaga kehormatan dirinya, cantik akhlaknya dan yang paling penting sangat teguh pergantungannya pada Allah. Ada beberapa kisah yang membuktikan betapa teguhnya pergantungan Maryam.” Maryam diam seketika. Din di hadapannya menongkat dagu.

“Din ingat tak peristiwa Maryam bertemu dengan malaikat Jibril?”

“Rasanya ada belajar kat sekolah dulu. Akak ceritalah!” Din tayang gigi. Maryam tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. Ada-ada saja!

“Malaikat Jibril datang bertemu Maryam menyerupai seorang lelaki. Maryam tak tahu lelaki tu malaikat Jibril. Ada disebutkan dalam al-Qur’an surah Maryam ayat 18, Maryam berkata, ‘sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertaqwa’. Jelas kat situ Maryam meletakkan Allah sebagai pergantungannya yang paling utama. Yang menariknya lagi, dia ajak sekali lelaki yang tak dikenali tu untuk bertaqwa kepada Allah.” Maryam menggenggam kemas buku yang dihadiahkan Balqis. Dia melepaskan nafas panjang. Muka hadapan buku itu dipandang lama sebelum matanya beralih memandang wajah Din di hadapannya.

“Semuanya sebab hati...” Tutur Maryam perlahan. Dia membuang pandangannya ke tengah tasik.

“Berhati-hatilah menjaga hati...” Bisik Din perlahan namun cuping telinga Maryam masih dapat menangkapnya.

“Berhati-hatilah menjaga hati? Maksudnya?” Maryam mengherotkan bibir. Dahinya sedikit berkerut.

“Ya. Berhati-hatilah menjaga hati. Abang Meeftah selalu cakap, masinnya air laut tak mampu nak menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan tu mati, secubit garam pun dah cukup untuk jadikan ia masin. Macam tu juga dengan hati kita. Hati yang hidup sukar untuk dinodai, tapi hati yang mati cukup mudah dipengaruhi. Sebab itulah kita kena berhati-hati menjaga hati. Moga Allah sentiasa pelihara hati kita.” Din tersenyum penuh makna.

Maryam terkedu. Bagaikan ada batu besar yang menghempas kepalanya. Bagaimana dengan hati aku? Adakah selama ini hati aku mati? Ya Allah!

“Eh, saya minta diri dulu ye kak! Abang Meeftah dah sampai tu. Assalamualaikum...” Din bingkas berdiri dan berlari-lari anak menuju ke arah Meeftah yang baru sahaja keluar dari keretanya.

Maryam diam tak berkutik. Terngiang-ngiang hadis Qudsi yang dikongsikan Ummi Safiyyah kepadanya suatu ketika dulu.

“Jika hambaKu mengingatiKu di dalam hatinya, Aku pun akan mengingatinya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadaNya dalam lingkungan khayalak ramai yang lebih baik. Dan jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekat pula kepadanya sehasta. Dan jika ia mendekat kepadaKu sehasta, nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya sambil berlari.”

“Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku mendatanginya sambil berlari...” Bisik Maryam perlahan. Tanpa sedar, ada air jernih bertakung di tubir matanya. Sebiji bola yang tiba-tiba melantun di hadapannya membuatkan Maryam tersentak.

“Maaf kak!” Seorang gadis kecil segera mengutip bolanya dan berlalu pergi. Maryam mencapai earphone dan pantas memasukkannya ke dalam tudung dan disumbat ke telinga. Without You berlagu lagi. Empangan air mata Maryam akhirnya pecah.

Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Ya Allah, aku pernah hilang arah. Aku pernah hilang punca. Kerana saat itu aku tidak mengenalMu. Ya Allah, peliharalah hatiku. Jangan Kau biarkan aku sendiri. Siapalah aku tanpaMu ya Allah...’

Like a heart between beats
I would feel nothing You see
If you took Your love from me
I don't know what more would life mean?

‘Ya Allah, pandanglah diriku ini. Jangan Kau palingkan diriMu dariku. Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMu. Pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangMu...’

So You might see
Just what Your love has meant to me
And what the cost of losing You would be
No I don't know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Air mata Maryam terus mengalir laju. Dia memeluk erat buku yang dihadiahkan oleh Balqis.

'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

Hati kecilnya membisikkan terjemahan surah Az-Zumar ayat 53 yang pernah diucapkan Balqis kepadanya suatu tika dulu. Bila hati berbisik, ia hanya mendambakan cinta dan kasihnya pada Ilahi...

<object height="364" width="445"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/7-ROGqpdRf8?fs=1&hl=en_US&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowscriptaccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/7-ROGqpdRf8?fs=1&hl=en_US&color1=0x006699&color2=0x54abd6&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" height="364" width="445"></embed></object>

Sila tekan PAUSE pada music player di sidebar terlebih dahulu

* Harun Yahya
** Sami Yusuf

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-73627599919421815342010-07-07T00:18:00.000-07:002010-07-07T01:27:43.489-07:00[Cerpen] Menunggu Di Sayup Rindu

“HAH! AKAK BUAT APA TU?” Hanan kaget. Pensel dalam genggamannya terlepas. Dia mengusap dadanya dan beristighfar panjang. Wajahnya dipalingkan ke belakang. Hatinya mendesak ingin tahu siapakah gerangannya yang membuatkan dia terkejut.

“Amni!!!” Hanan menjerit kecil lantas hidung mancung Amni ditariknya geram.

“Arghhh....akak...ampun kak... Lepaslah... Ampun, janji tak buat lagi...” Amni menyeringai kesakitan dan cuba melepaskan hidungnya dari pegangan Hanan. Wajahnya yang putih bersih kelihatan mula kemerah-merahan. Hanan melepaskan tangannya perlahan-lahan.

“Buatlah macam tu lagi. Kalau akak ada sakit jantung tadi macamana?” Hanan mencebik dan mencapai semula penselnya yang terjatuh tadi. Tangannya kembali menarikan pensel di atas buku lakaran.

“Gurau pun tak boleh ke? Eh, akak lukis gambar siapa ni?” Amni berdiri tegak di belakang Hanan yang sedang sibuk menyiapkan lakarannya.

“Bukan gambar sesiapa pun. Saja mengisi waktu lapang. Lagipun dah lama akak tak melukis. Dah keras tangan ni.” Jawab Hanan sambil tangannya lincah menarikan pensel di atas buku lakaran.

Amni melabuhkan punggungnya di atas katil Hanan yang terletak bersebelahan meja tempat Hanan asyik melukis. Tangannya mencapai anak patung Nemo di sebelahnya dan dibawa ke dalam pelukan.

“Akak, bila akak nak makan nasi minyak ni? Belajar dah habis, kerja dah ada. Apa yang akak nak tunggu lagi?” Soal Amni tiba-tiba sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

“Makan nasi minyak? Jom! Bukan setakat nasi minyak, beriani gam pun akak boleh belanja Amni tau!” Hanan tertawa kecil. Amni menarik muncung panjang.

“Ish, akak ni! Amni seriuslah. Akak ni main-main pula. Bila akak nak kahwin ni?” Amni masih tidak berputus asa. Dia masih lagi menanti jawapan yang bakal meniti di bibir Hanan.

“Erm, bila ya? Kena tunggu Son Goku berubah jadi Super Saiya dulu kot. Lepas tu dia kena pinjam awan terbang dulu dari Pendekar Penyu, barulah dia boleh turun ke bumi untuk meminang akak!” Ujar Hanan sambil tersenyum simpul. Dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Amni.

“Akak!!!” Amni menjerit kecil dan Hanan tertawa senang.

“Tapi lambat lagi rasanya. Son Goku kena cari tujuh biji mutiara naga dulu. Lepas tu nak tunggu dia besar dulu. Berguru sana-sini, barulah dia boleh jadi Super Saiya.” Selamba tutur Hanan sambil membelek-belek lukisannya yang sudah siap. Dia kemudian mengemas segala alat tulis yang bertaburan di atas meja.

“Akak ni demam ke terlebih ambil ubat? Aduh, kronik kakakku nan seorang ni!” Amni pantas menepuk tangannya ke dahi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ish, apa pula kronik? Betullah ni. Kalau Son Goku lambat sangat, Bezita pun bolehlah. Cuma dia tu macam serius sikit. Tak pun boleh je dengan Pikor. Comel kan?” Hanan tayang muka tak bersalah.

“Akak ni kan! Ish, malaslah nak layan. Amni keluarlah dulu.” Amni bingkas bangun dan menuju ke pintu bilik. Dia melangkah keluar dengan perasaan tidak puas hati. Hanan tertawa panjang melihat afal Amni Hifzah, teman serumahnya.

HANAN MENEKAN PUNAT DI KOMPUTER RIBANYA. Sementara menunggu, tangannya lincah mengemas helaian kertas yang berselerak di atas meja. Selesai mengemas, dia mengaktifkan akaun Yahoo Messengernya. Matanya pantas melihat satu persatu senarai nama yang tertera di tingkap Yahoo Messenger. Coklat panas dalam mug comel kegemarannya dihirup perlahan. Akhirnya, anak matanya terhenti pada satu nama yang memang dicari-cari. Bibirnya mengukir senyum. Tangannya pantas menggerakkan tetikus. Dan jari-jemarinya terus lincah menari di atas papan kekunci.

DurratulH: Assalamualaikum.

Sambil menanti pesanannya dibalas, Hanan menghirup lagi coklat panas dari mugnya.

Qis_zaharah: Waalaikumsalam. Hanan sihat?
DurratulH: Alhamdulillah
DurratulH: Akak?
Qis_Zaharah: Alhamdulillah semua sihat.
DurratulH: Macam mana program kat sana?
Qis_zaharah: Program dah surut sebab semua tengah exam termasuklah Abang Fathil.
DurratulH: Oh, jadi akak buat apa?
Qis_zaharah: Akak sibuk dengan DF.
Qis_zaharah: Kena juga tolong sesiapa yang tak dapat cater usrah adik-adik
Qis_zaharah: Sibuk dengan baby Zaid ni juga
Qis_zaharah: Tapi yang seronoknya dapat berjalan sana sini
Qis_zaharah: ^_^
DurratulH: Haha
DurratulH: Jauh berjalan luas pengalaman
DurratulH: Mesti baby Zaid seronok ikut ummi dia pergi usrah, pergi program
Qis_zaharah: Dia dah makin lasak sekarang ni...
Qis_zaharah: Eh, Hanan apa cerita?
DurratulH: Hanan macam inilah. Kerja, usrah, program, balik rumah...
DurratulH: Tak ada apa pun yang menarik.
DurratulH: Huhu
Qis_zaharah: Betul? Akak dengar adik akak ni dah ada yang bertanya.
Qis_zaharah: Betulkah?

Hanan terkedu. Bagaimana Kak Balqis tahu hal ini? Hurm, pastinya Kak Balqis sudah membaca e-mel yang dihantarnya pagi tadi.

DurratulH: Emm
DurratulH: Tapi...
Qis_zaharah: Kenapa? Hanan ada masalah?
Qis_zaharah: Hanan dah istikharah?
DurratulH: Dah. Tapi Hanan masih tak dapat buat keputusan.
Qis_zaharah: Hanan istikharahlah lagi
Qis_zaharah: Lagi dan lagi
Qis_zaharah: dan berdoalah banyak-banyak
Qis_zaharah: sangat banyak
Qis_zaharah: insyaallah, Allah akan tunjukkan dan bimbing Hanan dalam membuat keputusan
DurratulH: Insyaallah kak
DurratulH: Cuma sekarang ni Hanan rasa macam hulur leher di tali gantung kalau Hanan terima lamaran tu
DurratulH: ngeeee
Qis_zaharah: Sebab?
DurratulH: Orang yang melamar tu bukan orang yang ikut tarbiyyah
DurratulH: dan dia tak suka kalau isteri dia aktif di luar
DurratulH: Hanan risau kalau Hanan terima dia, selepas kahwin Hanan tak dapat nak bergerak langsung
Qis_zaharah: Apa yang Hanan fikir waktu terima lamaran tu?
DurratulH: Dakwah
Qis_zaharah: Alhamdulillah.
DurratulH: Akak pun tahu kan macamana sukarnya untuk Hanan berada di atas jalan ni?
Qis_zaharah: Akak faham Hanan. Bukan Hanan sahaja, tapi kita semua ada sejarah yang hampir serupa.
Qis_zaharah: Akak, Kak Maryam, Arwah Kak Nana, Wafa, Mai...
Qis_zaharah: Sekarang ni, Hanan istikharah sebanyak-banyaknya.
Qis_zaharah: Tanyakanlah pada yang empunya hati kita ini.
Qis_zaharah: Jangan terburu-buru.
Qis_zaharah: Kalau Hanan nak menikah atas sebab nak ikut-ikut atau kerahan sahabat-sahabat dan orang sekeliling,
Qis_zaharah: maka akak akan katakan tidak.
Qis_zaharah: Beramallah untuk cinta Allah semata-mata.
Qis_zaharah: Itulah yang terbaik.
Qis _zaharah: Dan yakinlah, Allah sudah menetapkan jodoh yang terbaik untuk Hanan.
DurratulH: Kak, entah kenapa hati ini rasa sungguh tak tenang
Qis_zaharah: Kalau macam tu, semak balik hubungan kita dengan Allah
Qis_zaharah: Apa pun, moga semua urusan dipermudahkan Allah
DurratulH: Ameen
Qis_Zaharah: Hanan...
Qis_Zaharah: Doa banyak-banyak ya ^_^
DurratulH: Insyaallah
Qis_Zaharah: Baiklah, akak nak mandi ni. Lepas tu nak tengok baby Zaid
Qis_zaharah: Apa-apa hal jangan segan-segan bagitahu akak atau Kak Maryam.
DurratulH: Tak mandi lagi?
DurratulH: Patut bau masam sampai ke sini
Qis_zaharah: Haish, di sini petang bukan macam di Malaysia dah lewat malam
DurratulH: Okey, jangan lupa nak balik Malaysia pula
Qis_Zaharah: Haha, ya balik insyaAllah
Qis_zaharah: Jaga diri, iman dan amal
DurratulH: Insyaallah. Akak pun sama. Jaga diri, baby Zaid dan Abang Fathil tu hehe
Qis_Zaharah: ^_^
Qis_zaharah: Assalamualaikum…
DurratulH: Waalaikumsalam…

Hanan termenung panjang. Ya Allah, sukarnya nak membuat keputusan! Dia bingkas bangun. Langkahnya di atur menuju ke bilik air. Sebaik kakinya melangkah keluar dari bilik air, telekung dan sejadah di ampaian terus dicapai. Ya, dia ingin mengadu pada Tuhannya. Dia ingin mengadu pada yang empunya sekeping hati ini.

“EH, KAK MAR! Jemputlah masuk. Akak sorang je ke? Husna mana?” Hanan merangkul tubuh Maryam erat. Kemudian mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Hanan mempersilakan Maryam mengambil tempat di sofa.

“Husna ikut Abi dia. Pergi cari barang sikit. Yang lain mana?” Soal Maryam. Dia memandang sekitar ruang tamu.

“Amni ada perbincangan kumpulan. Wafa ada program remaja kat Shah Alam. Mai pula balik kampung. Jadi tinggallah Hanan seorang diri. Eh, akak duduk kejap ya. Hanan nak ke dapur sekejap.” Hanan bingkas bangun dan menuju ke dapur. Dia mengeluarkan kek coklat yang dibuatnya pagi tadi dari peti ais. Dengan cermat dia memotong kek coklat itu dan meletakkannya ke dalam piring. Teh o limau kegemaran Maryam pantas dibancuh. Dia masih ingat, dulu dia sering mengusik Maryam kononnya Maryam ingin berdiet kerana gemar minum air teh o limau panas. Hanan tersenyum sendiri.

“Hah, tu kenapa senyum sorang-sorang? Makruh tau!” Hanan kaget. Maryam tersenyum di sisinya.

“Akak ni buat Hanan terkejut je!” Ujar Hanan pura-pura marah. Tangannya mencapai dulang dan menyusun dua biji cawan serta teko di atasnya.

“Kek coklat ni biar akak bawak.” Maryam mengambil piring yang berisi kek coklat dan membawanya ke ruang tamu.

“Rajin Hanan buat kek coklat?” Soal Maryam sebaik saja melabuhkan punggungnya.

“Amni dari kelmarin sibuk minta Hanan buat. Akak bukan tak tau, dia tu hantu kek coklat. Sampai tidur pun mengigau makan kek coklat.” Hanan tertawa kecil.

“Akak ingat lagi, dia pernah merajuk sebab kita belikan dia kek blueberry masa hari jadi dia. Kelakar sungguh la Amni tu.” Maryam menggelengkan kepalanya.

“Suka makan, tapi tak nak belajar buat. Akhirnya, Hananlah yang jadi mangsa. Tak pasal-pasal jadi chef peribadi dia.” Hanan menuang air teh o limau ke dalam cawan dengan cermat dan menghulurkannya kepada Maryam.

“Akak, dah lama rasanya tak dengar perkongsian dari akak. Boleh tak akak bagi perkongsian sikit berkenaan hati?” Hanan memandang tepat wajah Maryam penuh mengharap.

“Ermmm...insyaallah boleh. Mungkin perkongsian ni biasa-biasa je. Tapi kalau kita ikhlas, insyaallah ia pasti jadi luar biasa.” Maryam tersenyum manis.

“Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, hati ni ada tiga jenis. Hati yang sihat, sakit dan mati. Tapi yang akak nak kongsikan dengan Hanan ialah hati yang sihat.” Maryam berhenti sejenak.

“Ramai orang tanya bagaimana nak dapat rasa cinta kepada Allah sepertimana kita cinta kepada insan yang kita kasihi? Bagaimana nak rasa Allah sentiasa berada di samping kita dan melihat perbuatan kita? Bagaimana nak rasa takut kehilangan cinta Allah? Jadi, akak ambil mutiara ilmu dari Ibn Qayyim al-Jauziyyah iaitu hati yang cinta dan takut kepada Allah dan rasa akan kehadiran ALLAH dalam nyawanya ialah hati yang sihat.”

“Bagaimana rupa hati yang sihat itu? Hati yang sihat ialah hati yang lembut. Untuk melembutkan hati, mulakanlah dengan berzikir. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Bila hati selalu mengingati Allah, secara semulajadi tubuh badan yang lain juga akan begitu. Bukankah hati itu raja di kerajaan diri?” Maryam memandang wajah Hanan lama. Perlahan dia menggenggam erat tangan Hanan.

“Hanan, hati akak dapat merasakan bahawa Hanan ada masalah kan? Bila ukhwah antara kita berpaksikan iman, kita dapat merasakan apa yang ada di dalam hati sahabat-sahabat kita. Dan akak yakin dengan gerak hati akak. Sebab itu jugalah akak datang ke sini.” Hanan membalas genggaman tangan Maryam. Ada air yang menakung di tubir matanya.

“Kak, entah kenapa sejak kebelakangan ini, hati Hanan sangat tak tenang. Dah macam-macam Hanan buat. Tapi...” Akhirnya empangan air mata itu pecah jua. Esakan Hanan mula kedengaran.

“Shhh... Hanan, Allah sedang mengujimu. Allah sedang merindui rintihan dan doa-doa dari Hanan. Sabarlah Hanan. Sabarlah dengan sebaik-baik kesabaran. Bagi orang yang hatinya telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah, ketika menerima dugaan yang maha hebat sekalipun, hati mereka tetap tidak berpaling dari cinta Allah. Apa yang ada di hati dan fikiran mereka hanya saat bertemu dengan Allah di syurga kelak. Menunggu kata-kata cinta dari Allah. Ujian ini baru sedikit Hanan. Jangan mudah mengalah.” Maryam merangkul tubuh Hanan ke dalam pelukannya.

“Hanan, jalan hidup yang mencari cinta Allah pada akhirat semata-mata lebih mudah dari jalan hidup mereka yang memilih untuk mencari cinta Allah pada dunia dan akhiratnya. Cuba fikir. Allah yang menciptakan Hanan. Jahilkah Allah tentang keupayaan Hanan? Pastinya tidak kan? Apakah ujian itu bagi insan yang bergelar mukmin? Bukankah ujian itu tanda sayang Allah pada kita? Bukankah ujian itu tanda Allah sedang memandang kita? Sesungguhnya kita ini manusia merancang dengan cita-cita, namun ketahuilah Allah merancang dengan cinta-Nya. Penat Hanan, runsing Hanan, semuanya Allah tahu. Begitu juga dengan sabar Hanan yang sedang Allah nilai. Allah dah janjikan cinta dia untuk Hanan andai Hanan berjaya melepasi semua ujian yang Dia titipkan.” Maryam mengusap lembut belakang Hanan.

“Cukuplah Hanan yakin dan faham ALLAH sayangkan Hanan dan kita semua, pasti insyaallah segalanya akan terpelihara dek rahmat-Nya. Ihfazhallah yahfazhuk. Jika kamu menjaga Allah, Allah akan menjagamu. Kosongkan hati Hanan hanya untuk Allah, maka apa yang tinggal kelak hanyalah hakikat cinta agung sang pencinta Allah...” Hanan tekun mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Maryam. Hatinya dipukul kesayuan. Kepalanya bagaikan diketuk dengan batu besar.

‘Ya Allah, bagaimana aku boleh lupa akan hal ini? Di mana silapnya aku dalam menjalin cinta buat-Mu? Ampunkanlah segala kekhilafan diri ini ya Allah!’ Hanan menyeka air mata di pipinya dengan belakang tapak tangan. Dia menghela nafas panjang.

“Akak, minggu lepas ibu ada beritahu Hanan. Ada orang datang melamar Hanan. Orang kampung Hanan juga. Insyaallah, dia baik orangnya. Cuma dia bukan orang yang ikut tarbiyyah. Dan bila Hanan tanya sendiri dengan dia, kalau boleh dia nak isteri dia duduk rumah. Dia tak selesa ada isteri yang aktif dengan program-program di luar. Akak sendiri pun tahu macam mana sibuknya kita dengan program, usrah, tak termasuk kerja lagi. Dan akak pun tau macam mana susahnya Hanan nak berada di atas jalan ini. Hanan tak nak begitu mudah untuk Hanan tinggalkan jalan ni. Hanan takut kak kalau Hanan terima dia, lepas kahwin nanti Hanan jadi macam kelip-kelip. Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana sumbunya...” Hanan kehilangan kata-kata.

“Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya...” Maryam menyambung pantun yang diucapkan Hanan. Pantun itu sangat sinonim dengan mereka. Kegalauan di kalangan akhwat andai memilih pasangan yang bukan dari kalangan ikhwah.

“Hanan, Allah sedang mengujimu. Allah nak tahu sejauh mana Hanan yakin pada keputusan Allah dan mujahadah Hanan untuk dapatkan yang terbaik dari Allah. Sekarang ni Allah sedang memberi Hanan dua pilihan. Sama ada Hanan nak yang tak berapa elok tapi cepat tanpa perlu sabar dan mujahadah, atau Hanan nak yang terbaik dari-Nya tapi lambat sedikit dan perlu banyak bersabar dan bermujahadah.” Ujar Maryam sambil tersenyum.

“Istikharahlah Hanan. Tanyakan pada Allah. Ingat, izhas ta'inta fastai'nbillah.. Jika kamu memerlukan pertolongan, mintalah kepada Allah. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Utamakan pandangan Dia dari pandangan manusia. Pada pandangan Allah itu tersirat seribu satu hikmah di sebaliknya. Selepas istikharah nanti, Hanan teruskanlah dengan apa yang Allah hadiahkan buat Hanan. Belajar didik hati untuk jadikan keputusan Allah sebagai satu-satunya pembimbing. Tapi kalau selepas itu Hanan masih buntu, bermusyawwarahlah pada kalangan yang ahli.” Maryam menepuk lembut bahu Hanan.

“Hanan, ingat tak pesan Rasulullah? Sebaik-baik suami atau isteri adalah sebaik-baik sahabat. Bagaimana sahabat yang baik? Adalah bila kamu memandangnya, kamu ingat pada Allah, lisannya menambahkan ilmu agamamu, dan tingkahlakunya mengingatkanmu pada kehidupan akhirat. Jelaskan petua Rasulullah dalam mencari? Insyaallah, sangat jelas....” Maryam tersenyum penuh makna memandang raut wajah Hanan.

LAGU MENUNGGU DI SAYUP RINDU dari kumpulan Maidany memenuhi ruangan kamar milik Hanan. Hanan menarik nafas lega. Dia baru saja selesai bercakap dengan ibunya di kampung. Keputusannya untuk lamaran itu sudah disampaikan dan diterangkan sebaik mungkin kepada ibunya. Alhamdulillah, ibunya dapat menerima dengan hati terbuka.

Di dalam sepi ia selalu hadir
Di dalam sendiri ia selalu menyindir
Kadang meronta bersama air mata
Seolah tak kuasa menahan duka

Hanan tersenyum sendiri mendengar bait demi bait lirik lagu itu. Dia teringat kata-kata Kak Maryam, “Apa yang Allah dah tetapkan untuk kita, itulah yang terbaik buat kita. Mungkin kita mampu kata dia lebih baik untuk kita dengan ilmu kita yang tak sehebat ilmu ALLAH yang maha luas. Tapi kalau ALLAH kata orang lain yang lebih baik buat kita maka tetap pilihan ALLAH yang tepat.”

Biarlah semua mengalir
Berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

Sabarlah menunggu
Janji Allah kan pasti
Hadir tuk datang
Menjemput hatimu

Sabarlah menanti
Usahlah ragu
Kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

‘Bersabarlah duhai hati. Allah sudah menjanjikan yang terbaik untukmu.’ Bisik hati kecil Hanan.

Bila di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menunggu
Bila di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menanti

Bait-bait lirik lagu itu begitu menusuk di hati. Hanan mengukir senyum segaris. Dia menghela nafas panjang. 'Ya Allah, sesungguhnya aku yakin dengan janji-Mu. Bantulah aku untuk terus bermujahadah biarpun ia pahit kerana aku tahu nilai syurga-Mu itu terlalu manis. Akan aku lakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian dan cinta dari-Mu...'

Hanan mencapai sebuah buku di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi itu digenggam erat. Dengan berbisik dia menyebut judul buku itu, 'Di Mana DIA Di Hatiku?' Buku itu dibawa ke pelukannya. Air matanya menitis ke pipi. Di membuang pandang ke luar jendela. Dari jauh kelihatan tanah perkuburan Islam yang tampak hening. 'Ya Allah, bantulah aku untuk terus bermujahadah. Tetapkanlah aku di atas jalan ini. Moga setiap gerak dan langkahku di atas muka bumi ini akan mejadi bekal untuk diri ini bertemu dengan-Mu...'

* Maidany - Menunggu Di Sayup Rindu

**TAMAT**

Tatkala Pena Menulis,
F.H.Fansuri
Kuala Lumpur
7 Julai 2010
1.30 a.m
-0707100130-
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-59974985077987001982010-05-27T02:58:00.000-07:002010-09-27T11:23:34.318-07:00[K.A.M.I] Maryam Ibtihal - Bab 3
- Wahai Jiwa Yang Tenang! -

“Abang, sekarang ni dah masuk tiga bulan saya kenal abang. Tapi saya tak tau pun abang kerja kat mana. Erm... dulu abang belajar kat mana ye?” Soal Din sambil tangannya menyapu-nyapu hujung seluar jeans yang dipakainya.

“Abang dulu belajar kat UTM Skudai. Abang ambik kejuruteraan mekanikal aeroangkasa.” Meeftah tersenyum nipis.

“Oooo...” Din memuncungkan mulutnya. Meeftah menggosok kepala Din mesra. Mereka tertawa kecil.

“Kenapa buat gaya macam tu?” Meeftah angkat kening sebelah. Dipandangnya raut wajah Din yang sedang membetulkan rambutnya.

“Hehe... habit kot! Wah, hebatlah abang. Mesti abang belajar buat kapal angkasa dengan roket kan? Eh, dah tu abang kerja kat mana?” Din memeluk tubuh sambil memandang Meeftah yang duduk di sebelahnya.

“Kat hospital.” Jawab Meeftah pendek.

“Hah? Hospital?” Soal Din dengan mulut ternganga.

“Ya. Abang kerja kat hospital. Kenapa? Pelik ke?” Meeftah angkat kening dua kali.

“Abang ambik aeroangkasa kan?” Soal Din dengan wajah berkerut.

“Eh, apa buat gaya macam tu. Hodohlah! Eh, nak tau tak kat hospital pun ada roket tau.” Meeftah tersengih melihat reaksi muka Din.

“Biar betul abang ni?” Din menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia membetulkan duduknya.

“Tak adalah. Abang main-main je. Walaupun abang ni ambik aeroangkasa, tapi asas kursus abang ni mekanikal. Dan salah satu subjek dalam kejuruteraan mekanikal yang abang belajar ialah termodinamik. Jadi syarikat tempat abang bekerja sekarang ni menyediakan khidmat servis dan maintainance untuk loji dandang di hospital tu. Loji dandang ni yang akan salurkan air panas ke seluruh hospital.”

“Jadi, kalau belajar aeroangkasa tak semestinya kerja di bahagian roket dan kapal terbanglah? Soal Din.

“Yup sebab aeroangkasa atau automotif ni cuma pengkhususan je. Asasnya sama cuma automotif aplikasinya pada kereta tapi aeroangkasa aplikasinya pada kapal terbang. Sebab tu ada graduan dari aeroangkasa bekerja di Proton.”

“Manalah tau kot Proton nak buat kereta yang boleh terbang. Tekan suis je keluarlah sayap. Takpun kereta yang ada kuasa turbo macam roket. Takpun kereta yang boleh terapung macam dalam kapal angkasa yang tak ada graviti tu.” Din tertawa riang. Kedua-dua tangannya diangkat gaya kapal terbang sedang melayang. Meeftah menumbuk lembut bahu Din yang duduk di sebelah kanannya.

“Apa kes makan kerepek petang-petang ni?” Dia tertawa kecil.

“Ala, tak best la macam tu. Belajar penat-penat pasal roket, kapal terbang tapi kerja kat hospital.” Din mencebik bibir.

“Kalau nak kerja betul-betul dalam bidang aeroangkasa kat Malaysia ni agak susah sikit sebab peluangnya sangat terhad. Dan Din kena tau juga. Bidang mekanikal ni luas sebenarnya.” Meeftah menghadiahkan sebuah senyuman buat Din.

“Oh, ya! Asyik cakap pasal abang je. Din nak sambung bidang apa lepas ni? Keputusan UPU dah keluar kan?” Meeftah menoleh Din di sisinya. Riak wajah Din berubah menjadi keruh tiba-tiba. Kepalanya ditundukkan, rendah.

“Kenapa ni? Ada masalah ke? Ceritalah pada abang. Insyaallah abang cuba bantu.” Meeftah memaut lembut bahu Din. Dia dapat mendengar esakan kecil.

“Aa... Ayah... Sampai hari ni tak bercakap dengan Din. Pandang muka Din pun dia tak nak.” Ada sendu dalam suara itu.

“Tapi kenapa?” Soal Meeftah kehairanan.

“Din gagal dalam permohonan IPTA. Abang pun tau, keputusan Din bukannya baik sangat. Tapi ayah beria-ia suruh Din buat rayuan untuk masuk matrikulasi UIA. Din tau ayah nak sangat tengok anak dia masuk universiti. Din bukan nak bantah cakap ayah tapi Din tahu kemampuan Din. Din takkan berjaya kalau buat rayuan pun sebab bahasa Inggeris Din tak kredit. Din dapat tawaran dari KUIM. Din bercadang nak terima tawaran tu. Tapi belum sempat Din nak buka mulut bagitau, terangkan pada ayah, dia dah angkat kaki. Sekarang ni pun Din macam patung cendana je kat rumah tu. Ayah langsung tak tegur Din.” Din menyapu air mata di pipinya. Adakah aku lemah andai aku menangis? Berdosakah seorang lelaki seperti aku menangis?

“Nasib baik mak tak macam tu. Cuma mak pun tak boleh nak cakap apa. Ayah tu kalau dia kata hitam, hitamlah. Tak ada siapa boleh bantah. Abang, kenapa ye orang dewasa selalu fikir diorang je yang betul? Cakap diorang je betul? Kenapa tak pernah nak dengar apa yang anak-anak ni rasa? Kenapa tak pernah nak cuba faham jiwa anak-anak ni?” Dadanya seakan sesak dirasakan. Air matanya gugur lagi.

Meeftah sekadar membisu. Dia cuba menjadi pendengar yang baik dan pada masa yang sama otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian terbaik.

“Din tau, Din nakal sebelum ni. Din banyak buat ayah marah. Din akui kadang-kadang Din sengaja bangkitkan kemarahan ayah. Din sengaja bercampur dengan budak-budak nakal sebab Din geram sangat pada ayah. Ayah tak pernah nak cuba faham hati anak-anak. Cukuplah kakak terpaksa korbankan minat dia nak jadi pelukis gara-gara ayah tak suka. Ayah kata lukisan-lukisan tu tak boleh bagi kakak makan. Kakak dah turut kemahuan ayah, korbankan minat dia dengan masuk kolej kejururawatan seperti yang ayah mahukan.” Din menyapu mukanya dengan belakang telapak tangan.

“Din, inilah ujian namanya. Ujian itu apa bagi insan yang bergelar mukmin? Ujian itu tanda sayang Allah pada kita. Cuba fikir, Allah yang ciptakan Din. Jahil ke Allah dengan keupayaan Din? Pastinya tidak kan? Allah titipkan ujian ni sebab Allah tak nak tengok Din kekal kat tampuk lama tanpa sebarang kelebihan dalam beramal sehingga Din ketinggalan dek dunia. Pasti ada sesuatu yang Allah dah rancangkan buat Din. Sesungguhnya, kita ini manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya.” Meeftah menggosok lembut kepala Din.

“Penat Din, runsing Din... Semuanya dalam pengetahuan Allah. Begitu juga dengan sabar Din yang Allah sedang nilai. Dalam situasi Din sekarang ni, bagi abang Din ikut saja kemahuan ayah. Maksud abang, kalau dia suruh Din buat rayuan tu, Din buatlah walaupun pun Din dah dapat agak keputusannya. Dan dalam waktu yang sama adukanlah pada Allah. Dia itu Maha Mendengar. Istikharahlah Din. Kalau Din dah istikharah, teruskanlah dengan apa yang Allah hadiahkan buat Din. Belajar didik hati untuk jadikan keputusan Allah sebagai satu-satunya pembimbing.” Meeftah menggenggam erat tangan Din.

“Apa-apa pun, fikirlah masak-masak. Tenang hati, tenang jiwa. Insyaallah Din suka jawapan yang Allah bagi. Fa’asa an takrahu syai-an fahuwa khoirun lakum. Wa’sa an tuhibbu syai-an fahuwa syarrul lakum. Kadang-kadang apa yang kita tak suka itu baik untuk kita dan apa yang kita suka tu belum tentu lagi baik untuk kita.”

“Izhas ta’inta fastai’nbillah... Jika kamu mahukan pertolongan, mintalah Allah menolongmu. Jangan lupa itu.” Meeftah menggosok lembut kepala Din.

“Kenapa abang suka gosok kepala saya?” Soal Din sambil tangannya menyeka air mata di pipi.

“Sebab Din nampak comel bila abang buat macam tu. Haha..!” Meeftah tertawa besar.

“Dah, kesat air mata tu. Tak macho la orang lelaki menangis.” Din tertawa mendengar kata-kata Meeftah. Sisa-sisa air mata dikesat. Wajah Meeftah dipandangnya lama. Tangannya menopang dagu.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Soal Meeftah kehairanan. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

“Tengah fikir, abang ni jurutera ke ustaz?” Din tersengih sambil tangan kanannya diletakkan di dagu lagak orang sedang berfikir.

“An ustaz in an engineer... Two in one…” Balas Meeftah selamba.

“Macam syampu dua dalam satu je…” Din mencebik. Meeftah tertawa melihat kelakuan Din. Dia lantas berdiri. Jam di pergelangan tangannya dikerling lantas dia memandang Din yang masih setia duduk di bangku kayu itu.

“Dah lewat ni. Jom abang hantar Din balik rumah. Kalau ayah ada kat rumah, bolehlah abang jumpa ayah.”

“Hah? Abang nak jumpa ayah? Nak buat apa?” Din kaget. Dia turut bagun berdiri di sisi Meeftah. Wajah Meeftah dipandangnya lama.

“Janganlah panik. Abang nak kenal dengan ayah je. Nanti bolehlah abang cuba terangkan keadaan Din pada ayah. Insyaallah, kalau niat kita baik Allah akan permudahkan. Jangan risau ye.” Meeftah tersenyum dan menepuk bahu Din.

“Tapi, ayah tu...” Kata-kata Din terhenti di situ.

“Abang yakin ayah Din tak pernah makan orang kan? Ayah Din makan nasi je, betul tak?” Meeftah angkat kening dua kali sambil memandang Din. Din tertawa melihat tingkah Meeftah yang dirasanya agak lucu.

“Dah, jom balik!” Meeftah menggamit Din untuk turut sama mengikutinya ke kereta. Mereka melangkah beriringan menuju ke tempat letak kereta di hujung taman. Petang itu agak ramai orang berkunjung ke taman ini. Kebanyakkannya datang bersama-sama keluarga. Meeftah sempat melihat gelagat anak-anak kecil berkejaran bersama ibu dan bapa mereka. Dia tersenyum melihat pemandangan itu.

“Kenapa bang? Teringin nak ada famili macam tu ke? Haha.. Apa tunggu lagi? Kahwinlah bang. Abang pun ada rupa, dah kerja, dah ada kereta. Kalau abang petik jari confirm beratur anak dara nak jadikan abang suami. Tinggal nak pilih je. Apa lagi abang nak?” Tiba-tiba Din mengusik.

“Amboi, ingat nak pilih isteri macam nak pilih barang kat kedai?” Meeftah tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Din turut tertawa. Mereka berdua tiba di depan kereta proton Persona hitam milik Meeftah. Kereta yang dibelinya hasil titik peluhnya bekerja hampir dua tahun sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat swasta. Meeftah menekan punat alat penggera. Pintu di sebelah tempat pemandu dibukanya.

“Jom, masuk.” Pelawa Meeftah. Anak kunci diputar dengan cermat. Enjin kereta berderum perlahan. Din masuk mengambil tempat di sebelah Meeftah. Setelah memastikan tiada kenderaan lain di belakang, Meeftah mengundurkan keretanya dengan berhati-hati.

“Din, cuba ambil terjemahan al-Qur’an dalam kotak depan Din tu.” Meeftah bersuara tenang. Tumpuannya penuh kepada pemanduan. Din menurut permintaan Meeftah. Kotak di hadapannya di buka perlahan. Dia mencapai terjemahan Al-Qur’an yang terdapat di dalamnya.

“Cuba tengok surah al-Fajr ayat 27 dan 28. Baca terjemahan ayat-ayat tu.” Din menurut apa yang dipinta Meeftah. Tangannya lincah menyelak satu-persatu helaian terjemahan Al-Qur’an itu. Akhirnya dia menemui apa yang dicari.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya...” Perlahan Din membacakan terjemahan ayat 27 dan 28 dari surah al-Fajr. Usai sahaja, dia memandang Meeftah yang sedang tenang memandu di sebelahnya.

“Apa yang dimaksudkan dengan jiwa yang tenang?” Soal Meeftah tiba-tiba. Din diam membisu. Matanya menekur ke bawah.

“Jiwa yang tenang ialah jiwa yang sentiasa mengingati Allah dengan berzikir dan bertaqwa kepada Allah. Tadi abang ada kata fikir masak-masak, tenang jiwa, tenang hati, kan? Jadi sentiasalah mengingati Allah dengan berzikir menyebut-nyebut nama Allah. Tak rugi pun bila kita memperbanyakkan berzikir. Malah hati kita akan menjadi lebih tenang. Kita rujuk balik firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Meeftah diam seketika.

“Cuba dengar lagu ni...” Meeftah menekan punat pemain CD. Perlahan-lahan kedengaran alunan lagu bergema.

Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah
TanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

“Din, kesusahan yang ditimpakan ke atas kita selalu membuatkan kita rasa kita makin jauh dengan Allah. Tapi Maha Agung Kasih dan Cinta Allah. Sebenarnya kita tak pergi jauh malah terus kepada Allah dan akhirnya kita akan bertemu juga dengan Allah. Semoga Allah merahmati kita semua...” Meeftah bersuara penuh makna.

Din melemparkan pandangannya keluar tingkap. Hatinya diruntun sayu. Dia akur, dia pernah membuat kesilapan. Namun dia bersyukur kerana Allah pertemukan dia dengan Abang Meeftahuddin. Betul apa yang Abang Meeftah katakan. Manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Subhanallah, Maha Suci Allah...!!!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu...”
(Surah al-Fajr: ayat 27 – 30)

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/4xjwyobfeGs&hl=en_US&fs=1&color1=0x006699&color2=0x54abd6"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowscriptaccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/4xjwyobfeGs&hl=en_US&fs=1&color1=0x006699&color2=0x54abd6" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

* Wali Band - Aku Cinta Allah
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-42642352365409522982010-05-02T14:50:00.001-07:002010-09-27T11:07:42.712-07:00[K.A.M.I] Maryam Ibtihal - Bab 2
- Cerita Tentang Hati -

“Din, kau nak kerja tak?” Telinga Maryam menangkap perbualan dua orang lelaki di gerai burger berhampiran pondok bas tempat dia setia menanti Balqis yang sudah berjanji untuk menjemputnya. Yang seorang adalah abang penjual burger manakala yang seorang lagi budak lelaki dalam limgkungan umur 18 tahun. Jika tidak silap, dia dengar abang penjual burger itu memanggil budak itu dengan nama ‘Din’.

‘Din apa? Shamsuddin? Hairuddin? Bidin?’ Bisik Maryam. Ish, Maryam mula melalut. Matanya terus memerhatikan budak lelaki tersebut. Dengan sepasang baju T hitam dan seluar jeans lusuh, gaya rambut serta penampilan luar budak lelaki tersebut, dia kelihatan tak ubah seperti seorang budak nakal. Mata Maryam melirik ke arah rambut budak lelaki yang bernama Din itu. ‘Mak aih, rambut dah macam adik-beradik durian je! Entah berapa kilo krim rambut budak ni guna!’ Bisik hati kecil Maryam. Dia melepaskan satu keluhan. ‘Ini ke wajah-wajah pemimpin masa depan?’

“Kerja apa bang?” soal Din kembali tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Maryam kembali memasang telinga.

“Abang nak minta kau kerja kat kedai abang. Kerja jual burger. Kat gerai abang yang satu lagi.” Kata abang penjual burger itu sambil tangannya ligat membalikkan kepingan daging burger di atas dapur.

Din menggaru-garu kepalanya. “Erm...tak naklah bang. Saya ada banyak kerja lain nak buat.”

“Kau buat kerja apa sekarang?” Terhenti pergerakan abang penjual burger tersebut mendengarkan jawapan dari Din.

“Saya tolong-tolong orang je.” Din senyum kambing.

“Kau tolong apa?” Abang penjual burger itu meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala.

“Tolong jaga budak-budak kat rumah anak yatim.” Spontan Din menjawab. Tangannya memain-mainkan anak kunci motorsikal barangkali.

‘Rumah anak yatim? Biar betul? Tak mungkin!’ Maryam terlongo. Hatinya sukar untuk mempercayai apa yang didengarinya.

“Berapa upah kau dapat?” Soal abang penjual burger itu lagi.

“Tak ada pun. Saya suka-suka je nak tolong orang. Seronok apa...” Dengan riak selamba Din menjawab. Maryam nampak dari ekor matanya, pergerakan abang penjual burger itu terhenti sekali lagi mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Din.

“Eh, kau ni biar betul Din? Kat dunia ni mana boleh buat kerja tak ada gaji?” Maryam memasang telinga. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui jawapan yang bakal keluar dari mulut Din walaupun dia tahu tidak elok mencuri dengar perbualan orang lain..

“Eh, ada la. Tu Rasulullah, Allah bagi kerja suruh berdakwah mana ada dapat gaji?” Jawab Din sambil mengangkat kening dua kali. Maryam terkesima dan dia yakin abang penjual burger itu juga pastinya tersentak dengan jawapan Din.

“Itu Rasulullah. Kita ni siapa?” Abang penjual burger itu masih tidak mahu mengalah. Sudip di tangannya diletakkan ke tepi. Tangannya mencekak pinggang.

“Yang para sahabat susah payah back up Rasulullah tu kenapa? Diorang pun manusia macam kita juga. Mana gaji diorang? Diorang buat kerja ni untuk apa sebenarnya ek? Lagipun, banyak pahalanya kalau kita tolong anak yatim ni bang. Rasulullah pun anak yatim gak!” Maryam terkesima. Subhanallah! Sebentar tadi dia begitu mudah menghukum Din dengan hanya melihat penampilan luarannya. Dan sekarang ini, dia yakin Din bukan seperti yang dia sangkakan.

“Okeylah bang. Saya balik dulu ya. Dah janji dengan mak nak tolong dia bersihkan halaman rumah. Assalamualaikum.” Remaja itu pantas berlalu pergi meninggalkan abang penjual burger itu terpinga-pinga. Wajahnya sedikit merah. Malu barangkali dengan Din.

“Mar, tengok apa tu?” Suara Balqis mengembalikan Maryam ke alam sedar.

“Eh, Qis! Tak ada apalah. Baru sampai ke?” Maryam membetulkan duduknya. Buku-buku tebal yang sedari tadi diriba, dialihkan ke sisi sebelah kiri. Wajah redup Balqis dipandangnya. Sebuah senyuman dihadiahkan buat sahabatnya itu.

“Ni kenapa senyum-senyum ni? Ada apa-apa ke? Takkanlah ada Putera Raja jatuh dari langit nak menjemput Sang Bidadari hati?” Balqis tertawa kecil.

“Salah ke Mar nak hadiahkan senyuman buat sahabat Mar ni? Senyum tu kan sedekah!” Balas Maryam sambil mencuit hidung Balqis.

“Tau la senyum tu sedekah, tapi senyuman Mar tu nampak lain macam je. Oh ya, nampaknya kita terpaksa batalkan rancangan kita nak ke pusat sumber.” Riak di wajah Balqis tiba-tiba berubah.

“Eh, kenapa pula? Qis tak sihat ke?” Soal Maryam bimbang. Tangannya menjamah muka dan dahi Balqis.

“Eh, bukan! Qis sihat. Tapi Nana yang tak sihat. Kaki dia terseliuh.” Balqis pantas menangkap tangan Maryam dari terus-terusan menjamah muka dan dahinya.

“Jadi Qis bercadang nak pergi ziarah dia. Lain kali je kita pergi pusat sumber.”

“Errr... Aa... Ada kaitan dengan Mar ke?” Maryam bimbang serta-merta. Dia mula rasa tidak senang duduk.

“Eh, kenapa pula ni Mar? Apa kaitannya dengan Mar?” Balqis diserang tanda tanya.

“Errr... Hari tu Mar ada tersepak Nana...” Dengan keadaan serba salah Maryam berbicara.

“Mar sepak Nana???” Balqis kaget.

“Eh, Mar bukan sengaja! Nana pun satu! Mar dah kata dah Mar ni geli. Tapi dia buat juga. Dia cucuk-cucuk pinggang Mar. Apa lagi, keluarlah segala macam bunga-silat-tak-khatam. Tak pasal-pasal dia dapat jurus tendangan maut dari Mar. Berguling-guling dia. Lepas tu dia degil juga. Dia buat lagi...” Jelas Maryam panjang lebar.

“Hah, biar betul sampai berguling-guling?” Soal Balqis, kaget. ‘Boleh tahan juga aura keganasan Maryam ni! Haha!’ Bisik hati Balqis.

“Guling-guling tu, dia je yang terlebih efek kesan khas dan kesan bunyi. Kena tendang sikit je kot. Dia yang terlebih rajin pergi guling-guling satu bilik.” Ujar Maryam sambil mencebik.

Balqis tertawa kecil. “Macam-macam perangai Nana ni. Mar jangan risaulah. Kaki dia terseliuh sebab terjatuh dari pokok petang semalam. Bukan disebabkan Mar tersepak kaki dia tu.”

“Hah? Jatuh pokok?” Mata Maryam membulat. Dia kaget.

“Ha’ah dia jatuh pokok gara-gara nak ambik gambar kepompong untuk projek rama-rama dia tu. Itulah sebabnya kaki dia terseliuh. Lepas tu dalam perjalanan nak balik ke bilik dia dengan kaki terseliuh tu, entah macam mana ada orang tertolak dia. Dia terjatuh sekali lagi dan tak tau kat mana silapnya waktu dia ‘landing’ tu, jari telunjuk tangan kiri dia patah.” Jelas Balqis panjang lebar.

“Eeeee... budak ni!!! Suka-suka je tau nak bagi orang patahkan jari dia! Meh sini bagi Mar je yang patahkan jari dia. Barulah ukhwah sejati namanya!” Maryam mengetap bibir, geram. Balqis tertawa kecil mendengar rungutan Maryam. Melihat Balqis tertawa, Maryam kehairanan.

“Kenapa Qis ketawa ni? Apa yang tak kena?” Soal Maryam kehairanan melihat Balqis yang tidak henti-henti ketawa.

“Tak ada apa-apa. Eh, dah la jom gerak sekarang. Lambat pula nanti.” Balqis bangun dan meraih tangan Maryam. Maryam turut bangkit. Beg galas diletakkan ke bahu. Buku-buku tebal di sisinya tadi di bawa ke dalam pelukan. Dia mengekori langkah Balqis menuju ke tempat letak kereta. Kereta Kelisa berwarna silver itu merupakan hadiah dari ayah Balqis kepadanya.

Maryam dan Balqis melangkah masuk ke dalam kereta. Sebaik saja melabuhkan punggung, Balqis tertawa kecil. Maryam kehairanan. “Kenapa Qis?” Dahinya berkerut.

“Tak ada apa. Kelakar la pula bila Qis bayangkan macamana Mar tendang Nana, lepas tu dia buat pula efek kesan khas dan kesan bunyi. Rasanya kalau Qis ada kat situ, Qis yang berguling-guling gelak tengok gelagat korang berdua ni.” Balqis menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Qis!” Suara Maryam naik satu oktaf. Bibirnya memuncung. Geram dengan Balqis yang tidak habis-habis mahu mengusiknya.

“Ops, maaf! Okey, Qis tak gelak lagi. Tapi kenapa la kawan Qis yang comel ni keluarkan muncung itik tu? Dah boleh letak penyangkut baju tau!” Balqis tersenyum simpul.

“Qis...” Maryam memberi amaran.

“Teeetttt!!! Balqis, kamu dalam zon bahaya! Okey, okey... kita gerak sekarang.” Balqis menghidupkan enjin kereta Kelisanya. Setelah memberi isyarat ke kanan, dia memandu keluar keretanya dengan berhati-hati.

“Qis...”

“Yup!” Balqis masih tetap menumpukan perhatiannya kepada pemanduan.

“Tadi kan, Mar ada nampak seorang budak lelaki ni. Kalau tengok dari luarannya memang nampak gaya budak nakal. Tapi...” Bicara Maryam terhenti di situ.

“Tapi kenapa?” Soal Balqis.

“Tapi Mar rasa, Mar dah salah sangka pada dia. Dia taklah seburuk yang Mar fikirkan.”

“Maksud Mar?” Balqis memandang wajah Maryam sekilas.

“Tadi Mar ada terdengar perbualan dia dengan abang penjual burger tu. Abang tu tawarkan kerja kat dia. Tapi dia tolak. Dia kata dia tolong kat rumah anak yatim tanpa gaji. Bila abang tu pertikaikan, dia jawab Rasulullah dan para sahabat buat kerja dakwah pun tak dapat gaji. Mar tak sangka...” Maryam menyepi. Pandangannya dilempar ke luar kereta.

“Mar, sebab tu la kita ni kena bersangka baik dengan orang lain. Husnuzhan. Selemah-lemah ukhwah ialah dengan bersangka baik. Bersangka baik dengan Allah dan juga bersangka baik sesama manusia. Mar, pepatah Inggeris pun ada menyatakan, don’t judge the book by its cover.” Balqis menepuk perlahan lengan Maryam. Maryam tunduk membisu.

“Mar, pernah tak dengar ‘Allah itu mengikut sangkaan hambaNya’. Maksudnya kalau kita bersangka baik kepada Allah, insyaallah kebaikanlah yang akan Allah berikan pada kita. Sebab itulah kita kena sentiasa bersangka baik kepada Allah, diri sendiri dan orang lain. Tapi ia tak bermaksud kita tak perlu berwaspada dan berhati-hati. Hati kita ni tak ubah macam magnet.” Balqis meletakkan tangan kanannya di dada.

“Hati kita ni mampu nak tarik sesuatu yang ada kat luar ni ke dalam diri kita. Apa yang hati kita rasakan, itulah yang akan kita terima sebagai pantulan. Sebab itulah kita kena sentiasa bersangka baik. Supaya setiap kebaikan tu dapat ditarik ke dalam diri kita.” Penuh teratur Balqis menuturkan kata-kata itu.

“Qis, macamana ye kita bersihkan hati kita? Macamana nak lembutkan hati yang keras? Apa ubat bagi hati yang mati?” Maryam memandang lembut wajah tenang Balqis yang sedang memandu. Ada air jernih yang bergenang di kelopak matanya. Balqis memandang wajah Maryam sekilas.

“Mar, hati kita ni hak milik Allah, ciptaan Allah. Dan hati ni sifatnya berbolak-balik. Jadi, mintalah pada Allah, Tuhan yang mencipta, Tuhan yang memegang dan Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati kita. Minta agar Allah tetapkan hati kita. Mintalah bersungguh-sungguh pada dia. Para Muttaqin ada menyebutkan, bila hatimu keras bukalah al-Quran, baca dan tadabburlah isinya kerana al-Quran itu penawar hati. Jika masih keras juga, dirikanlah solat kerana solat itu zikir penyucian hati. Dan kalau masih keras juga ingatlah mati kerana ia membasuh jiwa yang gelisah dan hati yang resah. Tetapi kalau hati itu masih keras juga, berdoa dan bermohonlah kepada Allah agar dikurniakan hati yang baru kerana hakikatnya pada saat itu kamu sudah tidak memiliki hati.”

Maryam tunduk membisu, lama. Dia melemparkan lagi pandangannya ke luar tingkap. Balqis meneruskan pemanduannya dengan berhati-hati. Apabila menghampiri rumah banglo berbumbung biru, Balqis memperlahankan keretanya. Apabila keretanya betul-betul berada di hadapan banglo berbumbung biru itu, dia memberhentikan keretanya. Enjin Kelisa dimatikan.

“Jom, kita dah sampai. Ni la rumah Nana.” Senyum Balqis melebar. Dia membuka pintu kereta. Tatkala kakinya melangkah keluar tiba-tiba dia mengaduh kesakitan.

“Eh, Qis! Kenapa?” Maryam bertanya, bimbang.

“Err... T..Tak ada apa. Terpijak duri sikit. Qis tak apa-apa. Mar janganlah risau.” Balqis tertunduk-tunduk memeriksa tapak kakinya. Maryam berlari anak mendapatkan Balqis. Dia tunduk sama untuk melihat kaki Balqis.

“Alhamdulillah, nasib baik tak apa-apa.” Maryam bersuara perlahan. Wajah Balqis yang tersenyum dipandangnya.

“Sayang juga Mar pada Qis ye?” Soal Balqis sambil mengulum senyuman.

“Eh, mestilah! Qis kan sahabat Mar. Mestilah Mar sayang.” Jawab Maryam sambil mencuit hidung Balqis.

“Bila terkena musibah macam ni, Qis teringat kat satu hadis yang berkaitan duri.

“Hadis berkaitan duri?” Soal Maryam kehairanan.

“Ha’ah. Saidina Umar pernah bertanya kepada seorang sahabat tentang taqwa. Sahabat ni menjawab, taqwa ni umpama melalui jalan yang penuh duri. Kita akan bersungguh-sungguh serta berhati-hati melaluinya supaya tak tercucuk duri.” Balqis tersenyum memandang Maryam.

“Maksudnya?” Soal Maryam. Dia mengangkat kening sebelah.

“Maksudnya, taqwa tu umpama kita melakukan sesuatu dalam keadaan seperti kita berjalan di atas jalan yang penuh duri. Kita buat dalam keadaan berhati-hati, dan bersungguh-sungguh. Kalau silap langkah, kita akan tertusuk duri dan merasa sakit.” Balqis tersenyum senang.

“Qis, Mar ada satu lagi soalan nak tanya Qis. Kenapa ye kita kena hidup dalam jamaah? Kenapa kita tak boleh hidup seorang diri?”

“Mar, sebatang lidi lagi mudah nak dipatahkan berbanding seberkas lidi. Anak kambing yang terkeluar dari kumpulannya akan mudah ditangkap dan dimakan oleh serigala berbanding anak kambing yang berada di dalam kumpulannya. Macam tu la juga dengan diri kita. Bila kita hidup seorang diri, kita akan mudah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu dan anasir-anasir luar yang negatif. Selain hidup dalam jamaah, penting juga bagi kita untuk memilih sahabat.” Balqis berhenti sejenak. Dipandangnya wajah Maryam.

“Pernah dengar tak, perumpamaan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi?” Maryam menggelengkan kepalanya.

“Bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, mendapat bau harumnya. Tapi kalau kita berkawan dengan tukang besi pula boleh menyebabkan rumah atau baju kita terbakar.” Balqis angkat kening dua kali.

“Terima kasih ye Qis, banyak sangat ilmu yang Mar dapat hari ni. Beruntung sangat Mar dapat sahabat macam Qis.” Maryam mengenggam erat tangan Balqis.

“Eh, Qis pun beruntung juga tau dapat sahabat macam Mar. Dah la comel, pandai pulak buat kek coklat yang sedap tu.” Balqis tersengih lebar menunjukkan baris giginya yang putih bersih.

“Eh, kita ni asyik la bersembang kat sini. Apa khabarlah agaknya Nana tu. Jomlah kita masuk. Lain kali kita sambung cerita tentang hati ni ya?” Maryam menghulurkan tangannya kepada Balqis. Balqis menyambut mesra tangan Maryam. Setelah mengunci pintu kereta Kelisanya, mereka beriringan melangkah masuk ke perkarangan rumah Nana.

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-78978394998865440802010-04-21T12:30:00.000-07:002010-04-21T20:12:43.276-07:00KEMBARA CINTA (5)
-Ke Mana Arah Tujuanku?-

Deruan ombak memecah ketenangan pantai. Wardah senang duduk di atas tunggul kayu mati sambil ralit memerhatikan alunan ombak yang memukul pantai, juga bot-bot kecil nelayan yang pulang membawa hasil tangkapan. Ya, barangkali jika ada rezeki mereka.

'Mengapa aku berada di sini?' Itu satu persoalan yang Wardah sendiri tidak pasti akan jawapannya. Yang pasti, dia ingin lari dari segala-galanya. Lari dari semua cakap-cakap yang bisa merobek hatinya yang sudah sediakala hancur. Dan di sini dia beroleh ketenangan. Ketenangan yang sungguh didambakannya saat ini. Sebenarnya Wardah sendiri tidak pasti, betulkah tindakannya selama ini? Adakah dia kini bagaikan insan yang sedang cuba untuk lari dari masalah? Tidak berani untuk berhadapan dengan realiti yang sebenar? Wardah sendiri bingung!

Kini sudah hampir sebulan dia berada di daerah ini…ya, sebuah daerah yang cukup asing buat dirinya… bandar Kuantan. Selama ini tidak pernah terlintas di fikiran bahawa dia bakal menghuni di daerah ini. Berkelana, jauh dari keluarga, jauh dari saudara mara, jauh dari sahabat handai, malah jauh dari insan-insan yang dikenalinya.

Dengan hanya berbekalkan keyakinan, Wardah menguatkan kaki untuk ke daerah ini. Tapi, apa yang dia cari di sini? Kemanakah sebenarnya arah tujuannya? Bagaimanakah masa depannya? Akan gelapkah seperti gelapnya malam tanpa bintang-bintang dan purnama yang menghiasi? Arghh!!! Buntu rasanya!

Ya Allah, beratnya dugaan yang Kau berikan ini. Tak tertanggung lagi rasanya. Seperti mahu pecah dada ini menahan asakan demi asakan. Kenapa aku terus-terusan diuji? Mampukah aku untuk terus begini? Tiadakah sedikit pun sinar kegembiraan untukku? Ya Allah, aku cukup takut untuk menghadapi hari muka.

Wardah masih ingat lagi hari pertama dia bertugas sebagai guru di Tadika Sri Anggerik, perasaannya begitu berdebar. Bagaimanakah agaknya penerimaan anak-anak kecil itu terhadapnya? Pasti kerisauan itu bertandang kerana tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi seorang pendidik, apatah lagi menjadi seorang guru tadika. Wardah seakan tidak percaya bahawa Syauqah Wardah Ahmad Ghazali pada hari dan detik ini telah bergelar seorang guru tadika! Terasa dia tidak akan mampu untuk menangani karenah anak-anak kecil yang baginya umpama jelmaan 'syaitan-syaitan' kecil. Iyalah, pastinya pengalaman membesar bersama lima orang adik-adik lelaki telah menjadikan minda dan pemikirannya secara automatik 'terprogram' bahawa semua kanak-kanak adalah sama, buas dan merimaskan!

Namun, sangkaannya jauh meleset! Wardah diterima dengan cukup baik. Wardah pasti ingat Izzatul Aini, anak kecil pertama yang menegurnya dengan tersipu-sipu. Wajah kecil yang putih itu kelihatan sedikit kemerah-merahan.

"Emm…cikgu ni cikgu baru kat sini ke?" itulah soalan yang berupa sapaan pertama dari bibir mungil Izzah. Pertanyaannya dijawab sekadar dengan satu anggukan.

"Siapa nama cikgu?" soalnya dengan ramah.

"Cikgu Wardah," balas Wardah pendek sambil menghadiahkan sekuntum senyuman buat Izza.

"Nama saya Izza, Izzatul Aini binti Rahim," katanya memperkenalkan diri sambil jarinya ligat memintal-mintal rambutnya yang diikat ekor kuda. Dan hari itu berjalan dengan cukup lancar walaupun Wardah agak kekok. Almaklumlah, seumur hidup tak pernah ada sekelumit pun rasa untuk menjadi seorang guru. Apatah lagi untuk mengajar anak seawal usia empat tahun. Anak murid Wardah hanya seramai sepuluh orang. Namun untuk menarik perhatian mereka terhadap sesi pengajaran bukan mudah seperti yang orang lain sangkakan kerana afal mereka yang sering mengantuk di awal pagi.

"Cikgu!" jeritan si anak kecil mengembalikan Wardah ke alam realiti. Melihat wajah ceria si anak kecil di belakangnya bisa membuatkan bibir Wardah mengukir sekuntum senyuman. Teringat Wardah akan keletahnya tatkala di tadika.

"Cikgu, kat sebelah sana tu besar!"

"Mana?" soal Wardah sambil matanya meliar mencari tempat yang dimaksudkan.

"Sebelah kanan cikgu tu! Cepat cikgu, saya sambut kat bawah ni!" jawab si anak kecil itu sambil terlompat-lompat di bawah pokok Ciku.

"Ish, awak ni Anip, cubalah bersabar sikit. Sabar itu kan sebahagian daripada iman. Okey, sambut ni, jangan sampai jatuh!"

"Okaylah cikgu. Dah banyaklah ni. Cukuplah. Lain kali cikgu petik lagi ye?"

"Anip, ada orang lalu tak?" soal Wardah bimbang.

"Tak ada! Line clear!" Jeritnya riang. Dengan penuh hati-hati Wardah turun dari pohon Ciku yang tumbuh di hadapan tadika sambil matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Aksi Wardah benar-benar mengalahkan pencuri. Bukannya apa, dia malu andai ada orang terlihatnya memanjat pokok. Jatuh saham nanti!

Ini adalah buah ciku! (bagi yang tak kenal buah ciku)

"Pergh! Cikgu Wardah memang best! Kalau selalu macam ni mesti seronok!" jerit Haniff, riang.

"Awak memanglah seronok... yang seksa cikgu!" balas Wardah sambil menggelengkan kepala. 'Hai, kalau selalu macam ni pengsan aku. Umur nak masuk 21 tahun, masih panjat pokok. Tau dek atuk, confirm aku bakal di'ceramah' oleh atuk habis-habisan.' Bisik hati kecil Wardah. Apa yang boleh dia lakukan? Tak mungkin dia tegar untuk membiarkan anak sekecil ini yang memanjat, seandainya jatuh dan tercedera, apa yang perlu dijelaskan kepada mak dan ayah Haniff nanti? Nak dibiarkan permintaan Haniff itu tidak sampai hati rasanya.

"Cikgu, buah ciku ni kena peram dulu ke? Tak boleh makan terus?" soal Haniff.

"Ya, kita kena peram buah ni dulu. Buah ni tak masak lagi la Anip, mana boleh makan lagi. Meh, bagi cikgu buah ciku tu, cikgu nak basuh dulu." Ujar Wardah sambil menghulurkan tangan ke arah Haniff, satu-satunya anak murid yang rumahnya paling hampir dengan tadika. Malah Haniff dan abangnya Najmi merupakan pengunjung setia tadika ini tidak kira siang atau malam.

"Anip, nak ikut cikgu pergi ke pantai tak? Nanti cikgu belanja Anip makan aiskrim." Tiba-tiba terlintas di fikiran Wardah untuk mengajak Haniff menemaninya ke Taman Gelora. Wardah cukup yakin Haniff pasti akan bersetuju apabila mendengar saja perkataan 'aiskrim'. Sikap Haniff ini tak ubah seperti Wardah. Seperti kata orang-orang tua, 'Cikgu borek, anak murid rintik'. Adakah pepatah seperti itu? Ah, whatever!

"Nak!" Seperti yang telah Wardah jangkakan tadi, apabila terdengar saja 'aiskrim' pasti Haniff akan menurut, apatah lagi Wardah yang membelanja.

"Cikgu, sedaplah aiskrim ni!" Haniff yang duduk di sisi Wardah begitu asyik menikmati aiskrim Cornetto yang dibelikan.

'Aiskrim percuma mestilah sedap Anip!.' Bisik Wardah di dalam hati. Wajah Haniff dipandang sekali imbas.

"Anip, Abang Najmi mana? Kenapa dia tak datang hari ni? Selalu kamu berdualah yang asyik tayang muka kat tadika tu waktu petang macam ni."

"Abang Najmi pergi ke sekolah. Ada sukan. Malam nanti kami datanglah tadika. Kan Cikgu nak ajar kami matematik malam ni."

"Oh, ye ke?" Patutlah batang hidung Najmi tidak kelihatan hari ini. Sebenarnya setiap malam selain hujung minggu, Wardah dan Kak Maisarah mengajar Haniff dan Najmi secara percuma. Sekadar untuk mengisi waktu lapang. Boleh juga buat amal jariah.

"Cikgu, nanti cikgu kahwinlah dengan Abang Abid. Mesti seronok kalau cikgu jadi kakak saya!"

'Eh, melalut pula budak ni. Abid tu lagi muda dari aku. Ish, tak naklah aku.'

"Anip, abang awak tu lagi muda dari cikgu. Mana boleh," ujar Wardah.

"Kalau tak boleh dengan Abang Abid, Abang Hafiz ada. Umur dia 24 tahun. Okeylah tu kalau dengan cikgu."

'Aik, tak habis-habis lagi? Tak dapat dengan Abid, Hafiz pulak yang nak dipadankan dengan aku?' Bisik hati kecil Wardah.

"Jangan nak mengarutlah Anip, cikgu yang garang macam singa ni awak nak ke jadi kakak ipar?"

'Ada hati juga nak jadikan aku sebagai kakak ipar. Terlupakah selalu dimarah oleh aku dalam kelas?'

"Nak!"

'Ha? Demamkah budak ni?'

"Dah, cepat habiskan aiskrim tu. Sekejap lagi kita balik. Dah nak masuk waktu Maghrib ni. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi. Faham?" 'Itulah, kan dah kena se'das' dengan aku. Mengarut lagi.' Terkocoh-kocoh Haniff menghabiskan aiskrim di tangannya.

Sebulan di bandar Kuantan, menjadi rutin Wardah hampir setiap hari berjogging di tepi pantai. Jika tidak berjogging, dia lebih gemar duduk di atas sebatang pohon tumbang sambil memerhatikan ombak yang memukul pantai. Seronok rasa di hati apabila menyaksikan alunan ombak, matahari di waktu senja berlabuh dan juga menikmati tiupan bayu yang sepoi-sepoi language. Terubat rasanya rindu di hati ini pada teman-teman yang jauh ditinggalkan di seberang Laut China Selatan. Kadangkala Wardah berharap ombak dan bayu ini akan menyampaikan salam kerinduan buat mereka di sana.

Teman, kiranya sang bayu menghembusi paras wajahmu, ketahuilah bahawa itulah rinduku yang sering menyebut-nyebut namamu. Teman, kiranya tempias hujan membasahi jendelamu, yakinlah bahawa itulah air mata yang jatuh di pipiku saat mengingatimu. Sesungguhnya perpisahan itu sesuatu yang cukup menyakitkan. Namun, apakan dayaku. Yang penting, aku harus tabah menghadapi liku-liku kehidupan ini...

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...

Sahabatku ( Deevotees )
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-52473868629921001862010-04-20T08:39:00.000-07:002010-09-27T10:59:21.045-07:00[K.A.M.I] Maryam Ibtihal - Bab 1
- Mencari Damai Di Hati -

“ASSALAMUALAIKUM...” suara seorang kanak-kanak perempuan menarik perhatiannya. Earphone di tangan disimpan kembali ke dalam poket beg galas. Maryam berpaling ke arah suara yang memanggilnya.

Seorang anak kecil memandangnya dengan sebuah senyuman manis. Matanya bulat, dihiasi dengan alis mata yang tebal dan lesung pipit di pipi kirinya membuatkan matanya enggan beralih dari memandang wajah comel itu.

“Assalamualaikum kak...” sekali lagi lafaz salam dihulur setelah salam yang pertama dibiarkan sepi.

“Err... Waalaikumsalam... Kenapa dik?” Maryam jadi malu sendiri gara-gara dia terlupa membalas ucapan salam anak kecil itu.

“Akak, kenapa kakak tak tutup aurat betul-betul? Kakak pakai tudung tapi kenapa pakai baju lengan pendek? Tangan kita kan aurat...” Butir-butir perkataan yang keluar dari bibir anak kecil itu bagaikan belati yang menghiris hati. Kata-kata itu umpama peluru yang mengenai sasarannya. Ucapan itu bagaikan batu besar yang menghempap kepala saat itu.

Maryam kehilangan kata. Wajahnya merona merah. Andai dia punya pintu suka hati atau mantel halimunan saat ini, ingin saja dia segera menghilangkan diri dari pandangan anak kecil itu.

“Err... aaa... Aakkakk... Akak...” Dalam gugup Maryam cuba bersuara. Dia menelan air liur.

“Nusaibah, kenapa kacau kakak tu?” Satu suara yang tiba-tiba kedengaran menjadi penyelamat. Maryam mengucap syukur. Dia berpaling ke belakang mencari empunya suara. Seorang wanita bertudung litup dan berjubah warna polos sedang memandang mereka berdua sambil tersenyum. Maryam gugup. Bibirnya mengukir senyuman kelat.

“Eh, ummi...” anak kecil itu tersenyum girang. Pantas dia berlari mendapatkan wanita yang dipanggil ummi itu. Tangannya merangkul mesra pinggang wanita itu. Nusaibah dan umminya melangkah mendekati Maryam. Sebuah senyuman dilemparkan.

“Maafkan anak makcik ni kalau dia mengganggu adik... err...”

“Maryam. Saya Maryam Ibtihal.”

“Nama makcik Safiyyah. Ini anak bongsu makcik, Nusaibah. Makcik minta maaf ye kalau Nusaibah ni mengganggu Maryam. Dia ni memang macam ni. Terlebih peramah...” Makcik Safiyyah tertawa kecil.

Maryam mengukir senyum bergaris lurus. Kepalanya menggeleng perlahan. “Tak ada apa pun makcik. Nusaibah tak ganggu saya sikit pun.”

“Maryam buat apa kat sini? Maryam tunggu orang ke?” soal Makcik Safiyyah.

“Saya tunggu kawan. Dah janji nak jumpa dia kat sini. Kami ada perbincangan sikit.”

“Oh...” Makcik Safiyyah mengangguk perlahan.

“Eh, Ummi Safiyyah! Apa ummi buat kat sini?” Balqis tiba-tiba muncul bagaikan jatuh dari langit. Maryam mengerut dahi.

“Laa... Maryam ni kawan Qis ke?” Makcik Safiyyah tertawa kecil.

“Ha'ah, Mar ni kawan Qis. Kami ada perbincangan sikit. Ummi buat apa kat sini?”

“Ni haa... Melayan si Nusaibah la. Dia minta ummi buatkan puding karamel dan kek coklat. Ummi tengah ralit baca senarai bahan-bahan yang nak dibeli, dia pula menghilang. Tengok-tengok dia sibuk mengacau Maryam ni.”

“Eh, tak adalah makcik. Nusaibah tak ganggu saya pun.” Cepat-cepat Maryam memintas.

“Eh, ummi minta diri dulu ye. Insyaallah lain kali kita jumpa lagi. Jemputlah datang ke rumah. Qis bawalah Maryam ni datang rumah ummi. Boleh kita eratkan lagi ukhwah.” Makcik Safiyyah menghulur tangan bersalaman diikuti oleh Nusaibah sebelum mengundur diri.

Maryam termangu seketika.

“Mar, awak okey ke?” Suara Balqis mematikan lamunannya. Maryam tersenyum tawar. Pantas dia mengangguk.

“Betul ke ni? Kalau macam tu, jom kita pergi sekarang!” Balqis tersengih menayangkan giginya yang putih bersih. Maryam angkat kening sebelah. Earphone di tangan disumbat ke telinga. Dan Evanescence pun berlagu.

How can you see into my eyes like an open doors?
Leading you down into my core where I’ve become so numb
Without a soul, my spirit sleeping somewhere cold
Until you find it there and lead it back home *

“BALQIS, BETULKAH ALLAH boleh menegur kita dengan menghantar sesiapa pun?” soal Maryam.

Dahi dan kening Balqis berkerut serentak. “Maksud awak?”

“Sebenarnya tadi waktu saya tunggu awak, tiba-tiba Nusaibah muncul kat depan saya. Macam jatuh dari langit. Lepas tu, dia tanya pada saya kenapa saya tak tutup aurat sepenuhnya. Dia kata tangan ni pun termasuk dalam aurat wanita. Could you imagine budak seusia dia boleh cakap macam tu?” Maryam menggeleng perlahan.

“Atau Allah sedang menegur awak melalui perantaraan Nusaibah? Macam tu maksud awak?” Balqis mengukir senyum nipis. Maryam mengangguk perlahan. Wajahnya muram.

“Mar, saya tak nafikan yang teguran Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Hidup kita atas dunia ni tak ubah macam kita sedang berjalan di atas sebatang jalan. Bila kita mula tersasar atau mulai tergelincir, Allah yang Maha Penyayang mengutuskan perantara untuk menarik kita agar kembali semula ke atas jalan yang benar itu. ‘Penarikan’ itu mungkin berbentuk teguran seperti yang awak terima melalui Nusaibah. Perantara itu mungkin manusia, mungkin haiwan yang mana awak akan memahami teguran-teguran itu apabila awak berfikir.”

Balqis menarik senyum segaris. Wajah muram Maryam dipandangnya lama. Ada simpati yang bertandang di hati saat ini. Dia tidak boleh menyalahkan Maryam atas apa yang berlaku. Maryam dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Balqis sedar, sebagai sahabat dan saudara seagama dia bertanggungjawab menyedarkan dan membantu Maryam. Bukankah menjadi tanggungjawab seorang sahabat untuk menegur kesilapan dan kesalahan sahabatnya?

Rasulullah SAW ada bersabda, ‘Khairunnas anfa’uhum linnas’. Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaat bagi orang lain.” Ya, dia mahu menjadi seorang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain apatah lagi buat sahabat yang berada di sampingnya saban ketika. Dia tahu, Maryam perlu dibantu dan dia yakin setiap orang ada potensi yang tersendiri.

Balqis masih ingat, panglima Khalid al-Walid sebelum memeluk Islam adalah seorang panglima perang yang sangat tinggi potensinya dalam bidang ketenteraan termasuk strategi peperangan. Rasulullah sendiri mengagumi potensi yang ada pada dirinya. Setelah sinar Islam sampai kepadanya, potensi yang ada padanya terus meledak! Dia begitu ikhlas dalam berjihad menegakkan kalimah Allah. Malah sewaktu dilucutkan jawatan dari panglima menjadi askar biasa, dia tetap ikhlas berjuang dan syahid di medan perang menjadi cita-cita tertingginya.

Balqis yakin jika potensi yang ada pada Maryam berjaya digilap, dia akan menjadi permata yang bersinar indah di medan dakwah. Dan untuk itu dia harus membina kepercayaan dalam diri Maryam terhadap dirinya dan memperkukuhkan ukhwah yang terbina di antara mereka.

“Mar, tapi tak mustahil juga anak kecil seusia Nusaibah tu boleh cakap macam tu. Itulah hasil didikan dan tarbiyyah yang Ummi Safiyyah dan Ustaz Zulhilmi terapkan dalam jiwa anak-anak mereka. Anak-anak diajar konsep ubudiyyah sejak kecil lagi.”

“Ubudiyyah? Apa tu?” Dahi Maryam berkerut seribu. Dia membetulkan posisi duduknya. Wajah Balqis dipandangnya penuh tanda tanya. Balqis tersenyum manis. Dia membetulkan posisi duduknya agar bertentangan dengan Maryam.

“Konsep ubudiyyah ni adalah konsep kehambaan. Secara mudah, kita ini dicipta oleh Allah. Jadi sebagai makhluk yang dicipta, kita wajib tunduk dan patuh kepada Allah. Hanya Dia yang layak kita sembah, bukan selain Dia. Patuh kepada Allah juga bermakna kita harus menunaikan segala perintah, dan meniggalkan semua larangan.”

“Tapi, kenapa saya tak pernah tahu semua ni? Kenapa ibu dan ayah tak pernah ajar saya semua ni?” Maryam memandang Balqis. Ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya. Perlahan, Balqis mencapai lembut tangan Maryam dan menggenggamnya erat.

“Mar, husnuzhan. Bersangka baiklah pada ibu dan ayah. Mungkin mereka sendiri tidak mendapat pendedahan sewajarnya. Dan mungkin juga mereka cetek dari segi ilmu pengetahuan agama. Pada saya, tak terlambat lagi untuk awak perbaiki diri.”

“Qis, secara jujurnya banyak perkara tentang Islam yang saya tak tahu. Banyak perkara yang saya tak betul-betul faham. Saya jahil Balqis! Saya malu sangat! Saya malu pada Nusaibah! Saya malu pada Allah! Selama ni saya hidup tanpa saya mengerti tujuan saya diciptakan atas muka bumi ni...” Tangisan Maryam terhambur jua. Balqis merapati tubuhnya mendekati Maryam. Belakang tubuh Maryam diusap perlahan.

“Shh... sabar Mar. Tak terlambat lagi untuk awak perbetulkan semua ni. Insyaallah, saya sanggup bantu awak. Kita sama-sama perbaiki diri kita. Dan kemudian kita bantu orang lain di sekeliling kita.” Balqis berusaha menenangkan Maryam yang semakin tenggelam dalam tangisan.

“Ma...mak..maksud Qis?” soal Maryam dengan suara tersekat-sekat. Balqis tersenyum senang mendengar namanya bermain di bibir Maryam. Tiada lagi saya-awak. Moga hari ini dan detik ini akan merapatkan lagi hubungannya dan Maryam.

“Mar perbaiki diri Mar, dan kemudian Mar bantu perbaiki ibu dan ayah pula. Imam Hassan al-Banna ada berpesan, ‘perbaikilah dirimu kemudian serulah kepada yang lain’. Insyaallah, berdoa dan pohonlah pada Allah agar Dia membantu kita.” Balqis menyeka sisa-sia air mata di wajah Maryam dengan tapak tangannya.

“Qis, terima kasih banyak-banyak...” Maryam merangkul tubuh Balqis kejap. Air matanya tumpah lagi. Balqis membalas pelukan Maryam perlahan.

“Inilah namanya sahabat. Seorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya yang lain terkapai-kapai dalam kesusahan. Mar, saya sayangkan awak kerana Allah... Izinkan saya membantu awak...”

“Terima kasih Qis, terima kasih. Awak sahabat saya dunia akhirat. Saya sayangkan awak juga kerana Allah!”

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu...
Kegelapan hati sering membuatku terkeliru...
Dalam menguji pergolakan emosi diri...
Tak siapa tahu ada yang memerhati...
Tuhan, terima kasih atas kurnia seorang sahabat itu...
Yang memaut tanganku saat aku hampir kelemasan...
Lemas dalam lautan jahiliyyah yang semakin memberat...

“BAGAIMANA KITA MAHU MERASA ‘IZZAH dengan Islam? Kalau kita nak rasa ‘izzah dengan Islam, kalau kita nak rasa mulia dengan Islam, kita kena ada asasnya, kita kena ada sumber. Kalau kita nak merasa mulia kita perlu ada sumber yang menyebabkan kita mulia. Apakah sumber yang boleh menyebabkan kita rasa mulia dengan Islam? Cuba kita lihat dalam surah ali-Imran ayat 85, dan barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima agama daripadanya, dan dia di akhirat... dan di akhirat Allah menjanjikan dia termasuk orang-orang yang rugi. Jadi orang-orang yang menerima Islam itu adalah orang-orang yang beruntung, orang-orang yang berjaya.”

Ustaz Zulhilmi memandang wajah-wajah tenang di hadapannya. Fathil Mu‘ammar, anak sulungnya yang baru saja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antabangsa Malaysia duduk bersila di sebelah kanan sekali. Di sebelahnya pula ada Ahmad Naqiuddin, Izzat Irfan, Ameer Fikri, Izzul, Mus’ab dan Hafeez. Di bahagian belakang pula isterinya Safiyyah, dan anak perempuan bongsunya Nusaibah setia mendengar. Turut sama beberapa orang akhwat yang merupakan anak usrah kepada isterinya.

“Kemudian kita tengok pula dalam surah al-Baqarah ayat 132, Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”

“Kenapa ayat ini sepatutnya menjadikan kita rasa ‘izzah dengan Islam? Ada sesiapa yang nak jawab? Kalau salah tak apa. Biar salah hari ini, jangan salah di kemudian hari.” Ustaz Zulhilmi tersenyum manis. “Fathil?” Ustaz Zulhilmi memandang anak sulungnya. Fathil Mu’ammar membetulkan duduknya.

“Insyaallah, kalau kita tengok pada ayat 132 surah al-Baqarah ini, kita dapat lihat Nabi Ibrahim telah mengamanatkan kepada anak-anaknya, dan begitu juga Nabi Ya’qub juga berbuat perkara yang sama. Jika kita lihat, kedua insan ini adalah seorang Nabi. Jadi agama yang kita anuti ini adalah agama para Nabi. Jadi sepatutnya kita merasa bangga kerana sudah menganut dan mewarisi agama para Nabi.” Fathil memandang wajah sahabat-sahabat di sebelahnya sebelum memandang wajah ayahnya.

“Bagus Fathil. Ya, kita ini mewarisi agama para Nabi. Disebabkan itu kita perlu merasa ‘izzah dengan Islam. Selain itu kalau kita perhatikan dari ayat yang sama, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu. Allah telah memilih agama Islam ini untuk kita. Ini adalah merupakan satu penghormatan untuk kita. Seharusnya kita merasa bangga, merasa mulia dengan agama Islam yang merupakan agama para Nabi dan agama yang dipilih oleh Allah untuk kita.”

Wajah Ustaz Zulhilmi yang jernih itu kelihatan tenang. Wajahnya sedikit bujur dan dagunya dihiasi janggut nipis. Hidungnya sedikit mancung dan kulitnya agak cerah. Dia mengenakan serban dan berjubah dari warna polos. Wajah Nusaibah saling tak tumpah seperti Ustaz Zulhilmi. Berbeza sedikit dengan Fathil Mu’ammar yang banyak mengikut wajah Ummi Safiyyah. Empat orang lagi anak-anak Ustaz Zulhilmi dan Ummi Safiyyah masih menuntut di universiti dan sekolah berasrama penuh. Anak keduanya, ‘Aliyah Zinneerah sedang mengambil kursus perubatan di Jordan University of Science and Technology. Anak ketiganya, Saif Hamzah pula menuntut di Teesside University. Anaknya yang keempat, ‘Ainul Jannah berada di matrikulasi UIAM dan anaknya yang kelima, Alif Naufal belajar di Maahad Tahfiz di utara tanah air.

“Anak-anak yang dikasihi… Jika kita mengamalkan Islam, jika kita hidup dalam Islam, kita nampak keindahan Islam, baru kita akan rasa mulia, barulah kita rasa bangga dan kita akan rasa ‘izzah dengan Islam. Sesudah itu barulah kita boleh berkongsi dengan orang lain keindahan Islam itu sendiri. Seandainya kita tidak dapat merasai keindahan Islam, bagaimana kita mahu menyampaikan kepada orang lain tentang keindahan Islam. Analoginya, Fathil makan buah durian D24. Dia bagitau Izzat durian D24 tu sedap. Jadi bagaimana Izzat nak bagitau pada orang lain durian D24 itu sedap sedangkan dia tak pernah lagi makan durian D24? Begitulah dengan Islam itu. Hanya orang yang merasai keindahan Islam saja yang boleh bagitau orang lain tentang keindahan Islam sebab dia sendiri dah merasainya.”

“Jadi anak-anak, ayuh kita amalkan Islam secara keseluruhannya dalam hidup kita. Bukan Islam yang diambil secara separuh-separuh. Dengan itu kita akan merasai keindahan Islam dan halawatul iman, kemanisan iman…” Kata-kata akhir Ustaz Zulhilmi begitu menyentuh hati Maryam. ‘Amalkan Islam secara menyeluruh, kelak kamu akan merasai keindahan Islam dan kemanisan iman…’

“CUBA KITA TANYAKAN pada diri kita, siapakah Allah itu? Benarkah kita mengenalNya? Siapakah Allah di hati kita? Mar, dalam Islam, mengenal Allah itulah yang Rasulullah ajarkan dulu. Apabila kita mengenal Allah, pastinya ketaatan bukan lagi omongan kosong tapi dibuktikan dengan amalan sebagai tanda kepatuhan. Menjadi seorang muhsin bukannya mudah...” Balqis tersenyum manis namun tumpuannya tetap diberikan sepenuhnya kepada pemanduan.

“Muhsin tu apa? Boleh Qis terangkan? Mar tak faham.” Dahi Maryam berkerut seribu.

“Ni bukan Muhsin yang kat pawagam tu ya!” Balqis tertawa kecil.

“Qis, janganlah main-main!” Maryam mengetap bibir, geram.

“Okey, Qis serius ni. Muhsin ni maksudnya orang yang berihsan. Rasulullah sendiri menjelaskan ihsan itu adalah apabila kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya walaupun kamu tidak melihatnya. Akan tetapi Allah melihat kamu. Jadi orang yang muhsin telah mencapai kenikmatan ibadah seolah-olah dia melihat Allah melihat ketika dia melakukannya.” Balqis memberhentikan keretanya apabila lampu trafik bertukar warna merah. Wajah Maryam dipandang sekilas.

“Mar, orang yang muhsin ini mereka sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat yang wajib ataupun sunat. Mereka melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah sedang memerhatikannya.” Sebuah senyuman indah dihadiahkan oleh Balqis buat Maryam. Tangan kanan Maryam diraih dan digenggam erat.

“Mar, Qis sayangkan Mar sepenuh hati. Qis yakin, Mar adalah permata di lembahan. Permata yang jika digilap akan menjadi permata yang bersinar indah. Cahaya dari permata itu boleh meruntun hati insan-insan lain yang tercari-cari cinta hakiki untuk sama-sama berada di jalan ini. Qis mahu kita sama-sama melangkah ke Raudhatul Jannah. Saat salah seorang dari kita tersungkur, yang seorang lagi akan memaut dan membantu untuk bangkit kembali. Janji?" Balqis angkat kening sebelah.

“Eh, ni apa gaya ni? Tak comel langsung.” Maryam tertawa melihat afal Balqis. Sifat keanak-anakannya masih menebal tatkala bersama Maryam.

“Janjilah…” Balqis mula merengek manja.

“Ya, Mar janji sebab Mar sayang banget sama kamu!” Maryam tertawa senang.

“Eh, ni sejak bila pula jadi orang seberang ni? Ke ada hati nak cari orang sana?” Balqis sudah terkekek-kekek ketawa.

“Amboi, bukan main dia kenakan Mar ya. Ni nak kena cubit ni...” Maryam pura-pura mencubit Balqis.

“Aduh, sejak bila pula ada ketam dalam kereta Qis ni? Mana Mar belajar cubit-cubit orang ni hah?” Balqis menggawang-gawangkan tangannya mahu menepis tangan Maryam yang mahu menyakatnya. Dan mereka akhirnya tertawa riang.

AKU MASIH INGAT PERBUALANKU dan Ummi Safiyyah tempohari. Aku mendengar darinya kisah seorang insan yang berkelana mencari cinta. Tentu saja cinta pada yang selayaknya, Allah. Sejarah hidupku dan dia mungkin berbeza tapi akan kuambil semangat dan ketekunannya untuk mengenal Dia dan merasai nikmat dalam Rahman dan RahimNya. Mutiara-mutiara berharga yang dikongsikan oleh Ustaz Zulhilmi juga takkan mungkin aku sia-siakan.

Dan pesan-pesan dari Balqis akan dipahat kukuh di dalam hati. Duhai hati, adakah damai itu sudah bertandang? Aku meletakkan tangan di dada sebelah kiri dan aku dapat merasakan degupan jantungku. Ya, jantung ini masih berdegup. Jantung ini masih patuh pada Tuhannya selama ini sehingga ke detik ini. Tetapi bagaimana dengan aku? Ya Allah, sesungguhnya hati ini ciptaanMu... Sesungguhnya hati ini milikMu... Sesungguhnya hati ini di bawah kekuasaanMu... Dan Engkaulah yang berkuasa membolak balikkan hati ini... Ya Allah, sehitam-hitam hatiku ini, Kau putihkanlah ya Allah... Sekotor-kotor hatiku ini Kau sucikanlah ya Allah... Ya Muhaimeen, maafkanlah bila hati ini masih belum sempurna menyintaiMu... Bantulah aku untuk meletakkan diriMu di hati ini. Bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah kepadaMu..Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu dan ketaatan terhadapMu…

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

(Opick – Rapuh)

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-37701133101253072922010-03-27T05:18:00.000-07:002010-09-27T10:50:48.190-07:00[K.A.M.I] versi E-Novel

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, puji dan syukur selayaknya buat DIA, Tuhan sekalian alam... DIA yang selayaknya berada di dalam hati kita... DIA yang menitipkan buah fikiran untuk diri ini terus mencoretkan sesuatu untuk dikongsi dan dijadikan renungan bersama.

Setelah sekian lama hajat untuk melahirkan [K.A.M.I] dalam versi e-novel tercetus, akhirnya diri ini diberi kekuatan dan kesempatan untuk menulis kembali setelah sekian lama dihambat kesibukan tugas-tugas yang lebih aula. Syukran jazilan buat mereka-mereka yang menjadi 'tulang belakang', mereka yang menjadi 'pasukan sorak', mereka yang menjadi 'tukang kritik' dan mereka yang menjadi 'pembaca bisu' selama ini. Juga buat bonda tercinta yang turut berkongsi minat yang sama (baca novel) walaupun diri ini menulis di luar pengetahuannya ^__^ (segan kot nak bagi mak baca hehe)

Penghujung tahun lalu telah menjadi saksi ABK yang telah diubah suai muncul dalam Risalah Pemimpin 10 (terbitan JIMedia) dalam bentuk bercetak. Moga ia menjadi pemacu untuk diri ini terus menulis sesuatu yang pastinya bukan 'kosong' kerana diri ini tidak mahu dipersoalkan kelak seandainya menghidangkan bahan bacaan yang sekadar menjadikan pembaca alpa dan terlibat dengan perkara-perkara yang lagha (diri ini masih mendapat saham, masih akan dipertanggungjawabkan atas apa yang ditulis).

Apapun, doakan agar diri ini terus diberi ruang dan kesempatan untuk menulis dan menjadikan penulisan di bidang kreatif sebagai medium dakwah. Terimalah [K.A.M.I] ~ Di Bawah Langit Cinta Ilahi...

"Meskipun kita individu yang berbeda, meskipun kita adalah entiti yang berbeza, kita masih bernaung di bawah langit yang sama... kita masih berpegang kepada aqidah yang satu... Kita masih berTuhankan Allah yang Maha Esa... Sama-sama bermujahadah agar ada DIA di hati-hati kita... Sama-sama mengorak langkah untuk mencari cintaNYA... Sama-sama bernaung di bawah langit cinta Ilahi..."

Maryam Ibtihal ~ Prolog

Hujan turun renyai-renyai tatkala dia keluar dari Perpustakaan Negara. Setelah hampir setengah jam, bas yang ditunggu akhirnya tiba. Dia pantas melabuhkan punggungnya di atas satu-satunya kerusi kosong yang tinggal. Beg galas dan buku-bukunya yang sedikit basah diletakkan di atas riba. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap bas. Cuaca yang buruk petang ini mengakibatkan perjalanannya untuk pulang ke rumah menjadi lebih panjang kerana trafik yang sesak. Sesekali terdengar bunyi guruh sahut-menyahut di luar sana.

Dia melepaskan satu keluhan berat. ‘Kalaulah tadi aku tak menggatal nak pergi perpustakaan, sekarang ni mesti aku tengah sedap bersantai kat rumah. Hujan-hujan macam ni, dapat kopi panas dengan ubi keledek goreng mesti sedap!’ Hati kecilnya berbisik.

Hujan di luar sana langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Bas masih bergerak perlahan. Barangkali kalau diadakan pertandingan di antara dia dan Cik Siput saat ini, pastinya Cik Siput yang akan menjadi juara. Rasa sejuk mula mencengkam. Dia menggosok kedua-dua belah tangannya. Tiba-tiba matanya terpandang rantai kunci hadiah dari sahabat baiknya.

“Apabila kita sedang diuji, kita kena yakin bahawa ia adalah ketentuan dari Allah. Percaya bahawa ia adalah qada’ dan qadar Allah. Jangan pula kita cakap ‘kalaulah aku buat macam ni, tentu akan jadi macam ni’. Dan bila kita asyik sebut perkataan ‘kalau’ ini, ia seolah-olah kita menidakkan dan mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah. Jadi, bagaimana dengan keimanan dan kepercayaan kita terhadap rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada qada’ dan qadar Allah? Perkataan ‘kalau’ sebenarnya membuka pintu perbuatan syaitan. Syaitan tak pernah berputus asa untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam.” Kata-kata sahabat baiknya itu terngiang-ngiang di kotak ingatan. Bunyi guruh yang agak kuat mematikan lamunannya.

“Astaghfirullahal ‘azim...” Dia beristighfar panjang memohon ampun atas kekhilafannya. Dia jadi malu sendiri. Baru diuji dengan ujian yang tak seberapa ini dia sudah mengeluh. Rasulullah dan para sahabat yang hebat diuji dalam perjuangan menyebarkan agama Islam tak pernah langsung mengeluh dan berputus asa.

Bas mula bergerak perlahan. Dia membuang pandang melihat wajah-wajah manusia yang bersesak-sesak di dalam bas. Manusia-manusia ini keluar seawal pagi menuju ke tempat kerja masing-masing. Mengejar cita-cita adalah misi utama. Pulang di waktu petang dalam keadaan letih dan lesu. Keesokkan harinya mereka bakal melalui rutin harian yang sama. Bukankah mereka ini tak ubah seperti sebuah robot?

Adakalanya robot-robot ini cuba menghiburkan diri dengan pelbagai hiburan. Robot-robot ini menyangkakan bahawa mereka sangat gembira dengan berhibur dan bekerja. Mereka sangka mereka sudah memenuhi tujuan hidup mereka. Adakah robot-robot ini lupa bahawa dia ada TUAN? Adakah robot-robot ini lupa kenapa mereka diciptakan? Adakah robot-robot ini lupa bahawa suatu hari nanti suis mereka akan dimatikan oleh TUANnya?

“Astagfirullahal ‘azim... Astaghfirullahal ‘azim... Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari sifat-sifat yang sedemikian. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat lalai dan leka. Bantulah aku ya Allah untuk terus bermujahadah... Rapuh-rapuh hatiku ini, Kau kuatkanlah ya Allah kerana sesungguhnya perjuangan ini terlalu akhbar!” Empangan air matanya pecah jua. Tangisannya berlagu kesayuan menginsafi kejahilan diri seiring dengan langit yang turut menangis membasahi bumi. Langit yang cuba menyucikan bumi dari debu-debu dosa dan noda manusia yang sudah semakin lupa dan alpa.

[Bersambung...]
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-27885779960187988202009-12-03T06:48:00.000-08:002009-12-29T06:27:26.460-08:00Cinta Teratas

“MAI, AKU NAK BERTUNANG BULAN DEPAN!” Suara Muammar di hujung talian ceria kedengaran. Sumayyah khali seketika. Terasa berderau darah turun daripada wajah. Biar benar... Suaranya tak terasa nak keluar.

“Mai? Sumayyah?”

“Err... ya...” Sumayyah menelan air liur yang terasa berpasir.

“Aku ingat kau dah tertidur. Kat Malaysia kan dah lewat malam...” Muammar tertawa kecil di hujung talian.

Sumayyah tersenyum kelat. “Err... Ammar, aku ada kerja sikit nak kena siapkan. Got to go. And... thanks for calling!”

“Okey. Siapkanlah kerja kau tu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Sumayyah terdiam seketika. “Ammar?”

“Ya?”

“Congratulation for your engagement anyway. Nampaknya kau dah tinggalkan aku bertapak-tapak kat belakang.” Sumayyah tersenyum tawar.

Ketawa Muammar pecah tanpa dipaksa. “Okay, take care!”

Sumayyah mengangguk perlahan. Talian diputuskan. Dia merenung skrin telefon bimbit di depan mata. Kelopak matanya terasa pedih. Dadanya seakan berbuku. Jangan menangis, Sumayyah! Kau kena kuat! Bibir bawah diketap kuat. Akhirnya empangan air mata yang ditahan sejak tadi berderai jua.

SUMAYYAH MELEPASKAN pandangannya ke luar jendela. Dia menelan liur yang terasa seakan berpasir. Wafa Atiyah, teman sebiliknya masih belum pulang. Bertapa di perpustakaan barangkali. Dia faham benar afal temannya itu. Jika tidak mengulangkaji di perpustakaan, pastinya dia bersama Kak Maryam dan Kak Balqis. Botol lutsinar berisi bintang-bintang kecil di atas meja dicapai perlahan. Hatinya kembali terasa berbuku.

Sumayyah, kau sedih? Entah.

Kecewa? Agaknya.

Kehilangan? Sangat-sangat.

Sakit? Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Botol lutsinar itu diletakkan kembali di atas meja. Hadiah dari Muammar, sahabat baiknya yang kini menyambung pengajian di United Kingdom. Empangan air matanya pecah lagi entah buat kali keberapa. Rapuhnya dikau duhai hati...

Salah akukah kerana tidak meluah rasa yang kusimpan kemas selama ini? Adakah aku yang terlewat atau dia yang terlalu cepat? Air mata di pipi diseka perlahan. Bunyi pintu dibuka dari luar tidak dihiraukan.

“Assalamualaikum...” Wafa melangkah perlahan ke dalam bilik. Beg sandang diletakkan di atas meja.

“Waalaikumsalam...” Sumayyah mengesat baki air mata dengan kedua belah tangan.

“Are you okay?” Wafa melabuhkan punggung di sebelah Sumayyah. Tingkah Sumayyah semenjak dua tiga hari yang lepas kelihatan janggal di pandangan matanya. “Kenapa ni?”

Sumayyah berpaling. Wafa merenungnya dengan riak muka penuh tanda tanya.

“Baru balik ke?” Soal Sumayyah pendek.

“Eh, taklah. Semalam lagi...” Selamba Wafa menuturkan. Jawapan Wafa itu mengundang tawa kecil di bibir Sumayyah.

“Sejak bila pulak kawan sebilik Mai ni pandai buat lawak?”

“Sejak dari kandungan Ummi lagi...” Wafa menayang gigi sebaris. “Mai ni kenapa?” Wafa menepuk lembut bahu Sumayyah. Sumayyah tersenyum nipis sebelum menala pandangannya kembali ke luar jendela.

“Ammar nak bertunang bulan depan.” Sumayyah menggumam perlahan. Kelopak matanya kembali pedih dan terasa berpasir.

“Sebab tu Mai jadi macam ni?” perlahan teragak-agak suara Wafa mencecah gegendang telinganya. Sumayyah senyum tawar.

“Jangan bazirkan air mata gara-gara seorang lelaki, Mai...”

“Siapa cakap Mai menangis sebab lelaki? Saja cuci mata la... KL kan selalu berjerebu...” Sumayyah senyum plastik.

“Sejak bila pulak kawan Wafa ni jadi Tukang Karut? Kerja sambilan ke?” Dia sengih mengusik. Sumayyah mengukir senyum kecil.

“Wafa, Mai nak tanya sesuatu boleh? Dah lama Mai nak tanya tapi...” Sumayyah bersuara perlahan. Lama dia merenung Wafa di sebelahnya. Wafa mengangguk sambil tersenyum nipis.

“Mai selalu perhatikan Wafa jarang sangat ada kat bilik. Kalau tak ‘bertapa’ kat perpustakaan, Wafa selalu jumpa Kak Maryam dan Kak Balqis. Boleh Mai tahu kenapa Wafa selalu jumpa diorang?” Wafa mengukir senyum kecil.

“Usrah.” Wafa menjawab mudah.

“Usrah? Apa tu?” Sumayyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wafa senyum segaris.

“Usrah ni secara mudahnya bermaksud keluarga, tapi dalam konteks kami sekarang ni, usrah merupakan sekelompok kecil Muslim yang mempelajari dan mengamalkan Islam di bawah pimpinan dan bimbingan seorang naqib atau naqibah.”

“Naqib? Naqibah? Mai tak faham la...”

“Naqib atau naqibah ni berperanan sebagai ayah, ibu, guru, abang, kakak, dan juga sahabat kepada setiap ahli usrah. Mereka akan bekerjasama dengan setiap ahli usrah untuk membentuk individu Muslim yang soleh wa musleh.” Wafa bersuara tenang.

“Maksudnya individu Muslim yang baik dan mampu mengajak orang lain melakukan kebaikan.”

Sepi mula menguasai ruang bilik. “Kenapa Wafa pergi usrah? Tak penat ke? Jadual kelas yang padat, mana lagi nak buat tugasan, nak buat persediaan untuk kuiz, peperiksaan...” Lama kemudian baru Sumayyah membuka mulut.

“Mai, usrah ni sebenarnya melibatkan keterikatan hati antara sesama ahli. Inilah sahabat menangis dan ketawa, sahabat yang berkongsi suka dan duka. Setiap ahli usrah punya matlamat yang sama iaitu untuk beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bila kita selalu ikuti usrah, kita akan dapat menambah ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Malah, kita dapat memperbaiki mutu ibadah kita. Kalau Mai nak tau, melalui usrahlah dakwah Islam berkembang di peringkat awal kerasulan Nabi Muhammad. Dulu Rasulullah buat usrah di rumah seorang sahabat yang bernama Arqam bin Abi Al-Arqam.” Lembut dan tenang Wafa memberi penjelasan.

Sumayyah memandang tepat wajah Wafa. “Tak bosan ke asyik bersila menghadap muka naqibah dalam surau?”

Wafa menggeleng perlahan. “Mai dah salah faham ni. Siapa kata kami asyik bersila dalam surau? Usrah tak semestinya duduk bersila di surau menadah kitab. Sebenarnya banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Contohnya memanah, main bowling, paintball, ice skating, keluar makan sama-sama, berkelah, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan bersama-sama. Tapi biar apa pun aktiviti yang dilakukan, tetap diselitkan pengisian yang bermanfaat. Secara tak langsung, dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah antara sesama ahli usrah.”

Sumayyah senyum pahit. Jahilnya aku! Wafa, kenapa Mai tak boleh jadi macam Wafa? Sejak kita sama-sama sambung belajar di sini, Wafa banyak sangat berubah. Kalau dulu dia tak pakai stoking, sekarang dah pakai, malah siap dengan stoking tangan sekali. Baju dia pun dah tak ada stok ‘baju adik’. Semua dah tukar spesies besar gedabak. Koleksi novel-novel cinta jiwang karat yang dia sayang sangat-sangat, dah bertukar dengan koleksi buku-buku agama yang bermacam jenis. Kalau dulu lepas solat cukup dengan doa pendek je, tapi sekarang panjang sungguh zikir munajat yang dia alunkan. Kadang-kadang aku nampak dia menangis dalam doanya yang panjang. Alhamdulillah. Tapi aku? Aku masih lagi tak habis-habis dengan urusan dunia. Membuang air mata gara-gara orang yang aku sayang dalam diam, bakal menjadi tunangan orang.

“Mai...” Suara lembut Wafa mematikan lamunan Sumayyah. Sumayyah menghela nafas panjang.

“Apa kata kalau Mai ikut Wafa pergi usrah minggu depan? Nanti bolehlah Mai berkenalan dengan Kak Maryam, Kak Balqis dan ahli-ahli usrah yang lain.” Wafa tiba-tiba bersuara girang. “Sekejap ya?” Dia bingkas bangun menuju ke meja belajarnya. Laci meja ditarik perlahan. Tangannya mencapai sesuatu dari dalam laci meja.

“Wafa rasa Mai kena baca buku ni.” Wafa mengukir senyum kecil. Lambat-lambat Sumayyah memanjangkan tangan juga menyambut buku yang dihulur Wafa. Pandangannya jatuh pada muka depan buku itu. “Apakah Ertinya Saya Menganut Islam?” Wajah Wafa dipandangnya penuh dengan tanda tanya.

“Itu buku tulisan Fathi Yakan. Mai, bacalah. Moga ada manfaat dari buku tu.” Tangan Sumayyah digenggam erat. Sumayyah membelek-belek buku itu. Matanya meniti baris kata di kulit belakang buku tersebut. Wafa nak suruh Mai baca buku ni? Dahi Sumayyah sedikit berkerut. Mampukah aku?

“APAKAH SEBENARNYA MATLAMAT kita hidup di dunia ini? Sudah pastinya mardhatillah, keredhaan Allah adalah matlamat agung bagi orang-orang yang beriman. Bagaimanakah caranya untuk kita beroleh mardhatillah? Salah satu syaratnya adalah ikhlas, iaitu dengan menjadikan Allah s.w.t. sebagai satu-satunya tujuan dalam segala amalan. Kata orang keikhlasan itu letaknya di hati. Cuba kita perhatikan hati-hati kita, adakah hati kita ini benar-benar bersih?” Maryam Ibtihal memandang satu persatu wajah-wajah ahli usrah pimpinannya.

“Andai hati kita tidak bersih, andai hati kita ini sakit, andai hati kita ini kotor, bagaimana kita akan beroleh keikhlasan? Jika keikhlasan itu tidak wujud mahupun sirna, adakah mampu untuk kita beroleh mardhatillah?” Sepi mula menguasai suasana.

“Kunci kepada mardhatillah itu sebenarnya terletak pada hati kita. Oleh itu sentiasalah kita menjaga hati-hati kita ini.”

“Kak Mar, bagaimana caranya untuk membersih dan mengubat hati yang sakit?” Addina bertanya lembut.

Maryam Ibtihal tersenyum manis. “Ada sesiapa boleh jawab soalan Dina tu?”

Penuh yakin, Hanan mengangkat tangan. “Tafaddal, silakan Hanan...”

“Bismillahirrahmanirrahim... Erm... antum pernah dengar lagu Tombo Ati dendangan Opick?” soal Hanan.

“Kenapa?” Wafa memandang Hanan dengan penuh tanda tanya.

“Tombo Ati atau dalam bahasa Melayu bermaksud ubat hati. Dalam lagu ni ada disebutkan ubat kepada hati itu ada lima perkara. Yang pertama ialah membaca Al-Qur’an dan memahami maknanya. Seperti yang kita sedia maklum, dengan membaca al-Qur’an dan memahami maksudnya adalah sangat dituntut oleh Islam. Di sinilah akan terhasilnya penghayatan kepada agama dan insyaallah berolehnya ketenangan kepada hati kerana Al-Qur’an itu adalah kalam Allah, kata-kata Allah. Kedua, mendirikan malam iaitu qiamullail merupakan sumber kekuatan rohani kita.” Hanan diam seketika. Dahinya sedikit berkerut cuba mengingat kembali bait-bait lirik Tombo Ati.

“Yang ketiga, berkumpul atau berada di kalangan orang-orang soleh. Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, ada menyebutkan; diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” Hanan menarik nafas dalam.

“Ini menunjukkan bahawa apabila kita berada di kalangan orang soleh, insyaallah diri kita akan terjaga kerana afal tegur-menegur, nasihat-menasihati, tidak mudah berputus asa dan sabar dalam melaksanakan ibadah. Rasulullah s.a.w. bersabda; orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri). Justeru itu memilih sahabat yang baik adalah sangat penting kerana implikasi bersahabat amat besar dalam mempengaruhi mentaliti dan moral kita. Yang keempat, memperbanyakkan puasa dan yang terakhir ialah perbanyakkan berzikir ilaallah…” jelas Hanan satu persatu. Dia menarik nafas lega. Sumayyah terpaku. ‘Hebatnya mereka!’ Desis hati kecilnya. Satu perasaan yang sukar untuk dicerna oleh minda mula menyelinap ke lubuk hatinya.

“Syukran jazilan Hanan atas jawapan yang cukup baik itu. Inilah yang akak mahukan dari antum. Berani untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.” Maryam Ibtihal menghadiahkan senyum manis buat Hanan. Hanan tersipu malu.

“Akhwat yang akak kasihi… Sekarang ni akak mahu kita semua renungkan, terlalu banyak nikmat dan kurnia Allah pada kita. Nikmat mata untuk kita melihat, nikmat telinga untuk kita mendengar, nikmat mulut untuk kita berkata-kata dan tidak terhitung banyaknya nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Namun sayangnya ramai di antara kita yang lebih menyayangi ‘hadiah-hadiah’ daripada ‘Si Pemberi Hadiah’. Bukankah ‘Si Pemberi’ itu selayaknya yang lebih disayangi? Natijahnya andai kita benar-benar menyayangi ‘Si Pemberi’, pastinya ‘hadiah’ pemberiannya akan kita jaga dengan baik dan bersunguh-sungguh.”

“Kak Mar, bagaimana nak mencintai Allah?” Soal Addina.

“Kenalilah Dia… Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta…” Tutur Maryam Ibtihal penuh makna.

“Bagaimana untuk kita mengenali Allah?” Giliran Hanan pula bertanya. Maryam Ibtihal tersenyum nipis. Dipandangnya satu-persatu wajah-wajah suci di hadapannya sebelum dia menjawab soalan Hanan dengan yakin.

“Gunakanlah seluruh pancaindera kita untuk mengenali Dia. Gerakkanlah minda, gunakanlah mata dan juga hati. Lihatlah kebesaranNya menerusi alam sekeliling kita serta seluruh makhluk ciptaanNya. Kenali nama dan sifat-sifatNya. Dengan mata kita melihat, dengan akal kita mentafsir dan dengan hati…” Maryam Ibtihal meletakkan tangan kanannya di dada sebelum menyambung. “Insyaallah dengan hati kita akan merasai kasihNya yang melimpah ruah.”

“Ibadah yang wajib kita laksanakan. Ibadah yang sunat jangan sesekali kita lupakan. Tidak cukup sekadar kita melaksanakan yang wajib, meninggalkan yang haram kerana itu hanya tanda pengabdian. Laksanakanlah yang sunat, hindarilah yang makruh kerana itulah tanda kasih dan cinta kita kepada Allah.” Maryam Ibtihal tersenyum manis.

Sumayyah menekur pandangannya ke lantai. Mata terasa seakan berpasir. Dia mengetap bibir bawah. Tingkahnya disedari Wafa yang berada di sebelah kanannya. Perlahan, tangannya menggenggam erat tangan Sumayyah. Sumayyah berpaling memandang tepat wajah Wafa. Ada senyum manis yang terukir di bibir gadis itu.

DERETAN CHALET yang mengunjur ke tengah laut diperhatikannya sejenak. Kemudian matanya dilarikan ke arah lautan yang bergelora, lama. Desiran ombak yang menghempas pantai bagaikan melodi indah yang menyapa cuping telinganya. Ada damai yang menusuk kalbu. Subhanallah! Maha Suci Allah yang menciptakan semua ini!

Semesta bertasbih padaMu
Sucikan diriMu
Lafazkan asma’Mu
Gunung-gunung bintang makhlukMu
Mentari rembulan tunduk taat padaMu

Alam raya di dalam nafasnya
Berzikir alunkan dan tak pernah berhenti
Burung yang terbang di angkasa
Di laut semua menyucikan asma’Mu

Bait-bait indah dalam lagu yang didendangkan artis dari negara seberang ini tiba-tiba menjengah kotak pemikirannya. ‘Benarkah seluruh semesta ini bertasbih memuji-muji kebesaran Allah?’ Soal hati kecilnya.

‘Benar Sumayyah. Kau dah lupa kata-kata Kak Maryam? Bukankah Allah ada berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 44 yang menyatakan bahawa langit, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Tetapi hanya kita yang tidak memahami tasbih mereka.’ Bisik hati kecilnya yang satu lagi.

“Astaghfirullahal ‘azim...” Sumayyah beristighfar panjang, kesal dengan kejahilannya selama ini. Air matanya merembes keluar. Dia masih ingat kata-kata Kak Maryam itu. Fikirannya melayang pada peristiwa tiga bulan lepas.

“Gunakanlah seluruh pancaindera kita untuk mengenali Dia. Gerakkanlah minda, gunakanlah mata dan juga hati. Lihatlah kebesaranNya menerusi alam sekeliling kita serta seluruh makhluk ciptaanNya. Kenali nama dan sifat-sifatNya. Dengan mata kita melihat, dengan akal kita mentafsir dan dengan hati…” Maryam Ibtihal meletakkan tangan kanannya di dada sebelum menyambung. “Insyaallah dengan hati kita akan merasai kasihNya yang melimpah ruah.”

Air mata yang membasahi pipi dikesat dengan kedua belah tapak tangan. Ya, benar! Siang dan malam tidak pernah mungkir janji untuk menjelma. Bumi tetap setia berputar pada orbitnya. Matahari tidak jemu-jemu memancarkan sinarnya. Betapa setia dan taatnya makhluk yang tidak bernyawa dan tidak berakal ini kepada Allah yang Khalik. Tetapi aku? Bagaimana dengan aku yang dipinjamkan nikmat nyawa dan akal? Sepanjang usiaku di dunia ini, berapa banyak aku bertasbih memuji-muji kebesaran Dia?

Air mata Sumayyah merembes lagi mengenangkan kejahilannya selama ini. Tiba-tiba cuping telinganya menangkap bunyi derapan kaki melangkah ke arahnya. Semakin lama semakin hampir. Dan langkah itu mati di belakangnya.

“Mai...” Suara lembut itu cukup dikenalinya. Wafa Atiyah!

Melihatkan tiada reaksi dari Sumayyah, Wafa melabuhkan punggung mengambil tempat bersebelahan Sumayyah. Bahu Sumayyah diraih dan digosok perlahan.

“Mai, pernah tak Mai fikirkan kenapa Allah tak tetapkan jodoh Mai dengan Ammar? Kenapa bukan Mai yang bakal menjadi tunangannya? Pernah tak Mai fikirkan?” Wafa memandang wajah Sumayyah disebelahnya. Sumayyah sekadar menggelengkan kepala, perlahan.

“Mai, Allah sayangkan Mai.” Lembut Wafa bersuara. Tangan kanannya menggenggam erat tangan Sumayyah.

“Sayang?” Sumayyah pantas memandang wajah Wafa.

“Ya, Allah sayangkan Mai. Sebab itulah bukan Mai yang bakal menjadi tunangan Ammar.” Wajah Sumayyah berkerut dengan seribu tanda tanya.

“Cuba bayangkan kalau Mai yang menjadi tunangan Ammar. Pastinya Mai dan Ammar akan jadi seperti pasangan di sana tu,” Wafa menghalakan jari telunjuknya ke arah sepasang kekasih.

“Bertemu tanpa ada muhrim, berdua-duaan. Mungkin Mai dan Ammar tak akan berjumpa dalam keadaan seperti ini. Ammar kan jauh di seberang laut. Tapi, bagaimana pula dengan fikiran? Bagaimana pula dengan hati? Adat orang bercinta, pastinya selalu terkenang-kenang, rindu-merindu. Tapi itu semua adalah maksiat hati. Apa yang terjadi pada Mai adalah kerana Allah masih sayangkan Sumayyah Zahidah! Allah tak nak seorang ‘Sumayyah’ tewas dengan godaan cinta sedangkan ada tugas lain yang menantinya.” Wafa menghela nafas berat.

“Kita ini khalifah Allah, Mai. Kita inilah wakil-wakil Allah. Dalam diri kita ini sendiri ada sifat-sifat Allah. Kita boleh melihat tetapi Allah Maha Melihat. Kita boleh mendengar tetapi Allah Maha Mendengar. Kita ini penyayang tetapi Allah Maha Penyayang. Dan sebagai khalifah Allah, sudah menjadi tugas kita untuk memastikan diri kita dan orang di sekeliling kita menjadi baik dan lebih baik.” Wafa menggosok lembut bahu Sumayyah yang sedang menahan tangis.

“Wafa tahu, Mai menyimpan rasa marah pada Athirah. Ye la, teman baik sendiri ‘merampas’ orang yang Mai sayang. Mai rasa ditikam dari belakang kan? Athirah mahupun Ammar tak bersalah. Belajarlah untuk membuang rasa marah tu. Siapa kita untuk punya rasa marah atau dendam pada makhluk Allah? Layakkah kita untuk punya rasa itu sedangkan kita sendiri acapkali membangkitkan kemarahan Dia.” Wafa membuang pandang ke tengah lautan yang terhampar luas di hadapannya.

“Wafa, Mai tahu Mai tak patut berperasaan macam tu. Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Betul kata Wafa, Allah masih sayangkan Sumayyah Zahidah. Mai jahil Wafa! Mai jahil! Selama ini Mai hidup dengan membawa nama Sumayyah tapi Mai tak pernah mengambil semangat dan kecekalan Sumayyah, wanita pertama syahid dalam mempertahankan aqidahnya. Cinta manusia telah membutakan mata Mai!”

Wafa tersenyum nipis memandang wajah Sumayyah di sebelahnya. “Mai, hidup kita ni tak ubah macam dalam dewan peperiksaan. Selagi kita masih berada di dalam dewan peperiksaan, selagi itu kita masih ada peluang untuk membuat pembetulan di atas kesilapan yang kita buat. Tetapi, apabila kita melangkah keluar sahaja dari situ, kita sudah kehilangan peluang untuk memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan. Begitulah juga kita di atas dunia ni. Selagi kita masih hidup, kita masih berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan yang kita buat. Kita masih berpeluang memohon ampun di atas segala dosa-dosa kita. Tetapi bila kita sudah meninggalkan dunia ini, takkan ada lagi peluang dan kesempatan untuk kita memperbetulkan diri.”

“Wafa, kenapa Mai tak boleh jadi macam Wafa?” Soal Sumayyah perlahan. Bibirnya diketap dan kepalanya menengadah langit biru.

“Siapa kata Mai tak boleh? Wafa yakin Mai boleh berubah. Mai, carilah cinta Dia, insyaallah kebahagiaan itu akan Mai miliki.” Wafa meraih tangan kanan Sumayyah dalam genggamannya. Sumayyah memandang lama ke dalam mata Wafa. Perlahan, bibirnya mengukir senyuman.

“Terima kasih Wafa. Terima kasih kerana mengejutkan Mai dari ‘mimpi’ ini. Mai perlukan sokongan Wafa!”

“Insyaallah, Mai jangan khuatir. Bukan setakat Wafa sahaja, tapi Mai ada Kak Mar, Kak Balqis, Hanan, Dina dan sahabat-sahabat yang lain. Kami akan sentiasa membantu dan menyokong Mai.”

Sumayyah memandang Wafa di sisinya. Tubuh Wafa dirangkulnya kejap. Dia kehilangan kata-kata. Seketika kemudian pelukan di tubuh Wafa dilepas perlahan. Sumayyah menarik nafas dalam. Ada damai yang menusuk kalbu. Hembusan bayu yang bertiup lembut bagaikan mengerti akan hatinya yang dirundung kesedihan. Sedih mengenangkan kejahilan dan kelalaian diri.

‘Sumayyah Zahidah, selangkah engkau menghampiri Dia, seribu langkah Dia menghampirimu. Carilah cinta Dia kerana Dialah Pencipta Cinta…’

SUMAYYAH MENALA PANDANGANNYA ke tengah-tengah tasik. Ada damai yang menusuk kalbu. Enam bulan sudah berlalu. Alhamdulillah syukur. Usrah telah mencetuskan perubahan dalam hidup seorang Sumayyah Zahidah dan usrah jugalah yang menjadi pembekal ilmu dan pengalaman Islam buat diri ini.

Ya Allah ya Khalik…
Ya Allah ya Malik…
Asal penciptaanku datangnya dariMu,
Engkaulah pencipta, Engkaulah pemerintah…
Sedang aku cuma makhluk yang dicipta…
Dan kerna aku ini makhluk,
tiadalah aku punya sebarang hak untuk mempersoal,
apatah lagi untuk mempertikai setiap titah perintah dariMu…

Ya Allah ya Razzaq…
Ya Alah ya Rahim…
Engkaulah yang memberi rezeki…
Engkaulah yang penyayang…
Perjalanan hidupku ini adalah belas ihsan dariMu semata…
Namun sebagai yang dinamakan makhluk,
acapkali aku terleka,
dibuai indahnya fatamorgana cinta dunia…
Sedang seharusnya aku mendambakan cinta dariMu,
wahai Pencipta cinta…

Ya Allah ya Rahman…
Ya Allah ya Rahim…
Engkaulah yang pengasih, Engkaulah yang penyayang…
Pantaskah untuk aku mencari cinta manusia?
Bila mana aku sendiri ragu adakah cintaMu sudah kumiliki…
Bila mana aku sendiri bingung,
jihat manakah kiblat cintaku ini?
Adakah jihat ini yang Kau redhai?

Ya Allah ya Muhaimeen…
Engkaulah Tuhan yang memelihara…
Bila aku hampir terleka dibuai cinta manusia,
bangunkanlah aku dari kelekaan itu,
agar aku tahu aku ini sekadar layak mencari cintaMu…
Wahai Tuhan yang menghadiahkan kehidupan…
Wahai Tuhan yang menghadiahkan kegembiraan…
Wahai Tuhan yang menghadiahkan kasih sayang…
Lantas,
nikmat Tuhanku yang manakah yang aku dustakan?

Allahumma ya Allah…
Aku pohon dariMu kasihMu,
dan kasih mereka yang kasihkanMu…
Dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikan aku kepada kasihMu…
Wahai Tuhan yang Maha Baik…
Jadikanlah kasihMu lebih aku cintai daripada diriku,
daripada keluargaku,
dan daripada air yang dingin...
Kerana cinta dariMu adalah…
…CINTA TERATAS…

Dan titis air mata menemani senyum segaris di bibir seorang Sumayyah Zahidah. 'Ya Allah, nikmatMu yang manakah yang aku dustakan? Terima kasih ya Allah atas cinta ini. Sesungguhnya hanya cinta dariMu yang kudambakan wahai Pencipta cinta kerana cintaMu adalah cinta teratas!' Bisik hati kecil Sumayyah. Air mata di pipi diseka perlahan. Dia menarik nafas dalam sebelum dilepas kuat. Sayup-sayup kedengaran panggilan Kekasih teragung untuk mengabdikan diri padaNya. Beg sandang diletak di bahu kanan. Langkah kaki kembali diatur menuju ke musolla.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

'Andai semua meninggalkan diriku sekalipun, aku masih ada Dia. Dia yang takkan pernah meninggalkanku. Dia yang selalu di sampingku.' Langkah kaki diatur lebih pantas.

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

'Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang lalu... Sesungguhnya aku ini terlalu rapuh. Dalam mengejar cintaMu adakalanya aku tersasar.' Sisa-sisa air mata dikesat dengan belakang tapak tangan.

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Showed me the way
Insya Allah we`ll find the way

'Bantulah aku ya Allah. Jangan biarkan aku terkapai-kapai dalam perjalanan panjang mencari cintaMu... Duhai Kekasih, nantikan aku untuk tunduk sujud kepadaMu!' Daun pintu musolla dikuak perlahan. Maryam Ibtihal, Balqis Zaharah, Durratul Hanan, Addina Husna, Wafa Atiyah, Amni Hifzah dan Ilmi Nafisah sudah setia menanti.

* Opick - Semesta Bertasbih
** Maher Zain - Insya Allah

**TAMAT**

Tatkala Pena Menulis,
F.H.Fansuri
Desa Sri Anuar,
Muar, Johor
27 Disember 2009
8.00 a.m
-2712091055-[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-90107082215405394022009-10-16T23:55:00.000-07:002009-12-29T06:27:42.481-08:00Aku Bukan Khadijahmu...

“AKU TERIMA NIKAHNYA Addina Husna binti Abdul Hakeem dengan mas kahwinnya RM80.00 tunai…” Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Dina sudah bergelar seorang zaujah. Terasa wajahnya merona merah, ada rasa hangat yang menjalar di wajah. Mata tiba-tiba seakan berpasir. Debar di dada semakin kuat. Di bahu sudah ditambah tanggungjawab yang baru, sebagai seorang zaujah. Kolam mata hampir pecah namun segera diseka air yang hampir tumpah dari tubir mata tatkala mendengar ada derap langkah yang kian menghampir.

“Assalamualaikum…” lafaz salam itu perlahan namun jelas kedengaran di cuping telinga Dina. Dina menekur pandangannya ke lantai. Dijawab perlahan lafaz itu tanpa memandang wajah insan yang berdiri di hadapannya. Insan yang kini sudah halal buat dirinya. Insan yang sudah tertulis di Luh Mahfuz menjadi belahan jiwanya. Insan yang bisa menjadikan diri seorang Addina Husna ini sebagai sayap kiri dalam perjuangan menggenggam syahid. Dan kepada insan inilah sepenuh ketaatan wajib ditumpahkan selepas Allah dan Rasul, bermula dari saat ini!

Tiba-tiba, terasa ada tangan yang menyentuh lembut jemarinya. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya. Dina khali seketika namun suara Wafa yang menyeru namanya mengembalikan dia ke alam nyata. Dengan perlahan, Dina mengucup lembut penuh hormat tangan yang sebentar tadi menyarungkan cincin ke jari manisnya, lama. Dia masih gentar untuk memandang wajah insan di hadapannya. Perlahan, dagunya disentuh dan dahinya dikucup lembut. Setitis demi setitis air jernih mengalir dari pelupuk matanya. Ya Allah, terima kasih atas anugerah terindah ini!

“Terima kasih kerana sudi menjadi isteriku, Addina Husna. Dirimu adalah permata yang selama ini kucari. Inilah nikmat teragung kurniaan Ilahi pada diriku. Insyaallah, abang takkan sia-siakan Addina. Uhibbuki fillah…abadan abada…” perlahan bicara itu dibisikkan ke telinga Dina.

Teragak-agak, Dina memandang tampang di hadapannya ini. Ada senyuman di wajah itu. Senyuman yang penuh makna! Inilah dia suamiku... Ameer Fikri bin Khaleed!

“Mabruk! Moga Baitul Muslim yang di bina ini berkekalan hingga ke jannatul Firdaus… Barakallahu ‘alaykum…” Wafa tersenyum nipis memandang dua orang sahabatnya yang kini sudah bergelar suami isteri.

DINA MEMBUANG PANDANG di luar jendela biliknya. Langit malam yang indah dihiasi bintang-bintang bertaburan gagal menghilangkan keresahan atmanya. Sesekali jam di dinding dipandang lesu. Jarum jam menunjukkan hampir jam dua belas malam. Langkah kaki kemudiannya diatur menuju ke bilik air. Penuh yakin, wudhuk disempurnakan. Telekung di ampaian dicapai. Sejadah dihampar perlahan ke jihat Baitullah. Dina menarik nafas dalam, mengumpul kekuatan. 'Ya Allah, kurniakanlah aku ketenangan' bisik atmanya. Solat sunat lantas didirikan.

Tamam solat sunat, naskhah ‘kompilasi warkah cinta kekasih Agung’ dicapai dan dialunkan perlahan, penuh tartil. "Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka..." Tanpa sedar, ada air jernih yang mengalir di pipi tatkala bibirnya menekuni terjemahan surah at-Tahrim ayat 6 itu.

Ya Allah, jika ini ujian dariMu, aku redha. Lemah-lemah diri kami ini, kuatkanlah ya Allah. Rapuh-rapuh hati kami ini, teguhkanlah ya Allah. Engkaulah Tuhan yang menciptakan hati-hati kami, Engkaulah Tuhan yang memiliki hati-hati kami, Engkaulah Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati-hati kami. Teguhkanlah hati-hati kami ini pada agamaMu ya Allah... Sesungguhnya aku masih belum dapat melihat akan kebaikan di sebalik kepedihan yang Kau titipkan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi ya Allah, aku yakin ilmuMu Maha Luas. Pasti ada kebaikan yang terselindung di sebalik ujianMu ini... Bantulah diriku ini ya Allah... Bantulah diriku yang lemah ini ya Muhaimeen...

Saki-baki air mata dikesat dengan kedua belah tangan. Dina menarik nafas dalam, mengumpul kekuatan. Telekung yang membaluti tubuh dirungkai perlahan lantas diletakkan kembali di atas ampaian yang terletak di penjuru bilik. Langkah kaki diatur menuju pembaringan. Perlahan bibirnya melafazkan doa sebelum tidur dan ayat-ayat suci al-Qur'anul Kareem. Namun, matanya begitu sukar untuk dilelapkan. Fikirannya melayang jauh dan akhirnya tersangkut di ranting kenangan.

"Waktu kita masih bergelas mahasiswa, kita tak akan merasai sangat cabaran dalam dakwah. Tapi bila dah tamat belajar, dah melangkah ke dunia kerjaya, dan mungkin juga dah membina Baitul Muslim, barulah cabaran sebenar dalam dakwah itu dapat kita rasai dan alami. Inilah dia antara cabaran dan ujian dalam keluarga du'at." Haji Zairul menatap wajah-wajah syabab di hadapannya yang tekun mendengar butir-butir bicaranya.

"Dengan kesibukan kerja, komitmen pada keluarga dan tuntutan dakwah dalam masa yang sama memberikan cabaran yang besar. Tapi ingin saya ingatkan di sini, biar sesibuk mana pun kita, jangan sesekali kita tinggalkan usrah. Jangan kita tinggalkan tarbiyyah kerana tarbiyyah itu sangat penting. Kita takkan mungkin dapat seimbangkan antara kerjaya, rumahtangga dan dakwah. Perseimbangan takkan boleh berlaku, yang ada ialah pengorbanan." Perkataan 'pengorbanan' itu sedikit ditekan oleh Haji Zairul.

"Perseimbangan adalah sangat subjektif. Apa yang boleh kita lakukan adalah pengurusan masa. Pengurusan masa adalah sangat penting dalam keluarga du'at. Gunakan masa yang ada semaksima mungkin. Bila bersama keluarga, banyakkan masa 'berkualiti' bersama keluarga. Sebenarnya tak perlu lama-lama pun, walaupun 10 minit, kalau berkualiti, lebih baik dari 24 jam kita bersama dengan mereka. Selain itu, komunikasi juga penting. Kalau tak boleh nak sampaikan melalui kata-kata, gunakan cara penulisan. Berterus-teranglah dalam semua perkara. Sesungguhnya berterus-terang itu membahagiakan walaupun 'sakit'."

"Berterus-terang itu membahagiakan walaupun sakit..." perlahan bibir Dina mengulangi kata-kata Haji Zairul sewaktu dia mengikuti Konvensyen Graduan Nasional tamam pengajiannya di universiti.

"Seharusnya sebagai seorang isteri, aku harus menegur apa yang pincang dalam keluargaku. Bukankah aku mengimpikan sebuah keluarga du'at yang bersama memburu syahid di jalan Allah?" Monolog hati Dina. Ya, dia perlu lakukan sesuatu.

AMEER MELANGKAH LESU. Tubuhnya yang keletihan lantaran seharian bekerja disandarkan ke sofa yang terletak di ruang tamu. Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangan. Wajahnya menengadah kipas yang sedang berputar laju. Selaju itulah otaknya sedang bekerja. Dia mengerling jam di tangannya. Hampir pukul 1 pagi. Seketika dia memandang sayu pintu bilik tidurnya. Dia yakin, disebalik pintu itu pasti isterinya yang dicintai sudah lena dibuai mimpi. Perlahan, Ameer bangun dan mencapai beg yang sebentar tadi diletakkan di tepi sofa. Langkah kakinya menuju ke bilik kerjanya yang terletak bersebelahan dengan bilik tamu.

Pintu bilik kerja dikuak perlahan. Lampu bilik dinyalakan. Dia melangkah ke meja kerjanya. Tangannya menyentuh komputer riba yang sedia terletak di situ. Suis ditekan, dan pabila komputer riba itu sudah sedia berfungsi, tangannya lincah menari di papan kekunci.

"ABANG, MALAM ESOK ADA KULIAH USTAZ ZUL KAN?" Dina memandang wajah Ameer yang sedang mengenakan tali leher. Perlahan, dia melangkah mendekati suaminya itu. Tangannya mencapai lembut tali leher dalam genggaman Ameer. Lincah tangannya membantu si suami yang kini diam membisu.

"Erm... Abang tak ingatlah. Tapi kenapa?" Wajah si isteri di pandang penuh tanda tanya.

"Abang tak nak pergi ke?" Soal Dina penuh mengharap.

"Malam esok ya? Erm... rasanya Abang tak boleh nak pergi. Abang ada perbincangan dengan Dato' Malek pasal projek terbaru kami. Tapi kalau sayang nak pergi, abang izinkan." Ameer tersenyum memandang wajah isterinya yang hampir 5 bulan dinikahi.

"Tapi Abang dah lama tak pergi kuliah Ustaz Zul kan? Usrah pun dah banyak kali abang terlepas. Sekarang pun kita dah jarang sangat solat berjamaah. Semalam Akh Naqiuddin ada bertanyakan abang melalui Kak Mariam." Dina bersuara perlahan. Ada sendu yang mula bertandang.

"Abang minta maaf. Abang bukan sengaja, tapi..." Ameer kehilangan kata-kata.

"Sayang faham, abang sibuk bekerja. Tak apalah kalau abang tak boleh pergi, esok sayang pergi dengan Wafa dan Kak Mariam. Eh, abang dah lambat kan?" Cepat-cepat Dina mengubah topik perbualan.

"Erm... abang pergi dulu ya?" Ameer menghulur tangan kanannya. Dina tunduk menyalami tangan suaminya. Sebuah kucupun lembut singgah di dahinya. Terukir senyuman paling manis dari bibir Dina, hadiah buat imamnya.

PERBINCANGAN ANTARA DIA DAN DATO' MALEK yang dijadualkan malam ini tiba-tiba dibatalkan pada saat akhir dan ditunda ke minggu hadapan. Ameer mencapai gugusan kunci dari poket seluar. Pintu rumah dikuak perlahan. Dia menapak ke dalam rumah. Yang menyambut kepulangannya hanyalah 'gelap' dan 'sunyi'. Isterinya sudah diberi keizinan untuk menghadiri kuliah Ustaz Zulhilmi. Suis lampu dipetik. Langkah kaki dihala menuju ke dapur. Ameer tersenyum tatkala matanya singgah di meja makan. Segalanya sudah siap tersedia. Perutnya memang sudah menyanyikan lagu keroncong dan sebentar lagi pasti bertukar pada irama melayu asli jika tidak segera diisi.

Tudung saji diangkat ke tepi. Senyumannya melebar lagi. Isterinya itu memang bijak sungguh 'mengikat' dirinya dengan air tangan yang tidak tertanding. Tiba-tiba matanya tertancap pada sepucuk sampul berwarna ungu di sisi hidangan itu. Hatinya diterjah pelbagai persoalan. Segera dicapai sampul berwarna ungu itu. Dia tahu, ungu itu warna kegemaran isterinya. Ameer melabuhkan punggungnya. Sampul itu dibuka dengan berhati-hati dan isinya ditarik perlahan.

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Buat tatapan 'imam'ku yang telah dijanjikan Allah suatu ketika dulu. Iftitah bicara, kemaafan kupohon andai apa yang ingin kusampaikan ini mengguris hatimu. Mungkin juga diri ini akan dianggap bagaikan si ibu ketam yang ingin mengajar anaknya berjalan betul. Mungkin juga tingkahku ini bagaikan melanggar adat. Namun, fahami dan mengertilah wahai suamiku bahawa apa yang kulakukan ini tidak lain adalah atas dasar kasih dan cintaku padamu, selepas cintaku kepada Allah dan Rasulullah.

Wahai belahan jiwaku,
Sedari awal diri ini menjadi suri hidupmu, diriku sungguh bahagia. Bahagia lantaran diri ini terpilih menjadi tiang seri ataupun sandaran bagi perjuanganmu. Bahkan diri ini amat bersyukur pada Ilahi kerana ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tangan untuk berpaut di saat dirimu rebah dan tersungkur di medan memburu syahid yang penuh duri dan berliku itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Ketahuilah wahai mujahidku,
Tiada yang lebih bahagia buat diriku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini. Bahagia itu letaknya pada ketenangan jiwa. Namun cuba kita tanyakan pada hati-hati kita, adakah ketenangan itu setia bermukim?

Wahai suamiku, ketahuilah bahawa hatiku kini menangis pilu. Imamku kini kehilangan arah lantaran fatamorgana dunia yang membelai dan mengasyikkan. Bukan wang dan permata yang kudambakan. Bukan itu yang kuimpikan. Bukan dunia tujuan hidupku. Dunia ini bukankah bagai air laut? Semakin banyak kita minum, semakin kita akan merasa haus dan kita tidak akan pernah rasa puas. Permintaanku tidak banyak wahai pemilik sebahagian hatiku, cukuplah dirimu yang diinfakkan seluruhnya pada redha Ilahi. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan menyintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi. Dan moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga nanti.

Wahai suamiku yang dijanjikan Allah, bersamalah kita mendidik hati-hati kita ini untuk mencintai SYAHID demi redhaNya. Bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini. Bukankah 'pemberi hadiah' itu wajar kita cintai dan hargai melebihi 'hadiah' yang dikurniakan buat kita? Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya wahai suamiku, kerana itu jauh lebih bermakna bagiku...

AKU BUKAN KHADIJAHMU

Berkali-kali kuingatkan diri,
Aku hanya sebutir pasir yang ada di mana-mana,
Manakan mungkin mampu bergandingan dengan berlian.

Berkali-kali kuingatkan diri,
Siapalah aku untuk mendambakan insan semulia Muhammad,
Sedangkan aku ini bukannya Khadijah,
dan aku sendiri tidak mampu untuk menjadi Khadijah.

Berkali-kali kuingatkan diri,
Belajar dan bertatihlah mentarbiyyah diri,
Belajarlah kembali menjadi mujahidah,
Dan doaku agar kau menjadi seperti Muhammad,
Walau kiranya aku bukan Khadijahmu.

Wassalam.

Addina Husna Abdul Hakeem,
Putra Height.

Titis-titis air mata membasahi pipi. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah! Ampunkanlah kelalaianku ya Muhaimeen...

"SAYANG, ABANG ADA SESUATU UNTUK SAYANG." Dina memandang wajah suaminya yang berada di sisi penuh tanda tanya.

"Hadiah untuk seorang isteri yang setia, hadiah untuk bidadariku..."Tutur Ameer sambil mengukir senyuman manis. Tangannya menyerahkan sepucuk sampul kepada Dina.

"Apa ni?" Soal Dina sambil tangannya menyambut huluran suaminya.

"Bukalah..." Arahan suaminya dituruti. Matanya meneliti helaian kertas yang kini berada di tangannya.

"Betul ke ni bang?" Dina bersuara girang. Ameer sekadar mengangguk.

"Ya Allah, terima kasih abang. Dina tak tau macamana nak ucapkan terima kasih pada abang." Tangan suaminya dicapai dan dikucup penuh hormat. Tiket penerbangan menunaikan umrah yang berada dalam genggamannya dipegang erat.

"Tak perlu berterima kasih pada abang. Abang yang sepatutnya berterima kasih pada Dina untuk 'warkah ungu' tempohari." Ameer mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

"Maafkan Dina, abang."

"Dina tak salah. Abang yang bersalah. Abang futur. Tapi abang bertuah sebab abang ada Dina, sayap kiri yang setia menghulur tangan di saat abang mulai tersasar." Sebuah kucupan hinggap di dahi isterinya.

"Sayang nak tau sesuatu?" Soal Ameer sambil tersenyum.

"Apa dia?" Dina memandang tepat ke dalam anak mata suaminya.

"Kata-kata Ustaz Zul memang tepat. Pilihlah pasangan yang ada fikrah, pasangan yang beroleh tarbiyyah. Insyaallah pasangan kita itu akan menjadi penguat dan penyokong kita dalam kerja-kerja dakwah. Buktinya kini sudah ada di depan mata abang. Insyaallah, abang janji biar sesibuk mana pun usrah, tarbiyyah malah kerja-kerja dakwah takkan abang abaikan. Ini janji abang." Ameer menghela nafas lega. Pandangannya ditebarkan ke halaman rumah.

"Abang, masih ingat puisi Aku Bukan Khadijahmu?" Tiba-tiba Dina menyoal lembut. Ameer mengangguk perlahan.

"Mungkin betul kita ini tidak semulia Muhammad dan Khadijah, tapi Dina ingin sekali kita menjadi seperti mereka. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi..." Ujar Dina lembut penuh pengharapan.

"Ameen... Insyaallah isteriku..." Balas Ameer sambil menggenggam erat tangan isterinya yang merupakan sayap kiri dalam perjuangan menggenggam syahid.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

at-Taubah: 24

SETIA SEORANG ISTERI
(Wildan)

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku di ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan...
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Setia mu ku hargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Yang bersemi di hati

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

**TAMAT**

Tatkala Pena Menulis,
F.H.Fansuri
Bandar Anggerik,
Selangor
17 Oktober 2009
2.10 p.m
-1710090210-

KY: Nantikan pula selepas ini, CINTA TERATAS...
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-47669690347514822212009-07-17T04:08:00.001-07:002009-12-29T06:34:58.631-08:00Terbanglah Rama-ramaku!

"ILMI NAFISAH, KENAPA TAK TIDUR LAGI NI?" Mariam melangkah masuk ke bilik. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Eh, Mar... " Nafisah yang tika itu berdiri di balkoni tersenyum nipis. Mariam menghampiri Nafisah.

"Nana tak boleh tidurlah Mar. Penangan kopi Mar tadi kot... "

Mariam tertawa kecil. Bahu Nafisah dipegangnya lembut. "Apa yang Nana fikirkan?" Tanya Mariam.

"Tu... " Nafisah menudingkan jari telunjuknya ke arah sebutir bintang di langit malam. "Cantikkan?"

Mariam menalakan matanya ke arah yang ditunjukkan oleh Nafisah. "Sejak bila pula Nana jadi peminat bintang ni?" usik Mariam lembut. Tangan Nafisah dicapai dan digenggam erat.

Nafisah tertawa senang. "Mar, ingat tak dalam Al-Qur'an ada ayat yang menyebut tentang bintang?"

"Ya, surah Al-An'am ayat 97." Mariam memandang Nafisah. "Kenapa?"

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut." Nafisah senyum segaris. "Setiap yang Allah jadikan ada peranannya yang tersendiri. Macam bintang-bintang kat langit tu, bukan setakat menyerikan kegelapan malam malah menjadi panduan untuk sang musafir yang berkelana. Dan sebenarnya alam ni Allah jadikan untuk kita berfikir tentang kebesaran-Nya, betul tak?"

"Betul Nana. Bukan setakat bintang-bintang je, malah penciptaan malam dan siang, bulan dan matahari, bukit dan gunung, terkandung banyak tanda-tanda kebesaran Allah seperti yang telah termaktub dalam Al-Qur'an."

Mariam memandang Nafisah. "Mar nak tanya sesuatu, boleh?"

Nafisah tidak menjawab. Dia hanya memandang wajah Mariam dengan senyuman.

"Nana ada masalah ke?"

"Eh, mana ada. Pandai-pandai je Mar ni. Sejak bila pula dah jadi tukang tilik ni?" Nafisah melarikan mukanya ke arah lain.

"Pandangan Mar tak pernah silap, Nana. Mar tahu Nana ada masalah, kan? Mar dapat lihat kesedihan itu dari wajah dan mata Nana. Mata itu kan jendela kepada hati. Luahkanlah Nana, agar beban di hatimu berkurangan..."

"Mar, Nana tak ada apa-apa. Mar janganlah risau."

"Nana, kita bukan baru sehari dua kenal. Suka dan sedih Nana, Mar turut merasakannya. Mungkin ia terlalu peribadi, dan sewajarnya Mar tak layak nak memaksa. Tapi tak salah kan kalau Mar nak berkongsi rasa?"

Nafisah tidak segera menjawab. Lama dia membisu. Sama sekali dia tidak menduga rahsia hatinya dapat dibaca. Selama ini segala keluh kesah dan derita hatinya disimpan sendiri. Sedaya mungkin dia cuba berlagak ceria di hadapan semua orang bagai tiada berlaku apa-apa. Tapi hari ini, dia tewas pada temannya itu. Mariam seolah-olah dapat membaca isi hatinya.

"Nana, terlalu memendam rasa kadangkala bisa merosakkan diri kita."

Nafisah meneguk liur. Wajah Mariam dipandangnya lama. "Mar, Mama dan Papa..." Lidah Nafisah terasa kelu untuk meneruskan kata-katanya.

ENTAH MENGAPA MATA terasa sukar untuk dilelapkan. Jarum jam menghampiri angka dua belas. Nafisah menghela nafas panjang. Perlahan, dia bangkit dari pembaringan. Dia duduk berlunjur dan tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Dia teringatkan perbualannya dengan Doktor Asma' pagi tadi.

"Macam mana doktor?" soal Nafisah. Tidak sabar ingin mengetahui hasil ujian
x-ray yang baru dijalankan.

"Saya harap awak bersabar dengan berita yang saya nak sampaikan ni." Dengan lembut Doktor Asma' bersuara namun ia tidak bisa meredakan debar di hati Nafisah. Dia menarik nafas dalam-dalam, mencari kekuatan diri.

"Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, ada sedikit ketumbuhan
di kepala awak. Itulah sebabnya awak sering berasa pening dan adakalanya
menyebabkan awak pengsan. Tapi awak jangan risau, sebab ia masih di peringkat
awal. Kalau awak segera menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu, insyaAllah penyakit ini boleh sembuh."

Mata yang terasa basah pedih tiba-tiba mengembalikan Nafisah ke alam sedar. Terasa seperti ada sesuatu tersekat di kerongkongnya. Air mata tiba-tiba menjadi seperti tidak berharga lantas luruh membasahi pipi. Ya Allah, dugaan apakah ini?

Bunyi bising di tingkat bawah tiba-tiba menyapa gegendang telinga! Nafisah menekup telinganya, benci untuk mendengar bunyi-bunyi itu. Namun telinganya masih dapat menangkap bunyi-bunyi itu.

"Awak tu yang tak pernah ada kat rumah! Sibuk memanjang!"

"Saya sibuk bekerja, awak tau tak? Itu tanggungjawab saya! Awak tu sebagai isteri sepatutnya duduk di rumah! Ini tidak, sibuk ke sana ke mari! Rumah ke mana, anak-anak ke mana, apa nak jadi dengan awak ni?"

"Sibuk bekerja konon, entah-entah awak ada perempuan lain kat luar sana tu!"

"Jaga sikit mulut awak tu! Dasar perempuan keras kepala!"

"Eh, awak ingat awak tu baik sangat ke? Malaikat? Saya dah tak tahan hidup dengan awak!"

Air mata semakin laju mengalir di pipi. Nafisah bangkit berdiri. Dengan longlai dia menapak ke bilik air. Pili air di buka, lalu dia mengambil wudhuk. Saat kakinya melangkah keluar dari bilik air, tiada lagi kedengaran bunyi-bunyi yang mengasak gegendang telinga tadi. Nafisah mengambil telekung di ampaian. Sejadah dihamparkan.

Penuh khusyuk dia menunaikan solat sunat. Usai solat, lama dia duduk berzikir. Nafisah masih ingat kata-kata Mariam, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Ya, memang hatinya saat itu memerlukan ketenangan!

Allahumma ya Allah,
Aku menadahkan tanganku yang penuh dosa dan noda ini, mengemis kepadaMu ya Allah... Janganlah Engkau biarkan tangan yang menadah ini kosong dari pemberianMu...
Kasihanilah daku ya Allah...
Seandainya Engkau palingkan wajahMu dariku, kepada siapa lagi aku hendak menuju?
Tiada Tuhan melainkan Engkau, tiada yang berkuasa melainkan Engkau, tiada yang dapat memberikan kebaikan yang sebenarnya melainkan Engkau...

Ya Muhaimin,
Rahmatilah seluruh keluargaku, jadikan kami hamba-hambaMu yang Engkau redhai, payungilah kami dengan dengan rahmatMu...
Ya Allah, Engkau satukanlah kami dan jangan Engkau pecahbelahkan kami, jadikanlah kami berkasih sayang antara sesama kami dan janganlah Engkau tanamkan sifat benci-membenci antara kami, dan jauhkanlah kami dari segala persengketaan serta permusuhan...
Damaikanlah kami dengan rahmatMu ya Allah...

Ya Allah...
Apa jua yang menimpaku adalah dari kemahuanMu...
Maka seandainya Engkau menetapkan untuk mengujiku dengan kesakitan ini, jadikanlah penyakit yang kutanggung ini sebagai penghapus dosa-dosaku yang lalu...
Dan sekiranya penyakit ini akan membawa kepada kematianku, maka jadikanlah matiku itu sebagai tempat istirehat untukku...

Ya Allah, Tuhan pemilik hati ini...
Kuatkanlah hatiku ini untuk menghadapai apa jua cubaan dan ujian dariMU...
Titipkanlah kesabaran yang jitu di hati ini ya Allah...

Nafisah meraup mukanya. Dan empangan air matanya pecah lagi, berlagu sendu tika dinihari. Dibiarkannya air mata itu membasahi pipinya. Biarlah!

"HIDUP KITA DI DUNIA ini umpama satu kembara. Adakalanya kita perlu mendaki bukit yang tinggi. Untuk berada di atas puncak, umpama kita mendaki menggunakan dua kaki. Namun untuk kita menuruni puncak itu, umpama kita menggunakan berjuta-juta kaki. Terlalu sukar untuk mencapai kesenangan tapi terlalu mudah untuk menuju kesusahan." Ustaz Muadzam diam seketika.

"Ikhwah wa akhwat sekalian, kita harus sedar bahawa dunia ini sememangnya diciptakan Allah sebagai negara ujian dan dugaan. Maka, mahu atau tidak kita mestilah memilih untuk terus bersabar, berlatih untuk bersabar atau memaksa diri untuk bersabar dalam menanggung segala ujian, dugaan dan keperitan hidup itu kerana di sana tiada jalan lain untuk kita meraih keampunan, kejayaan, kemuliaan dan syurga dari Allah SWT.

Menurut sebahagian ulama', kemuncak sifat sabar itu adalah sifat redha kepada Allah. Bermakna, lebih tinggi kesabaran seseorang maka lebih lebat dan subur jugalah sifat redhanya. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi: "Sesungguhnya besar ganjaran pahala itu berserta ujian yang menimpa. Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, nescaya Dia akan menguji mereka. Maka sesiapa yang redha dengan ujian tersebut maka baginya ganjaran keredhaan dan sesiapa yang membencinya, maka baginya balasan kebencian."

Nafisah menghela nafas panjang. Tiada yang tidak benar dalam kata-kata Ustaz Muadzam itu. Dia mengakui bahawa setiap ujian Allah itu adalah tanda kasih sayang dari-Nya. Dunia ini sekadar pinjaman dan setiap dari saat yang berlalu adalah ujian dari Allah SWT. Nafisah menundukkan wajah, namun telinga tetap setia mendengar untaian-untaian hikmah yang disampaikan oleh Ustaz Muadzam.

"Pengajaran utama yang boleh kita kutip dari hadis yang telah ana nyatakan sebentar tadi ialah dalam kehidupan beragama, kita dianjurkan dan digalakkan supaya redha dengan setiap ketentuan Allah SWT dalam menghadapi segala dugaan hidup. Sekalipun sifat redha itu sangat tinggi kedudukannya di sisi Allah dan sukar untuk dicapai, namun kita turut diajar oleh Rasulullah SAW untuk sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan sifat redha. Berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW pernah berdoa: "Aku memohon pada-Mu agar dikurniakan keredhaan selepas datangnya ketentuan-Mu." Ustaz Muadzam diam seketika memandang wajah-wajah syabab di hadapannya.

"Ikhwah wa akhwat sekalian, mengapa kita dianjurkan untuk berdoa kepada Allah? Bukankah Allah itulah yang menciptakan hati kita? Bukankah Allah itu pemilik mutlak hati kita? Sudah tentulah hanya Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati-hati kita ini. Moga kita sekalian diberikan keteguhan oleh-Nya dalam menghadapi ujian dan dugaan."

Nafisah memejamkan matanya beberapa detik. Terasa dadanya sesak menghimpun realiti derita dan ujian yang ditanggungnya. Entah mengapa mata terasa seakan berpasir. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan! Nafisah meraup mukanya, bimbang ada teman-teman yang melihat. Telinganya menangkap bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Ustaz Muadzam tanda kuliah mingguan kali ini sudah tiba ke titik akhir.

"Nana..." Nafisah merasakan ada tangan yang menyentuh bahunya lembut. Dia memalingkan wajah.

"Wafa..."

"Mar dah tunggu dalam kereta." Wafa menuturkan lembut. Nafisah mengangguk perlahan. Dia bingkas bangun dan mencapai beg sandangnya lantas diletakkan ke bahu. Nafisah dan Wafa jalan beriringan menuju ke tempat meletak kereta.

Langkah Nafisah terhenti seketika. Dia merasakan kepalanya tiba-tiba berdenyut dan matanya berpinar-pinar.

"Nana, kenapa ni?" Terdengar suara Wafa menyapa gegendang telinganya. Ada nada kebimbangan. "Mar! Amni!"

Pandangan Nafisah menjadi gelap, dan akhirnya dia tidak sedar apa yang berlaku.

NAFISAH MEMBUKA MATANYA perlahan-lahan tatkala sayup-sayup suara orang memanggil namanya menyapa di cuping telinga. Kepalanya masih lagi berdenyut-denyut walaupun tidak seteruk tadi. Nafisah memandang sekeliling. Segala-galanya kelihatan asing di pandangan matanya.

"Nana..." Mariam melemparkan senyuman. Tangan kanan Nafisah digenggamnya lembut. Amni di sebelahnya nampak tenang.

"Mar, Nana kat mana ni?" Nafisah gagah bersuara.

"Nana sekarang ada kat hospital. Tadi Nana tiba-tiba pengsan. Kami bawa Nana ke hospital..." terang Mariam tenang. Nafisah memandang wajah Mariam dengan pandangan mata yang redup, kemudian beralih ke wajah Amni di sebelah.

"Nana, kenapa sembunyikan hal ni dari kami?" Soal Amni, kesal. Wajah Amni dipandang penuh tanda tanya.

"Kami dah tahu semuanya Nana. Doktor Asma’ dah terangkan semuanya pada kami. Mar tak sangka Nana terlalu berahsia..." Ada sendu dalam bicara Mariam. Nafisah diam membisu. Ya, rahsia yang disimpan kemas selama ini akhirnya terbongkar!

"Nana... Kenapa?" Ada air jernih bergenang di kelopak mata Amni. Mariam menggosok lembut bahu Amni. Nafisah memandang sayu wajah-wajah di hadapannya. Hati entah mengapa dipagut rasa sayu. Berkali-kali dia cuba menelan air liur yang terasa seakan berpasir. Suasana sepi seketika.

"Aaa... Amni nak keluar sekejap..." Kata-kata Amni memecahkan kesunyian. Perlahan dia melangkah keluar. Mariam menggenggam erat tangan Nafisah.

"Nana... Kenapa sampai jadi macam ni?" Soalan Mariam dibiarkan tidak berjawab. Nafisah menengadah syiling. Matanya merenung kosong kipas yang berputar laju.

"Papa dan Mama nak bercerai Mar... Keluarga Nana dah berpecah..." Setitis demi setitis air jernih keluar dari tubir mata Nafisah.

"Papa dan Mama dah tahu penyakit Nana ni?” Tanya Mariam. Nafisah menggeleng perlahan.

“Mar rasa, lebih baik Nana bagitau Papa dan Mama tentang hal ni. Mungkin ia dapat menyelamatkan keluarga Nana..."

"Kalau mereka tahu pun belum tentu lagi keluarga kami boleh diselamatkan. Selama ini pun mereka tak pernah ambil peduli hal kami adik-beradik. Sakit pening kami semuanya Bik Zah yang uruskan. Masing-masing tak pernah lekat di rumah. Kalau mereka ada di rumah pun, kami adik-beradik ni macam tak wujud! Nana cuma kesiankan adik-adik... Sampai bila mereka nak menumpang kasih dari Bik Zah?"

"Nana... Sabar ya... Mar tahu, Nana seorang yang kuat!" Mariam menggenggam erat tangan Nafisah. Nafisah memandang wajah teman di sisinya.

"Mar jangan risau. Nana tahu, semua ini adalah ujian dari Allah. Dia sedang membentuk diri Nana untuk menjadi ‘seseorang’. Nana yakin tentang itu..." Nafisah kembali menengadah syiling.

"Mar ingat tak kisah rama-rama kecil? Rama-rama kecil yang berasal dari beluncas hodoh ini perlu melalui kepompong yang sempit sebelum berubah menjadi seekor rama-rama kecil yang cantik! Ya, kepompong yang sempit, gelap dan jijik. Tapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa kepompong yang sempit, gelap dan jijik telah menukar beluncas hodoh tadi kepada seekor rama-rama kecil yang cantik! Malah pergelutan sang rama-rama kecil untuk keluar dari kepompongnya melalui bukaan yang kecil itulah yang membolehkan rama-rama kecil terbang tinggi!" Nafisah berhenti sejenak. Wajah Mariam dipandangnya.

"Nana, Mar akui sebagai insan kita memang selalu lupa. Kita selalu mengeluh tatkala ujian Allah bertamu. Sedangkan ujian yang kita terima itu terlalu kecil nilainya jika nak dibandingkan ujian dan dugaan yang diterima oleh para nabi dan rasul. "

"Ya Mar. Sebenarnya kita tak sedar hakikat bahawa semakin sempit dan gelap 'kepompong' kita, semakin kuat diri kita. 'Kepompong' yang Allah jadikan untuk kita adalah demi untuk kebaikan di dunia dan akhirat." Nafisah mengesat air mata yang meleleh di pipi dengan belakang tapak tangan.

"Nana nak jadi seperti rama-rama kecil yang kuat dan mampu untuk terbang tinggi! Doakan Nana kuat untuk melawan penyakit ni! Nana perlu jadi kuat untuk adik-adik..." Air mata Nafisah merembes lagi.

"Shh... Nana masih ada Mar, Amni, Wafa dan sahabat-sahabat yang lain. Kami akan sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi." Lembut Mariam memujuk sambil tangannya menggosok lembut bahu Nafisah. Nafisah tersenyum nipis. Tangannya mengesat saki-baki air mata dengan kedua belah tangannya.

"Macamana persediaan majlis walimah Mar? Bertuah sungguh Akh Naqiuddin bakal memiliki Mar sebagai zaujah!" Soal Nafisah tersenyum meleret.

"Nana! Sakit-sakit pun masih nak mengusik!" Mariam menjegilkan matanya. Rona mukanya berubah menjadi merah. Bagikan kelopak mawar! Malulah tu! Mariam menghulurkan sekeping kad. Nafisah menyambut huluran Nafisah sambil tersenyum.

"Mabruk!" Nafisah tertawa senang.

KAMAR RAJA SEHARI ini dihias sebegitu indah. Tampak menarik dengan gabungan warna ungu lembut dan putih.

"Assalamualaikum." Nafisah tersenyum manis melihat wajah sahabat di hadapannya. Salamnya disambut mesra. Perlahan dia melangkah mendapatkan Mariam yang duduk di birai katil.

"Mabruk! Moga baitul muslim yang terbina kekal ke akhir hayat. Barakallah ‘alaykum!" Bisik Nafisah tatkala mereka berpelukan.

"Terima kasih sebab datang." Mariam tersenyum senang. Wajahnya tampak berseri dengan sepasang jubah moden bersulam rona ungu lembut lengkap dengan selendang organza.

"Cantik sungguh Mar hari ni. Cocok sungguh bila digandingkan dengan Akh Naqiuddin!" Nafisah berseloroh. Wajah Mariam merona merah.

"Apa yang seronok sangat ni?" Mariam dan Nafisah memandang ke arah empunya suara.

"Tak ada apa-apalah Wafa, Amni. Nana saja mengusik pengantin baru ni. Dah lama ke sampai?" Senyuman Nafisah melebar.

"Dari pagi tadi lagi kami sampai. Mar, rombongan pengantin lelaki dah sampai." Wafa bersuara girang. Mariam memandang satu persatu wajah sahabat-sahabat di hadapannya. Nafisah menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Dingin tangan Mariam dapat dirasai Nafisah. Dia tertawa kecil.

"Kenapa?" Soal Mariam hairan.

"Tak ada apa-apa..." Senyuman Nafisah meleret lagi.

Detik-detik penting dalam hidup Mariam berjalan dengan lancar. Tepat jam sebelas setengah pagi, Mariam Ibtihal dan Ahmad Naqiuddin sempurna diijabkabulkan sebagai pasangan suami dan isteri. Pasangan pengantin baru itu kelihatan malu-malu. Nafisah tumpang gembira. Syukur, sunnah Rasul terlaksana sudah. Pertemuan dua hati yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Penyatuan dua insan yang tidak dinodai cinta terlarang. Moga rumahtangga kalian dilimpahi rahmah dan mawaddah! Ketika pasangan pengantin baru itu sibuk melayani tetamu yang hadir, Nafisah, Wafa dan Amni bergerak ke khemah bahagian muslimah untuk menjamu selera.

Usai menjamu selera, mereka bertukar-tukar cerita. Tiba-tiba Nafisah merasakan kepalanya berdenyut-denyut. Sedaya-upaya dia cuba berlagak seperti biasa.

"Erm... Nana tak boleh lama ni. Ada hal sikit. Insyaallah, kita jumpa lagi ya! Nana nak pergi jumpa Mar sekejap." Nafisah tersenyum nipis, memohon untuk mengundur diri. Setelah bersalaman dan berpelukan, Nafisah menemui Mariam dan suaminya yang sedang sibuk melayani para tetamu.

Nafisah mendakap tubuh Mariam erat-erat. Ahmad Naqiuddin di sampingnya sekadar memerhati penuh pengertian.

"Nana, terima kasih sebab sudi datang." Mariam bersuara perlahan. Entah mengapa ada sendu yang bertamu.

"Terima kasih Mar sebab sudi menjadi sahabat terbaik Nana. Moga persahabatan ini bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat jua." Air mata Nana berguguran di pipi. Entah mengapa debaran di dadanya kian menggila. Kepalanya berdenyut-denyut lagi. Lebih teruk dirasakannya berbanding tadi.

"Ukhuwwah fillah... Uhibbuki fillah abadan abada..." Empangan air mata Mariam turut pecah. Berat rasa di hati untuk melepaskan Nafisah pulang. Dia dapat merasakan tudungnya sedikit lembap dengan titisan air mata Nafisah. Mengapa berat hati ini untuk melepaskan dirimu pergi wahai sahabat? Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada sahabatku ini untuk menghadapi apa jua ujian dari-Mu...

Nafisah meleraikan pelukannya perlahan. "Nana balik dulu ya?"

"Nana..." Mariam menggenggam erat tangan Nafisah.

Nafisah menarik lembut tangannya. Dia menggeleng perlahan. "Jangan macam ni Mar. Ramai tetamu ni. Nana balik dulu. Insyaallah kita akan berjumpa lagi. Kalau tak di dunia ini, moga di akhirat nanti..." Nafisah berpaling dan pantas melangkah pergi. Entah mengapa dia menuturkan kata-kata itu. Biarlah... Yang paling utama, dia harus segera beredar. Bimbang kesakitannya saat itu disedari oleh sahabat-sahabatnya.

"Nana... " Air mata Mariam menitis lagi. Dia menghantar Nafisah dengan pandangan matanya. Tiba-tiba ada tangan yang menggosok lembut bahunya. Dia berpaling dan melihat wajah suaminya ada di sisi.

"Mariam, sudahlah tu. Tak elok menangis macam ni. Insyaallah Nafisah tak akan apa-apa. Mungkin dia ada urusan penting." Lembut Naqiuddin cuba menenangkan hati isterinya. Mariam tunduk membisu.

YA ALLAH, SAKITNYA! Nafisah memegang kuat kepalanya dengan tangan kiri. Tangan kanan masih kejap memegang stereng kereta. Kepalanya berdenyut semakin kuat. Matanya mula berpinar-pinar. Pandangannya mula kabur, gelap... Dan akhirnya dia tidak sedar apa yang berlaku!

ILMI NAFISAH, aku bangga punya sahabat sekuat dan setabah dirimu. Setiap ujian dan dugaan yang Allah titipkan buatmu tidak pernah kau persoalkan. Semuanya kau telan dengan tenang. Kau sering katakan bahawa ujian dan dugaan Allah itu merupakan satu proses untuk Dia membentuk dirimu. Ya, aku akui kata-katamu itu.

Ilmi Nafisah, tahukah dirimu bahawa keluargamu dapat diselamatkan dari hancur! Adik-adikmu telah merasai kasih sayang dari Papa dan Mamamu. Papa dan Mamamu kian prihatin hal ehwal anak-anak. Namun aku cukup kesal kerana nilai kebahagiaan itu dibayar dengan nyawamu!

Ilmi Nafisah, aku tahu semuanya ketetapan Allah. Namun aku rasa cukup kehilangan. Ya, kehilangan sahabat sepertimu. Dan akhirnya aku akur... Mungkin ini yang terbaik untukmu. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati! Moga rohmu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh... ameen...

"Sayang..." Ada suara yang berbisik memanggilnya.

Mariam menyeka air matanya perlahan. Dipandang sayu wajah suaminya di sisi. Naqiuddin tersenyum nipis. Mengerti kesedihan isterinya. Perlahan bahu isterinya diraih dan diusap.

"Abang, tengok rama-rama tu! Cantikkan?" Mariam bersuara perlahan. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Naqiuddin mengangguk.

"Dulu, arwah Nana selalu cakap dia nak jadi seperti rama-rama kecil yang kuat dan mampu untuk terbang tinggi. Dia dah melalui pergelutan dan perjuangan untuk keluar dari kepompong. Cita-cita Nana dah tercapai. Dia sudah menjadi rama-rama kecil yang kuat dan mampu terbang tinggi. Tapi sayang, usia rama-rama kecil tak panjang..." Air mata Mariam merembes lagi.

"Sayang... Hidup ini hakikatnya terlalu singkat. Pagi hari adalah permulaan hidup kita, siang harinya kita sibuk mencari rezeki, dan petangnya tiba-tiba kita terpaksa menemui Pencipta. Hanya itulah yang dinamakan 'hidup' kita. Hidup ini adalah pinjaman semata-mata. Bila tiba saatnya untuk kita kembali pada-Nya, kita harus akur." Naqiudin diam seketika.

"Abang yakin, bukan Nafisah sahaja yang mampu untuk menjadi seperti rama-rama kecil. Isteri abang ni pun boleh. Sayang mesti jadi kuat seperti Nafisah kerana kita sama-sama berada di atas jalan dakwah. Jalan dakwah tak pernah menjanjikan permaidani merah untuk kita. Sayang faham kan?"

Mariam tersenyum nipis. Hatinya sedikit terubat dengan kata-kata suaminya itu. Dia memandang rama-rama kecil yang hinggap pada sekuntum bunga. Terbanglah rama-ramaku! Terbanglah setinggi mungkin!

**TAMAT**

Tatkala Pena Menulis,
F.H.Fansuri
Desa Sri Anuar,
Muar, Johor
14 Julai 2009
10.55 p.m
-1407091055-
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-14965794950659476442009-04-02T21:38:00.000-07:002009-04-02T21:44:10.720-07:00Tak Ada Maknanya! (6)

7 tahun lalu..

"Udin, kenapa Udin mengaku pada Cikgu Azman?"

"Mengaku apa ni Fiqa?"

"Kejadian kat makmal kimia tu. Udin jangan pura-pura tak ingat. Kenapa Udin tak bagitau Fiqa yang Udin dilucutkan jawatan Ketua Pengawas?"

"Tak penting pun.." jawab Udin endah tak endah.

"Tak penting? Udin! Semua tu salah Fiqa. Udin tak payahlah nak tanggung kesalahan yang bukan Udin buat. Fiqa akan jumpa Cikgu Azman dan bagitau hal yang sebenar!" Aku nekad. Biarlah apa hukuman yang bakal aku terima, aku rela. Yang penting Udin tak dilucutkan jawatan. Tapi belum sempat aku nak melangkah pergi, pergelangan tanganku digenggam erat.

"Amiruddin! Apa ni?" terkejut aku dengan tindakan drastik Udin. Bayangkanlah, sebelum ini tak pernah ada seorang lelaki pun yang pernah menyentuh tanganku. Wajah Udin kupandang tajam. Eii...lepaslah!!!

"Maaf..." perlahan genggaman di pergelangan tanganku dilepaskan. Aku menggosok perlahan pergelangan tanganku yang agak perit.

"Maaf sebab dah sakitkan tangan Fiqa. Tapi Udin tak nak Fiqa jumpa Cikgu Azman. Biar Udin sorang je yang dihukum. Udin tak nak Fiqa pun dihukum sama. Fiqa tak bersalah..." tanpa memandang wajahku, Udin berkata.

"Fiqa yang masukkan logam kalium tu dalam air, bukan Udin. Jadi Fiqa lah yang salah, bukan Udin!" kataku tak berpuas hati. Kenapalah degil sangat kau ni Udin?

"Tapi semua tu berpunca dari Udin. Udin yang menyebabkan Fiqa bertindak macam tu. Memang salah Udin punbuat eksperimen tanpa pantauan dari Cikgu Azman dalam makmaltu memang kesalahan yang besar."

"Tapi..."

"Sudahlah tu Fiqa. Keputusan Udin muktamad. Kalau Fiqa jumpa Cikgu Azman juga, Udin tak akan tegur Fiqa sampai bila-bila! Tolong hormat keputusan Udin." Udin, kenapa dengan kau ni? Kenapa degil sangat? Aku tak nak sebab aku, nama baik kau terjejas. Tapi kenapalah susah sangat kau nak faham? Macamana ni? Nak bagitau atau Udin tak akan tegur aku sampai bila-bila?

"Menung apa tu Fiqa?" Ishbuat terkejut aku je lah mamat ni. Macamana dia boleh ada kat sini pulak?

"Tak ubah-ubah perangai Fiqa ni dari dulu. Asyik termenung saja. Ingat buah hati kat KL tu ke?" usikan Udin bagaikan sembilu menghiris hatiku.

"Mana Fiqa ada buah hati? Udin jangan nak pandai-pandai buat cerita ek?"

"Udin tak percayalah. Takkan orang secantik Fiqa ni, berpelajaran tinggi, ada kerja tetap masih tak berpunya? Dulu masa study kat USM tak jumpa yang berkenan di hati ke?"

"Alah, cakap orangUdin tu bila nak makan nasi minyak? Kesian Sarah tu duduk kat rumah sorang-sorang..." ujarku sengaja memulangkan soalan itu kepadanya tanpa memberi jawapan. Udin tersenyum nipis.

"Orang macam Udin ni siapalah yang nak. Kerja tak menentu masa, pelajaran tak tinggi mana, kulit ni haah bertambah gelap! Agaknya kalau letak Udin ni sebelah Mat Black, dah tak boleh beza agaknya!" Udin tertawa riang. Entah apalah yang melucukan hatinya.

"Udin tu yang merendah diri sangat. Kan ramai anak dara kat kampung ni yang tergila-gilakan Udin. Udin je yang jual mahal. Bukan tak ada orang nak."

"Udin ni tak berharta Fiqa. Nak kahwin sekarang ni bukan cukup seribu dua,silap-silap sepuluh ribu pun tak cukup."

"Hakikat kaya atau miskin tu terletak pada hati Udin. Bukan pada luaran. Kalau harta banyak tapi tak ada kasih sayang pun tak guna, kan?"

"Ye lah tu. Sebenarnya hati Udin dah dimiliki seseorang. Lama dahsejak kita sekolah menengah lagi. Tapi tu lahkeadaan dah berubah. Udin tak layak nak berdiri di samping dia."

"Dia tau?" soalku ingin tahu.

"Tak. Udin tak pernah luahkan isi hati Udin pada dia pun. Dulu Udin ingat nak bagitau dia bila kami sama-sama tamatkan pelajaran di universiti. Tapi malangnya, Udin tak sempat nak jejakkan kaki ke universiti. Fiqa pun tau kenapa kan?"

"Jadi sampai sekarang ni, dia tak tau lah?" Udin sekadar menggeleng.

"Kenapa tak bagitau? Kalau Udin tak cuba, sampai bila-bila pun Udin takkan dapat memiliki dia."

"Fiqa pulak kenapa masih sendiri? Takkan masih tak jumpa yang berkenan di hati?"

"Fiqa tak tau siapa Fiqa di hati dia. Selama ni pun kami tak pernah sependapat."

"ItulahUdin nak pinang Fiqa, tak nak!"

"Amiruddin! Janganlah main-main!"

"Marah ke? Udin minta maaf." Ah, malas nak layan budak senget ni. Asyik nak sakitkan hati aku je.

"Udin tau Fiqa marah sebab bila Fiqa marah, Fiqa akan sebut nama penuh Udin. Macam ni ha.. Amiruddin!" gelagat Udin akhirnya membuahkan tawaku.

"Ha,kan cantik bila Fiqa ketawa. Ni tak, asyik nak marah je bila nampak Udin. Tak elok tau anak dara muka masam je. Nanti cepat tua!"

"Amiruddin!"

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-69616610100462672372009-04-02T21:28:00.000-07:002009-04-02T21:36:03.198-07:00Tak Ada Maknanya! (5)

7 tahun dahulu...

"Eh, Fiqa nak tengok magik tak?" soal Udin sambil tersengih-sengih memandangku. Huh, serupa macam kerang busuk! Adik-beradik, sepupu-sepapat kothehehe...jahat betul aku ni.

"Alah, Udin jangan nak kelentong Fiqa lah. Habis-habis pun Udin tunjuk kat Fiqa duit yang Udin dah koyak tapi tiba-tiba langsung tak ada kesan koyakan kan? Magiklah sangat?" dah tak ada modal nak pekena akulah tu.

"Ish, mana ada. Ni betul-betul magik ni. Udin nak buat bunga api guna air. Kejap ek,Fiqa tunggu sini. Udin ambik barang-barang tu. Tunggu tau!" Ehmntah apalah yang nak dikelentong aku kali ni agaknya. Eh, apa yang dibawa Si Udin ni?

"Okey. Masukkan air dalam bekas kaca ni. Tengok ye, kejap lagi ada percikan api." Udin memasukkan sesuatu ke dalam bekas kaca tadi. Tiba-tiba ada percikan api dan bunyi letupan kecil.

"Subhanallah! Terkejut Fiqa. Udin masukkan apa tadi hah? Udin jangan main-main dengan bahan kimia kat dalam makmal ni. Bahaya tau!"

"Magik kan? Sebenarnya Udin masukkan ketulan kecil litium dalam air tu tadi. Percikan api tu terhasil disebabkan tindak balas air dengan litium. Litium tu kan dari kumpulan alkali, jadi gas yang terbebas adalah gas hidrogen dan menghasilkan larutan hidroksida logam." Terang Udin panjang lebar mengalahkan Cikgu Azman, guru Kimia kami.

"Oh,mana Udin tau semua ni?" soalku kehairanan. Nak kata Cikgu Azman yang ajar, tak ada pulak.

"Hello sayang,baca dalam buku teks Kimia ni la. Fiqa tak baca ke? Kan Cikgu Azman suruh baca sebab kita nak buat eksperimen tindak balas unsur-unsur Kumpulan I Jadual Berkala hari ni? Fiqa tak ingat ke?" Alamak, macamana aku boleh lupa ni? Hish, buat malu kompeni je. Kan si budak Udin ni dah dapat modal nak mengenakan aku. Tapi, sesuka hati dia je ek panggil aku sayang. Bila masa pulak aku jadi sayang dia?

"Jangan nak menyibuklah. Udin apa susah kalau Fiqa tak baca?" jawabku sambil bercekak pinggang.

"Tak adalah, nanti kalau jadi apa-apa hal kan susah. Abang Udin ni jugalah yang kena tolong Cik Adik Fiqahehehe..." balas Udin sambil menayangkan giginya yang putih bersih,terima kasih Colgate! Itulah yang selalu diucapkan Udin bila rakan-rakan memuji giginya yang cantik.

"Meh sini, biar Fiqa pulak yang buat. Udin ingat Udin sorang je boleh buat? Fiqa pun bolehlah!" Geram aku melihat gelagat Udin yang telah memalukan aku. Aku mengambil ketulan logam alkali di hadapan Udin dan memasukkannya ke dalam bekas kaca yang berisi air tanpa berfikir panjang kesan dan akibat dari perbuatan aku tu.

"Fiqa, nanti! Itu logam kal..." belum habis Udin berkata-kata, tiba-tiba satu percikan api yang agak besar terhasil. Aku terkejut. Apa aku dah buat ni? Tadi tu apa?

"Amiruddin! Afiqa! Apa yang kamu berdua buat ni?" satu suara kedengaran dari belakang kami. Serentak aku dan Udin berpaling.

"Cikgu Azman?

"Awak tau tak perbuatan awak ni merbahaya? Boleh menyebabkan makmal ni terbakar?" soal Cikgu Azman, menyinga.

"Saya minta maaf cikgu. Saya tak sengaja."

"Saya cukup kesal Amiruddin. Awak seorang pelajar yang cemerlang, malah seorang Ketua Pengawas di sekolah ini. Saya hairan, macamana awak boleh membuat tindakan sebegini tanpa memikirkan sebab dan akibatnya?

Awak tahu kan logam kalium merupakan logam yang paling reaktif dalam Kumpulan I? Bila dimasukkan ke dalam air, ia akan menunjukkan tindak balas yang lebih besar berbanding litium dan natrium. Dan awak pula menggunakannya dalam saiz yang agak besar. Jadi kesannya lebih besar. Awak bernasib baik sebab tak ada kecederaan dan kerosakan serius yang berlaku."

"Saya sedar yang saya telah membuat kesilapan yang besar dan saya sedia dihukum Cikgu."

"Disebabkan kesalahan membuat eksperimen di dalam makmal tanpa pantauan dari guru bertugas dan mengakibatkan kemalangan kecil, saya sebagai Guru Disiplin, memecat awak dari jawatan Ketua Pengawas dan awak digantung tugas selama seminggu. Faham?" dengan tegas Cikgu Azman menjatuhkan hukuman dengan harapan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada Amiruddin dan pelajar-pelajar lain.

"Saya faham cikgu dan saya minta maaf sekali lagi."

"Udin, Cikgu Azman cakap apa?" soalku apabila Udin keluar dari Bilik Pengawas. Sebenarnya lebih kepada perasaan bersalah. Kerana tindakan aku, Udin yang terpaksa menanggungnya. Aku pun hairan, kenapa dia beria-ia mengaku kejadian pagi tadi adalah perbuatannya sedangkan sudah jelas dan terang memang aku yang bersalah.

"Macam biasalah..." Aik, takkan tu je kot? Hairan?

"Macam biasa tu macam mana?" soalku tidak puas hati dengan sikap Udin yang endah tak endah.

"Macam biasa waktu Cikgu marah." Jawabnya pendek. Mustahil sebegitu mudah. Melihatkan rupa Udin tatkala ini, aku yakin ada sesuatu yang berlaku. Dan Udin tak pandai berbohong. Wajahnya telah menceritakan segala-galanya.

"Tapi..." belum sempat aku ingin bertanya lebih lanjut Udin terus melangkah pergi tanpa menghiraukanku.

"Udin!" laungku, namun sia-sia.

"Fiqa, kau tau tak Udin kena pecat dari jawatan Ketua Pengawas dan digantung tugas seminggu?" soalan Nuha mengejutkan aku.

"Patutlah...Tapi..." hanya itu yang terkeluar dari bibirku.

"Kenapa Fiqa?" soal Nuha dengan wajah kehairanan.

Patutlah Udin sedih sangat semalam. Rupa-rupanya dia dipecat. Tapi dia tak bersalah! Aku yang bersalah! Jerit hati kecilku.

"Nuha, Udin tak bersalah. Cikgu Azman tak patut pecat Udin. Aku yang salah! Aku, Nuha!" Memang aku yang bersalah dan Udin tak perlu menanggung kesalahan aku. Aku mesti bersemuka dengan Cikgu Azman.

"Kenapa ni Fiqa? Apa sebenarnya yang terjadi?" soal Nuha lagi. Udin, aku minta maaf. Kenapa kau nak tanggung kesalahan aku? Aku betul-betul tak faham sikap kau Udin!

"Udin tak bersalah Nuha. Semalam ada kemalangan kecil kat makmal kimia. Semua tu disebabkan kecuaian aku. Tapi Udin mengaku pada Cikgu Azman yang semua tu perbuatan dia Nuha. Aku tak boleh biarkan Udin tanggung kesalahan aku. Lagipun hukuman tu cukup berat. Cikgu Azman tak patut pecat dia! Tak patut!" Aku mesti jumpa Cikgu Azman! Mesti!

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-24948456249570972432009-04-02T21:14:00.000-07:002009-04-02T21:24:25.135-07:00Tak Ada Maknanya! (4)

Sudah agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke rumah Arwah Pakcik Razak dan Mak Yam. Rumah ini agak sunyi dan sepi. Macamana agaknya perasaan Sarah yang sering ditinggalkan Udin di rumah. Aku tahu, Udin bukan sengaja meninggalkan adik kesayangannya itu seorang diri di rumah. Dia terpaksa bekerja keras demi masa depan Sarah.

"Akak, duduklah dulu. Biar Sarah keluarkan sayur dan ikan. Hari ni bolehlah Sarah merasa masakan Kak Fiqa. Lama betul Sarah tak rasa. Ye lah, sejak akak dah kerja kat KL akak jarang balik kampung. Kalau balik pun, susah sangat nak nampak batang hidung akak kat sini." Rungut Sarah.

Maafkan Akak sayang. Akak tak betah untuk berhadapan dengan abangmu, Udin. Bila berdepan dengannya, pasti akak 'makan hati'. Ada saja modalnya hendak menyakitkan hati akak.

"Assalamualaikum!" Ah, suara tu macam aku kenal jek. Tapi Sarah kata?

"Sape tu Sarah?" soalku.

"Kejap ye kak, Sarah pergi tengok?Waalaikumussalam, ehbang! Awalnya Abang balik? Kata berbuka kat luar?" soal Sarah agak terkejut. U..Udin? Kata pi anta minyak? Ches..harulah nampaknya aku nanti?

"Mestilah kena balik awal, kata ada tetamu terhormat, Abang pun nak join sekaki... hehehe!" Ah, sudah! Macam ada pakatan antara Amerika dan Israel jer? Eh, apa aku merepek ni?

"Hah, Fiqa! Nasib baik Udin lalu depan rumah Fiqa tadi. Mak Long bagitau Fiqa ada kat sini. Ooosaja nak mengelak dari Udin ye? Pandai dah sekarang ye? Nak pulak datang rumah bila Udin tak ada? Kan aku dah kata tadi, mamat kerek ni tiap kali nampak muka aku mesti nak cari pasal.

"Mana ada, jangan nak pepandai buat cerita ye. Fiqa datang sini sebab Sarah yang ajak la!"

"Ye ke? Boleh caya ke ni?" soalnya sambil tersengih.

"Tak caya sudah! Benci!" Lantaklahtak larat aku nak layan perangai budak-budak 'bapak budak' ni. Kalau dilayan makin menjadi nanti.

"Eleh, benci konon. Entah-entah dalam hati tu sayang sangat kat kita..." Eiiitolonglah, jangan nak perasan boleh tak? Tinggi sangat ke mandat tu?

"Bawak apa tu Fiqa? Kuih ke? Mesti tak sedapkan? Tapi kalau Mak Long yang buat gerenti sedap..." Dia mula lagi dah...

"Takda maknanya Fiqa nak buatkan kuih untuk Udin tau! Huh!"

"Cakaplah macam mana pun. Nanti-nanti Fiqa kena masak gak untuk Udin, understand?" Ceh, ada hati nak mengarahkan kita. Boleh blahlah!

"Dah la. Abang ni asyik kacau Kak Fiqa je, kesian dia..." tiba-tiba Sarah menyampuk perbualan kami. Pembetulan, pertengkaran kami..hehehe

"Abang ni lagi kesian tau, tengah penat ni. Eh, dah nak Maghrib ni, Sarah dah masak nasi ke belum?"

"Belum lagi bang, kitorang baru je sampai rumah. Sarah baru keluarkan sayur dan ikan dari peti ais."

"Ooo macam tu. Sekarang ni Sarah pergi masak nasi ke, masak air?Abang nak mandi kejap, nanti Abang masakkan sayur cincai 'spesel' untuk kita semua berbuka."

"Okey bos besar!" Betul ke apa yang aku dengar? Udin nak masak? Sejak bila pulak bertukar karier ni? Macam tak percaya je dengan apa yang aku dengar ni. Masa dan keadaan dah banyak berubah. Tapi perangai 'nakal' Udin tu je rasanya yang tak berubah-ubah. Hmm.. tengoklah macam mana gaya orang bujang masak. Mesti rasa cam hampehhehehe...

Namun, hati aku yang panas sejak tadi tetiba je padam serta-merta bila melihat Udin yang begitu pandai memasak! Pandai pulak mengajar tu... Dia betul-betul seorang abang yang pandai menjaga dan mengajar adiknya. Terpegun aku tengok dia mengajar Sarah memasak. Sekali tengok macam chef pulak.

"Sayur ni potong kecik sikit, senang nak makan nanti dan senang nak dihadam."

"Oh, macam tu ye Bang?"

Layanan dia pada Sarah amat berbeza dengan cara dia melayan aku. Dantiba-tiba hari ini aku melihat 'Amiruddin' yang 'budiman'. Kenapa hati aku ni tetiba je rasa suka semacam je pada dia? Hati aku macam dah mula cair pada Udin yang baru aku kenal hari inialamak, layan blues la pulak aku ni!

"Hah! Apa dok tenung-tenung Udin dari tadi? Naik segan lak Udin. Apa tunggu lagi? Senduklah sayur goreng tu!" Teguran Udin membuatkan aku gelabah.

"Eh..Eh..Hmme..ye.." Ish, aku ni kenapa? Buat malu tul. Nasib baik tak kantoi.

"La, takkan segan kot nak makan lauk orang bujang?" soal Udin kehairanan.

"Ish, tak ada maknanya nak segan-segan." jawabku bersahaja.

"Dah tu, awat gelabah semacam je dari tadi Udin tengok? Halepas ni Fiqa kena praktis masak tau. Nanti-nanti Fiqa kena masak untuk Udin!"

"Takda maknanya Fiqa nak masak untuk Udin! Huh!"

"Sikit-sikit takda makna,takda makna sikit-sikit.Dah la tu, makan cepat! Lepas ni kita solat Maghrib berjemaah ye?" Aku malu sendiri sambil diperhati oleh Sarah yang ketawa kecil melihat gelagat kami, 'orang tua' yang tak sedar diri! Malu betul!

Aiseh, tak boleh jadi ni. Tiba-tiba je jantung aku berdegup kencang bila fikirkan hal semalam. Hihi... ada gaya jadi suami soleh...

Amboi, dulu cakap kalau bagi free pun tak nak,sekarang ni apa kes? Siapa nak tolong jawab?

"Hmm.. Hmm.. Apa yang dok menung-menung tu Cik Fiqa oii.." Erk.. mak nampak la pulak.

"Eh, mak! Err.. Orang menung fikir keje la mak. Bukannya benda lain pun?

"Orang kalau menung soal kerja, lain... sampai berkerut-kerut dahi. Kamu tu dok tersengih-sengih dari tadi mesti pasal lain tu. Mak tau la, kamu tak payah nak sorok-sorok. Mak yang melahirkan dan membesarkan kamu, mak kenal sangat perangai kamu tu Fiqa."

"Eh, mak ni. Ke situ pulak?"

"Kamu tu tengah menungkan pasal Udin kan?"

"Eiiy... takda maknanya mak?

"Takda makna ke, ada makna? Mak ni makan garam dulu dari kamu Fiqa.... "

Eh, mak aku ni. Sabar jelah! Nasib la tak terkantoi tadi. Macam tau-tau je aku tengah fikirkan tentang hal semalam. Aku dapat rasakan satu perasaan yang sebelum ni tak pernah terlintas dalam benak aku?

Hmm, mungkinkah aku dah rasa sayang pada Udin? Eh, biar betul aku ni? Jatuh kasih pada 'musuh' ketat ke? Tapi tak boleh jadi juga, memang sekarang ni hati aku dah start nak suka dia. Tapiila tiba hari raya nanti habis semua cerita aku dihebohkan kat saudara-mara aku. Malu besar lagi aku! Nak wat pekak je ke? Eh, mana boleh? Aiseh, pening la pulaktermenung dan termenung lagi...

"Udah la termenung tu Fiqa. Kalau dah asyik termenung je, senang-senang mak kahwinkan je kamu ni dengan si Udin tu. Budaknya pun baik. Walaupun tak berpelajaran tinggi, tapi dia kaya dengan budi bahasa. Hormat orang tua, dan yang penting dia tu rajin berusaha. Tak macam sesetengah anak muda zaman sekarang ni."

"Tak nak!" ye ke tak nak?

"Dah kalau tak nak, kenapa dok termenung je? Baik kamu tolong mak buat kuih ni!"

"I..Iye, Fiqa datang ni!" Buat kuih lagi bagus dari dok menungkan Udin!Buang masa je!

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-69495869414966395572009-04-02T20:50:00.000-07:002009-04-02T21:04:51.351-07:00Tak Ada Maknanya! (3)

6 tahun dahulu...

Orang ramai sudah pulang meninggalkan tanah perkuburan. Yang tinggal hanya aku, Udin, Sarah, mak dan ayahku. Tiga pusara yang masih merah kupandang sayu. Udin dan Sarah masih berteleku di hadapan pusara Pakcik Razak, Mak Yam dan Kak Alya. Masih kedengaran esakan Sarah. Ah, kau terlalu kecil Sarah untuk mengerti semua ini. Dan kau Udin, aku harap kau terus tabah demi Sarah.

"Udin, Sarah, sudahlah tuari kita balik. Bersabarlah..." ayahku bersuara. Perlahan Udin bangun diikuti Sarah.

"Kita balik ye Udin... Sarah, jom ikut akakita balik ye, lain kali kita datang lagi." Tangan Sarah kuraih dan kugenggam erat. Tiba-tiba tubuhku dirangkul anak kecil itu. Tangisannya kedengaran.

"Sabar ye Sarah..." bisikku perlahan.

"S..Sa..Sarahah takda mak ayah. Kak Alya pun dah tak ada. Siapa nak jadi kakak Sarah?"

"Shhhjangan cakap macam tu, tak baik. Kesian mak, ayah dengan Kak Alya. Akak kan ada?akak boleh jadi kakak Sarah..." pujukku sambil kuusap perlahan belakang Sarah.

"Jom kita balik ye?" Mak pula bersuara. Perlahan rangkulannya dilepaskan. Wajahku ditatap sayu.

"Betul ke Kak Fiqa boleh jadi kakak Sarah?" soalnya inginkan kepastian.

"BetulSarah adik Kak Fiqa hari ini dan untuk selama-lamanya..." jawabku menyakinkannya. Segaris senyuman terukir di bibir anak kecil itu. Perlahan kupimpin tangannya melangkah pulang, meninggalkan tanah perkuburan. Tinggallah Pakcik Razak, tinggallah Mak Yam, tinggallah Kak Alyamoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amiinn...

6 tahun dahulu...

"Pak Mail, Mak Longsaya dah buat keputusan takkan sambung belajar lagi. Saya akan usahakan ladang kelapa sawit peninggalan arwah ayah." Perlahan Udin bersuara. Aku yang duduk menemani Sarah kaget. Biar betul, takkan dia nak lupakan cita-cita dia untuk bergelar seorang jurutera?

"Kamu dah fikir masak-masak ke Udin? Kenapa kamu buat keputusan macam ni?" soal emak serius.

"Saya dah fakir masak-masak Mak Long, Pak Mail. Saya takkan sambung belajar kat UTM tu. Kalau saya sambung belajar, siapa nak jaga Sarah? Siapa nak jaga makan minum dia?"

"Kalau pasal Sarah, kamu tak payah risau Udin. Pak Mail dan Mak Long kan ada. Kami boleh jaga Sarah bila kamu tak ada nanti. Kita ni kan berjiran, hidup sekampung, kenalah tolong menolong." Ayah berkata sambil memandang ke arah Sarah.

"Tak sama Pak Mail. Sarah dah tak ada siapa-siapa kat dunia ni melainkan saya. Kalau boleh saya nak jaga dia sendiri. Biarlah saya ada dekat dengan dia. Sakit pening dia biarlah saya yang jaga. Dia baru kehilangan mak, ayah dan Kak Alya. Saya tak nak dia rasa kehilangan lagi bila saya jauh dari dia. Sekurang-kurangnya saya boleh juga usahakan ladang kelapa sawit arwah ayah." Baru kali ini aku melihat Udin bercakap secara serius dan matang. Tidak seperti selalu. Hilang sudah gelak tawanya, hilang sudah kenakalan dan usikannya yang menyakitkan jiwa.

"Terpulanglah...kalau kamu fikir itu yang terbaik buat kamu dan Sarah. Pak Mail dan Mak Long bila-bila masa saja akan bantu kamu." Kata ayah setelah agak lama berdiam diri.

"Mak Long, Pak Mailsaya mintak diri dululah. Kalau ada apa-apa hal nanti, saya datang ke mari." Udin bersalam dengan mak dan ayahku. Melihat abangnya yang hendak pulang, Sarah bergegas bangkit dan menghampiri Udin.

"Assalamualaikum Mak Long, Pak Mail..." Udin dan Sarah melangkah longlai.

"Mak, Fiqa nak jumpa Udin sekejap ye? kataku lalu terus mengekori langkah Udin dan Sarah.

"Udindintunggu Fiqa sekejap!" panggilku lantang.

"EmmFiqa, kenapa?" soal Udin, lemah.

"Keputusan awak dah muktamad ke? Awak nak lupakan cita-cita awak macam tu je?"

"Yasekarang ni, Sarah adalah segala-galanya buat saya. Biarlah saya berkorban asalkan Sarah dapat kasih sayang yang sepenuhnya seperti kasih sayang mak, ayah dan Kak Alya." jawab Udin perlahan. Udin di hadapanku kini bukan lagi Udin seperti yang kukenal dahulu. Udin di hadapanku ini seperti sudah kehilangan semangat.

"Tapi, awak kan dah janji nak melanjutkan pelajaran ke menara gading bersama saya? Awak dah lupa?" soalku cuba membuatnya menukar keputusan.

"Saya minta maaf, saya tak boleh. Fiqa pergilahsambung usaha saya,usaha Fiqa, usaha kita...Saya nak Fiqa bergelar siswazah. Dan saya nak Fiqa ingat, hati ini akan tetap seperti dulu. Tapi bila Fiqa dah berjawatan tinggi, mungkin Fiqa takkan pandang saya yang hanya bekerja di ladang kelapa sawit kan?" Udin tersenyum kecil. Ah, di saat seperti ini pun kau masih ingin berjenaka.

"Muktamad?" soalku inginkan kepastian. Soalanku hanya dibalas dengan satu anggukan kecil. Tidak sempat aku berkata apa-apa lagi, Udin dan Sarah melangkah pergi.

Amiruddin...

Tapiselepas kitorang habis tingkatan lima, kami berpisah. Aku melanjutkan pelajaran di USM. Dia pulak bertegas nak mengambil alih tugas arwah ayah dia. Adalah dalam lima enam tahun juga kitorang berjauhan. Bila raya je aku balik ke kampung sebab aku dah ada kerja tetap kat KL.

Setiap kali balik jugak la aku 'dibaham' habis-habisan oleh Udin. Aku tak habis-habis jadi bahan cerita dia kepada saudara-mara aku setiap kali hari raya. Dia suka memalukan aku dari dulu lagi dan makin kitorang meningkat dewasa, makin dia suka memalukan aku dengan selambanya, tak kira la depan mak ayah aku, makcik-makcik aku, sepupu aku,semua sekalilah! Macam badut je rasanya bila diri ni diperlakukan begitu.

Disebabkan hal itulah aku betul-betul rasa berat hati nak balik setiap kali menjelang hari raya. Aku balik pun terpaksasebab mak beria-ia suruh aku balik ke kampung! Aku berharap sangat hari raya tahun ni akan berlaku keajaiban. Aku berharap tak ada lagi peristiwa yang memalukan aku. Aku dah besar, dah nak masuk 24 tahundah, ada perasaan sensitif! Kalau berlaku jugak, sumpah aku tak nak balik kampung lagi!!!

"Kak..errak Fiqa? suara Sarah membawa aku kembali ke alam nyata.

"Emmye, kenapa?" soalku.

"Ehm..petang ni datang ke rumah ye, kita buka puasa sama-sama, sebab Sarah dah lama tak berbuka dengan akak,boleh ye kak?" soal Sarah dengan wajah penuh mengharap. Alamak, errmacam mana hah?

"Alahpergi jelah Fiqa oiibukannya jauh sangat. Selang dua tiga rumah je dari sini." emak menyampuk. Aik? Bila masa pulak emak muncul ni? Ish, musykil...musykil...macam ada pakatan je?

"Tapi mak?"

"Mak pun nak kamu tolong hantarkan kuih sikit kat Si Udin tu, kesiantakda orang pun nak buatkan juadah berbuka puasa untuk dia. Bukannya dia ada siapa pun. Si Sarah ni jelah, entah reti ke tidak nak buat kuih!" kata emak.

"Tau Mak Long, errtapi cuma tak sedap jelahhehehe..." balas Sarah sambil tertawa kecil. Emak sekadar menggelengkan kepala lalu keluar dari bilikku.

"Psst..Kak Fiqabang Udin takda kat rumah petang ni,dia balik lewat. Akak jangan risau!" bisik Sarah. Nak tak nak, terpaksalah aku pergi atas dua desakan utama, Mak dan permintaan Sarah. Kebetulan Udin tak ada kat rumah petang nisebab time macam ni dia dah sibuk giler menguruskan hal minyak kelapa sawit, hantar minyak mentah, pantau kualiti minyak yang sedang diproses. Bukannya tak ada pekerja, tapi katanya dia lebih selesa kalau dia yang turun padang, lebih-lebih lagi nak raya ni, minyak jadi sumber wajib. So kualiti kena jaga baik-baik.

Hmmlupakanlah hal dia. Baik aku fokus kat tujuan utamahehehe...bolehlah aku berbuka puasa puas-puas dengan Sarah nanti.

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-37673905658298423882009-04-02T01:43:00.000-07:002009-04-02T20:44:51.645-07:00Tak Ada Maknanya! (2)
"Kak…Kak Fiqa!" kedengaran namaku dipanggil. Siapalah pulak yang cari aku petang-petang ni? Kacau daun betullah…aku baru nak layan Blues…

"Masuklah…pintu tak kunci!" Laungku…hehehe…malas nak bangun buka pintu. Pintu bilikku dikuak perlahan. Seraut wajah comel menjenguk…

"Assalamualaikum…boleh Sarah masuk?" sambil tersenyum Sarah memohon keizinan. Masuklah dik oii…tadi kan akak dah suruh masuk.

"Waalaikumussalam…masuklah. Sarah rupanya, akak ingatkan siapalah tadi. Dari mana ni?" soalku ingin tahu.

"Dari rumah, saje jalan-jalan kat sini. Bosanlah Kak Fiqa, Sarah sorang je kat rumah. Abang Udin sibuk kat ladang. Abang tu selalu sangat sibuk, kalah PM…sampai Sarah ni pun dia lupa…" sungut gadis comel itu sambil mengambil tempat di sebelahku.

"Ish, tak baik Sarah cakap macam tu. Abang Udin buat tu semua kan untuk Sarah, buah hati pengarang jantung dia ni…betul tak?" Kesian pulak aku tengok Si Sarah ni. Ye la, Udin sorang je ahli keluarga dia, tapi selalu sibuk memanjang kat ladang kelapa sawit dan kilang minyak masak yang baru ditubuhkan.

"Buah hati pengarang jantung Abang Udin bukan Sarahlah akak…tapi…Kak Fiqa la…" Jawapan Sarah buat jantung aku terhenti seketika. Apa budak kecik ni merepek? Aku…buah hati Si Udin tu? Aku salah dengar ke?

"Apa Sarah?" soalku lagi inginkan kepastian.

"Tak…Sarah cakap, akaklah buah hati Abang Udin…bukan Sarah. Abang selalu cakap akak ni cantik…baik…" lancar sahaja ayat itu keluar dari bibir mugil Sarah.

"Eh, takda…takda…jangan percaya sangat cakap abang Sarah tu. Dia tu kadang-kadang suka cakap merepek-meraban je…hehehe…" siot ko Udin, jaga la ko nanti!

"Kenapa pulak? Akak tak sudi ke jadi kakak ipar Sarah? Sarah takde kakak…mak dan ayah pun dah lama meninggal dunia. Yang Sarah ada kat dunia ni cuma Abang Udin je…" sayu Sarah bersuara. Erk…alamak, kecik hati lak budak ni. Macam mana nak jawab ni? Bukan tak sudi, tapi masalahnya abang awak tu cukup menjengkelkan akak, selalu sakitkan hati akak…sampaikan cuma ada benci di hati ni untuk insan yang bernama Amiruddin!

"Bukan akak tak sudilah Sarah, tapi akak ni tak layak untuk Abang Udin. Lagipun akak tak ready lagilah nak kahwin. Wah, makin cantiklah Sarah sekarang ni akak tengok!" Saje je tukar topik.

"Mana ada…akak ni buat Sarah malu je. Tapikan kak…cantik-cantik Sarah, cantik lagi akak."

"Ish, mana ada. Biasa je…"

"Kak…Sarah ni bukan apa. Abang Udin tu selalu sangat sibuk uruskan ladang kelapa sawit peninggalan arwah ayah. Sekarang ni pulak abang baru buka kilang minyak masak. Sarah takut abang jatuh sakit je…"

Hai, Udin…Udin. Itulah, tak habis-habis dengan ladang dan kilang. Setiap masa nak menyetelkan hal kat sana sampai Sarah dan kebajikan diri sendiri pun terabai. Apa pun dia tak boleh dipersalahkan sebab itu dah jadi tanggungjawab dia sebagai pewaris ladang arwah ayah dia. Dalam benci-benci aku pada dia, aku cukup kagum dengan sikap rajin dan ambil berat dia. Itu aku tak nafikan. Dia juga bertanggungjawab kepada satu-satunya keluarga yang dia ada iaitu Sarah, adik perempuan kesayangannya…

Kerana terlalu sayangkan Sarah dan khuatir kebajikan Sarah terabai, dia sanggup melupakan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di menara gading dan mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya, Pakcik Razak.

Dan kerana sikap penyayang yang ada di dalam dirinya itulah yang membuatkan ramai orang sukakan dia terutamanya anak-anak dara kampung ni. Termasuklah sekali dengan mak aku. Tapi kalau ada orang nak bagi Si Udin ni free kat aku, sumpah aku tak nak! Hohoho…tak mungkin aku akan pilih dia sebagai teman hidup aku. Takda maknanya…sebab aku tau sangat-sangat perangai dia. Nama pun kami ni membesar sama-sama, sekolah sama-sama, zaman remaja sama-sama. Tapi…

6 tahun dahulu…

"Assalamualaikum! Mak Long! Mak Long!"

"Waalaikumussalam…hah, kenapa dengan kamu ni Udin? Macam dikejar hantu je sampai tak cukup tanah kamu berlari.."

"F…Fi..Fiqa ada tak Mak Long? U..Udin nak jumpa dia sekejap. Ada hal penting ni…"

"Kamu tak nak masuk dulu ke?" soal emak.

"Takpelah Mak Long, saya duduk kat pangkin bawah pokok tu jelah…dapat angin sikit.."balas Udin sambil tersengih.

"Ha, yelah. Kamu tunggu sekejap ye, Mak Long pergi panggil Fiqa." Kata emak lantas masuk ke dalam rumah.

Emm…ada apa budak tiga suku ni datang rumah aku petang-petang ni?

"Hah, awak…ada apa datang rumah saya ni? Nak cari gaduh lagi ke?" soalku malas.

"Kot ye pun bagi la salam dulu…ni tak, terus sembur saya. Assalamualaikum…" aduh…terkena lak aku. Camne boleh terlupa nak bagi salam ni?

"Waalaikumussalam…lupa la…"

"Muda-muda lagi takkan dah nyanyuk kot? Hehehe…"

"Eh, kalau awak datang sini cuma nak sakitkan hati saya, lebih baik awak tak payah datang tau! Apa punya perangai entah…datang rumah orang cari gaduh…"

"Marah ke sayang? Ala, abang gurau je tadi..takkan marah kot?" Sayang? Abang? Yerkk…nak muntah aku.

"Nak kena terajang ke? Cepatla cakap apa hal yang penting sangat tu?"

"Takda…saya nak melamar awak jadi suri dalam hidup saya…sudikah awak?" Hish…budak ni nak kena ke? Tak pernah nak serius.

"Amiruddin!!!" jeritku.

"Ops…okay…okay…saya main-main je. Ni, saya dah tawaran sambung belajar kat UTM kursus Civil Engineering…awak dapat kat mana?"

"Ye ke? Tahniah! Saya pun dah dapat gak, kat USM kursus Sains Biologi…" Hehehe…alhamdulillah impian aku nak sambung belajar kat USM dah tercapai.

"Laa…kenapa jauh sangat kat Pulau Pinang? Kenapa tak kat UTM je?"

"Yang awak sibuk sangat suruh saya belajar kat UTM tu kenapa? Suka hati saya la…"

"Takda la…kalau kita belajar kat tempat yang sama, bolehlah saya tolong Mak Long tengok-tengokkan anak dara kesayangan dia ni. Ni kalau dah belajar jauh-jauh, saya takut awak rindu pulak kat saya…hehehe…"

"Rindu kat awak? Takda maknanya tau!" Hii…dia ni tak habis-habis masuk bakul bocor…sebab tu dia boleh angkat sendiri bakul tu.

"Eleh, takda maknanya konon. Awak tak ingat ke dulu masa kita kecik-kecik dulu… awak selalu merengek kat mak awak nak tidur kat rumah saya. Sayang sangat kat saya, sampai tak nak berpisah, tak nak balik rumah…" Udin tersenyum nakal.

Ada saja modal dia nak menyakitkan hati aku. Memanglah dulu aku selalu menangis nak tidur kat rumah Pakcik Razak dengan Mak Yam, tapi bukan sebab budak tiga suku ni…tapi sebab aku terlalu rapat dengan kakak Udin, Kak Alya. Sekarang Kak Alya belajar di UKM dalam bidang perubatan. Setahun lagi Kak Alya bakal bergelar doktor. Aku turut tumpang bangga kerana ada anak kampung ini yang berjaya menjadi seorang doktor.

"Eh, saya nak tidur kat rumah awak bukan sebab awak tau, tapi sebab Kak Alya. Jangan nak perasan ye…tak malu!!!" balasku sambil menjelirkan lidah. Tiba-tiba kulihat Abang Han berlari menuju ke rumahku. Kelihatannya seperti ada kecemasan.

"Din…Din…abang harap kau banyak-banyak bersabar ye! Mak, ayah dan Kak Alya kau terlibat dalam kemalangan kat Jasin…" tersekat-sekat Abang Han berbicara. Bagaikan halilintar membelah bumi berita itu kedengaran di cuping telingaku. Lantas kupandang Udin.

"Apa? Kemalangan? Mak, ayah dengan Kak Alya macamana?"

"Sabar ye Udin, mereka meninggal di tempat kejadian. Kereta ayah kamu dilanggar lori treler dari arah bertentangan. Jenazah dah dihantar ke Hospital Jasin." Abang Han mengusap perlahan bahu Udin.

"Ya Allah, Mak! Ayah! Kak Alya!" Udin terjelopok di tepi pangkin.

"Sabar Din, sabar ye…banyak-banyak mengucap…" pujukku perlahan.

"Mak, ayah dan kakak aku dah takda Fiqa…kenapa diorang tinggalkan aku dan Sarah? Kenapa?" Esakan Udin bertukar menjadi tangisan. Apa yang mampu aku lakukan? Aku hanya mampu memujuk. Ya…memujuk. Ya Allah, kenapa khabar buruk ini datang bersama khabar gembira? Tangisan Udin terus berpanjangan dan aku turut terjelopok di sisi Udin. Semuanya bagaikan mimpi, baru semalam aku berbicara dengan Mak Yam, saat ini dia sudah pergi menghadap Ilahi. Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menahannya kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…

Hari yang dilalui kini tak seindah semalam
Bintang yang bersinar sudah tiada lagi
Mentari yang memancar kini semakin suram
Bayangan wajahmu sudah tiada lagi

Apa yang harus ditangisi
Penyesalan sudah tiada gunanya
Biar air mata dah aku tumpahkan
Tak bisa mengundur masa

Kini bonda tiada lagi
Apa yang ada hanya secebis kenangan
Di tabir seribu penyesalan
Kerana belum sempat kumenabur budi
Kau pergi menghadap Ilahi

Oh bonda…ampunilah segala dosa anakmu ini
Bukan sengaja aku mengasarimu
Bukan jua inginku sakiti hatimu
Apa kan daya diri ini tak berdaya
Menahan gelora membara
Akhirnya kau terseksa sendiri

Bonda andai kupunya waktu
Ingin kuabadikan diri kepadamu
Kerana kasih yang kau curahkan
Belum tentu terbalas dengan curahan budi yang kusiramkan

(Pusara Bonda ~ Wildan)
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-12885658762656060942009-03-31T19:50:00.000-07:002009-04-01T22:09:26.624-07:00Tak Ada Maknanya! (1)
-Nighmare!!!-

Balik kampung? Kenapa mesti aku balik lagi tahun ni? Cukuplah dengan seksa yang aku tanggung tahun lepas. Tu tak kira lagi dengan tahun-tahun sebelumnya. Tak boleh ke sekali sekala orang kat kampung tu beraya kat KL? Syok gak apa… Ni tak, asal raya jer balik kampung, asal balik kampung je naye! Arghhh! Aku tak nak balik!

Tapi… mak ngan ayah berharap sangat dengan kepulangan aku, satu-satunya anak kesayangan diorang. Serba salah aku dibuatnya. Hmm…

Titt! Titt! Titt! Emm...berbunyi pulak telefon ni. Siapalah agaknya yang telefon malam-malam macam ni?

"Hello, assalamualaikum, siapa tu?"

"Waalaikumussalam, ni mak Fiqa…"

"Ha mak, apa khabar? Kenapa mak telefon Fiqa ni mak?"

"Baik…alhamdulillah. Kamu ni bila nak balik?" Aduh! Soalan yang paling aku takuti akhirnya muncul jugak. Emm...nak jawab apa ek?

"Emm...mak...kalau Fiqa tak balik raya ni tak boleh ke mak?"

"Hah! Tak balik? Kenapa pulak ni?" Suara emakku tiba-tiba meninggi, terkejut kot dengan jawapan aku. Ye la, tak pernah dibuat orang sengaja tak nak balik beraya kat kampung. Bukan tak dapat cuti...tapi SENGAJA...

"Ala… Fiqa malas la nak balik tahun ni, banyak kerja nak kena siapkan. Apa kata mak dengan ayah kali ni beraya kat KL jenguk Fiqa, happening sikit…"

"Apa mimpi kamu nak beraya kat KL? Apa la ada kat sana tu?"

"Macam-macam ada mak…" curi ayat Pakcik MAA kat Astro jap.

"Alasan kamu je tu… lagipun tak kesian ke kat mak ni, anak dah la sorang, malas nak balik beraya pulak tu. Bukan selalu pun dapat jumpa. Kamu tu sibuk memanjang. Balik la ye…" sayu kedengaran suara emak di hujung talian. Ni yang buat hati aku jadi cair... macam mana ni? Nak balik ke tidak?

"Tengok la nanti mak…" rasanya inilah jawapan yang terbaik buat masa ni.

"Tak boleh jadi ni… Kamu mesti balik! Ini arahan daripada mak!" tegas emak bersuara.

"Tapi mak…"

Belum sempat aku bagi alasan yang lebih kukuh, emak terus bersuara, "Tak ada tapi-tapi, kamu mesti balik, kalau tak…"

"Kalau tak, apa?" kenapa dengan mak ni? Bunyi macam nak mengugut je.

"…Mak akan suruh Udin jemput kamu kat KL tu, mana kamu nak?" Udin? What? Kenapa nama tu juga yang emak gunakan?

"Eh, apa mak ni, main ugut-ugut pulak!" Kalau aku kata tak balik, silap-silap haribulan betul-betul Si Udin tu datang jemput aku kat KL ni...

"Sekarang ni kamu nak balik ke tak?" emak bersuara sinis.

"Err.. yelah, yelah… orang balik!" Mak aku ni apa la, nak balik kampung pun main ugut-ugut. Ugutan berbau nama Udin membuatkan aku trauma sekejap. Bagi aku Si Udin tu tak lebih tak kurang macam mimpi ngeri! Udin… kenapa kau wujud dalam setiap episod hidup aku? Kenapa? Aduhh, pening!

Titt! Titt… Titt! Titt! Titt… Titt!

Mesej dari siapa pulak ni?

'Nnti Udin amik Fiqa kat terminal'

Laa, mesej daripada dia rupanya. Gatal nak ambik orang apahal?

'Tak payah'

'Takda! Udin nak amik gak. Kita jmpa kt sana. Jgn cuba mlarikn diri!'

Eiii! Geramnya aku dengan Udin ni!!! Ya, pasal mamat ni la aku benci nak balik kampung. Tak ada orang lain yang aku meluat dan menyampah melainkan dia sorang ni jer. Dari dulu… Dari dulu lagi aku memang tak suka dengan dia! Hensem la mana pun, aku tetap takkan suka kat dia! Tapi mak aku mati-mati puji dia. Baik la, taat la, rajin la. Kenapa aku tak boleh nampak? Aku agak la kan… Mak aku dah kena jampi dengan Udin la. Camtu gak ngan semua orang yang sukakan dia! Walau bagaimanapun dia baik kononnya, dia takkan dapat buat aku sukakan dia. Aku betul-betul berkeras!

"Hehe…bagus, on time!" Hek eleh… mamat kerek ni betul-betul la pulak datang ambik aku. Eiii… benci betullah!!!

"Sampai jugak ye, ingatkan dah tak nak balik kampung dah!"

Bunyi macam menyindir je. Ni yang buat aku makin geram dan benci dekat kau, tau tak?

" Nak buat macam mana, dah terpaksa…"

"Salam…" tiba-tiba Udin menghulurkan tangan kepadaku. Awat lak mamat ni?

"Eh, nak buat apa?"

"Salam je la…" jawabnya dengan wajah selamba.

"Ahh! Takde maknanya! Fiqa tak nak!" Buang tabiat ke mamat ni? Ada ke nak bersalam dengan aku...ingat aku ni siapa dengan dia? Isteri? Hohoho...mintak simpang malaikat 44 la...

"Ooo… dah pandai melawan ye sekarang. Salam tu kan tanda saling hormat menghormati antara satu sama lain."

"Awak memang pandai Encik Udin… cukup pandai… tapi awak lupa satu perkara, kita ni bukan mahram. Takkan tak faham-faham lagi kot? Awak belajar agama sampai Darjah Khas kan?" aku bersuara sinis. Mamat ni bukan tak tau hukum. Dulu masa Sijil Darjah Khas kalau tak silap aku dia dapat pangkat satu...aggregate pun boleh tahan.

"Oh, ye ke? Bukan saya ni bakal suami awak ke wahai Cik Ainul Afiqah?" Hah! Apa mamat ni merepek siang-siang hari ni? Bila pulak termaktub dalam dairi hidup aku yang dia ni bakal menjadi suamiku? Ke aku yang hilang ingatan?

"Siapa cakap? Tolong sikit ye… takde maknanya saya ni nak kahwin dengan awak tau tak?"

"Emm… whatever la… dah, jom balik. Mak Long tentu dah tak sabar nak jumpa anak dara kesayangan dia ni… meh le!"

Aku menurut langkah Udin dengan perasaan jengkel, geram bercampur baur. Dah la aku baru sampai, takkan nak lancarkan perang dengan aku kot bulan-bulan puasa ni? Tiba-tiba langkahku terhenti...biar betul?

"Naik motor ke?" aku bertanya, inginkan kepastian.

"Yup! Naik motor lagi best, dapat sedut udara segar… romantik lagi…" jawab Udin sambil tersengih. Huh! Macam kerang busuk!

"Eiii… takde maknanya romantik-romantik ni. Nape Udin seksa Fiqa macam ni?"

"Kenapa cakap macam tu? Seksa apanya?"

"Kereta Udin mana? Kenapa jemput naik motor buruk ni? Malu la! Nanti apa orang kampung cakap kalau diorang naik motor ni dengan Udin? Dah la sekarang ni bulan puasa..." Aku pelik betullah dengan mamat ni, ada kereta tapi jemput aku naik motor buruk ni.

"Saje je… lagipun buat apa nak manjakan tuan puteri sorang ni, nanti mengada-ngada lebih."

"Tak naklah Fiqa naik motor dengan Udin. Biar Fiqa balik naik teksi je la kalau macam ni…" Aku cuba mengambil begku di tangannya.

"Ops…tunggu dulu… siapa kata Fiqa akan naik motor dengan Udin? Ni hah pembantu Udin dah siap sedia berkhidmat untuk Fiqa. Fiqa naik motor dengan Sarah, okay?" Laa...Sarah ada rupanya. Alamak, malunya aku!!!

"Tak guna betul la Udin ni, saje je nak kenakan Fiqa. Nah, ambik ni!" Hiii...tak pasal-pasal aku terperasan lak yang dia nak aku naik motor berdua dengan dia. Lantas majalah ANIS dalam tanganku melayang ke bahu kanannya.

"Adeh… bisanya! Tapi sedap gak… Ala, orang nak gurau pun tak boleh?" Udin berkata sambil mengusap-usap bahu kanannya. Aik, sakit ke?

"Nak gurau pi la surau! Nasiblah tengah puasa, kalau tak dah lama Fiqa terajang tau!"

"Hmm… apa la sangat terajang Fiqa tu…"

"Nanti Fiqa report kat mak!"

"Report la, Udin dengan Mak Long member kamcing." Ni lagi satu masalah bila mak aku dengan Si Udin ni rapat. Silap-silap mak aku pilih jadi bakal menantu.

"Assalamualaikum Kak Fiqa. Sarah rindulah dengan akak..." sambil tersenyum tanganku disalami dan tubuhku dirangkulnya.

"Waalaikumussalam. Akak pun rindu juga dengan Sarah. Udin, kenapa susahkan Sarah? Kan lebih baik Fiqa balik sendiri…" soalku sedikit kesal kerana kepulanganku membebankan insan lain.

"Takda apa yang susah pun Kak Fiqa. Sarah yang menawarkan diri...lagipun..."

Tiba-tiba Udin memintas kata-kata Sarah. "Kereta Udin Pak Mat pinjam, nak hantar anak dia ke hospital… Kak Lijah nak bersalin. Emm...dah la tu, dah lewat ni. Nanti tak sempat sampai rumah sebelum waktu berbuka..."

"Assalamualaikum mak… eh, Mak Long, Fiqa dah sampai ni." Eee...mengada-ngadanya mamat ni. Ada ke patut dia panggil mak aku 'mak'?

"Waalaikumussalam… eh, alahai Fiqa anak mak…"

"Makkk…" melihat mak, lantas aku meluru dan memeluk tubuh emak erat. Tanpa dipaksa-paksa, air mataku menitis.

"Eh, kenapa nangis pulak ni?" emak bertanya kehairanan.

"Gembira sangat tu Mak Long. Almaklumlah bukan selalu dapat balik kampung sendiri." Udin menyampuk.

"Eh, banyaklah awak punya gembira!" Macamana aku boleh terlupa Udin masih ada kat sini? Buat malu je dia nampak aku menangis.

"Eh, tak baik tengking-tengking orang. Patutnya Fiqa ucap terima kasih sebab Udin dah tolong mak jemput Fiqa. Mintak maaf cepat!"

"Tak nak!" dengan selamba aku menjawab. Maaf mak, bukan niat Fiqa nak melawan cakap emak, tapi Fiqa geram sangat dengan Udin ni...

"Takpe la Mak Long, penat agaknya tu. Saya pun tak kisah, lagipun…" Hii… manis betul la mulut Si Udin ni. Patutlah semua orang suka kat dia.

"Terima kasih ye Udin… Kalau tak ada Udin dengan Sarah, tak tau kat sape Mak Long nak mintak tolong. Nak harapkan ayah dia, jangan mimpilah. Asyik sibuk dengan kebun dia tu je. Eh, meh la naik dulu. Dah nak berbuka ni. Berbuka kat sini je la hari ni ye Udin, Sarah. Tak sempat dah nak balik tu."

"Eh, tak payah susah-susah la Mak Long, saya ikhlas. Lagipun Sarah dah masak juadah untuk berbuka… nanti siapa pulak yang nak makan kalau kami berbuka kat sini. Lain kali jerlah. Kami balik dululah ye Mak Long… Fiqa… Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam…" emak menjawab perlahan sambil leka memerhatikan langkah dua beradik itu.

"Kak Fiqa, Sarah balik dulu. Esok Sarah datang sini… nanti bolehlah kita borak panjang." Teriak Sarah sambil tertawa riang.

"Terima kasih ye Sarah sebab susah payah jemput akak…"

"Tak susah pun…"

"Hmm… baik sungguh Udin tu, kan Fiqa?" Tiba-tiba emak bersuara.

"Huh, takde maknanya mak!" Emak ni tak habis-habis memuji Si Udin tu...aku bencilah!!! Benci sangat!!!

[Bersambung]
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-85224450535878229172009-03-31T19:43:00.000-07:002009-03-31T19:47:06.347-07:00Tak Ada Maknanya! (Prolog)

"Hmm.. Hmm.. Apa yang dok menung-menung tu Cik Fiqa oii..." Erk.. mak nampak la pulak.

"Eh, mak! Err... Orang menung fikir keje la mak. Bukannya benda lain pun..." Jangan mak perasan sudah...kalau tak malu aku!

"Orang kalau menung soal kerja, lain... sampai berkerut-kerut dahi. Kamu tu dok tersengih-sengih dari tadi mesti pasal lain tu. Mak tau la, kamu tak payah nak sorok-sorok. Mak yang melahirkan dan membesarkan kamu, mak kenal sangat perangai kamu tu Fiqa."

"Eh, mak ni. Ke situ pulak..." ala mak ni... dah la, jangan tanya apa-apa lagi. Silap-silap haribulan terkantoi aku...

"Kamu tu tengah menungkan pasal Udin kan?" Erkk...alamak!

"Eiiy... takda maknanya mak..."

"Takda makna ke, ada makna? Mak ni makan garam dulu dari kamu..."

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-9928301847905120432009-03-31T03:26:00.000-07:002009-03-31T03:35:10.435-07:00KEMBARA CINTA (4)
-Dunia Baru-

SUARA KANAK-KANAK tertawa riang jelas kedengaran di cuping telinga. Wardah meneruskan langkah kaki mengikut jejak Puan Alifah, pengetua Tadika Sri Anggerik.

“Wardah, awak akan mengajar kelas 4 tahun. Jangan risau, tak ramai. Dalam sepuluh orang. Mari, saya kenalkan awak pada murid-murid.” Puan Alifah tersenyum nipis. Wardah sekadar mengangguk. Entah mengapa ada debar yang bertandang.

“Assalamualaikum... Good morning children...” Suara Puan Alifah kedengaran begitu mesra, ada nada keibuan di situ. Wardah menghalakan pandangannya ke hadapan.

Satu, dua, tiga, empat... sepuluh orang! Inikah dia amanahku? Wardah berbisik sendiri.

“Hari ini, kamu semua akan dapat guru kelas yang baru. Cikgu perkenalkan, ini Cikgu Wardah!” Puan Alifah menggamit Wardah agar berdiri di sisinya.

“Wardah, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa masalah boleh rujuk pada saya atau Cikgu Anisa.” Puan Alifah senyum segaris.

“Baiklah puan. Terima kasih!” Wardah membongkok sedikit tanda hormat. Puan Alifah berlalu meninggalkan kelas. Wardah berpaling menghadap anak-anak muridnya. Sekuntum senyuman dilemparkan buat anak-anak kecil di hadapannya.

“Assalamualaikum semua...” Wardah memulakan bicara. Dia terasa sedikit kekok.

“Waalaikumussalam... cikgu!” Serentak salamnya bersambut.

“Erm... hari ni hari pertama cikgu, jadi apa kata kita berkenalan dulu ye? Nama cikgu, Syauqah Wardah Ahmad Ghazali. Kamu semua boleh panggil cikgu, Cikgu Wardah. Sekarang ni cikgu nak tahu pula nama kamu semua. Kita mula dengan yang berada di sebelah kanan cikgu.” Wardah senyum nipis.

Seorang kanak-kanak lelaki berdiri perlahan-lahan. Dia kelihatan seperti malu-malu. “Nama kita Mohamad Syazwan. Tapi kawan-kawan panggil Wawan...”

“Nama saya Nurul Amira!”

“Saya Shahira!”

“Alif!”

“Firdaus!”

“Saya Fatin!”

“Hafeiz!”

“Afiqah!”

“Nama saya Fairuz, cikgu!”

Wardah tersenyum manis. Tapi, baru sembilan orang... seorang lagi? Pandangannya dihalakan kepada seorang anak kecil di hujung kelas. Kepalanya terlentok di atas meja. Wardah melangkah mendekati anak kecil itu.

“Ni siapa nama?” Wardah merendahkan badan sambil mengusap lembut belakang anak kecil itu. Soalannya dibiar sepi, tidak bersambut.

“Cikgu, nama dia Munirah!” Syazwan tiba-tiba bersuara. Wardah memandang wajah Syazwan. Syazwan tersengih menunjukkan barisan giginya yang tidak teratur.

“Nama awak Munirah ye?” Wardah bertanya lagi. Senyap, tidak berjawab.

“Munirah tak sihat ke?” Wardah meletakkan belakang tangannya ke dahi Munirah, tapi anak kecil itu menolak. Tiba-tiba terdengar satu tangisan.

“Kenapa Afiqah?” Wardah menyoal sambil melangkah menuju ke arah Afiqah.

“Alif buat kita...” tangisan anak kecil itu terus berlagu.

“Alif, awak buat apa pada Afiqah?” Wardah bersuara. Ada nada kemarahan yang kedengaran. Wajah Alif mula keruh dan...

Tangisan Afiqah terus berlagu dan Alif mengharmonikan lagu tangisan itu. Wardah kalut. Ya Allah, inikah amanah yang harus aku pikul? Mampukah aku bertahan?

WARDAH RALIT MELIHAT anak-anak kecil itu berkejaran. Ada kedamaian meresap ke hati. Terhibur hatinya dengan telatah anak-anak kecil itu. Adakalanya bergaduh sesama sendiri, namun cepat benar berbaik semula.

“Err... cikgu ni cikgu baru ke?” Satu suara halus mengejutkan Wardah. Perlahan, dia berpaling. Seraut wajah comel tersenyum manis. Wardah sekadar mengangguk.

“Nama cikgu siapa?” Soal anak kecil itu lagi.

“Cikgu Wardah. Kamu?” Wardah tersenyum nipis.

“Saya Izzatul Aini. Tapi cikgu boleh panggil saya Izzah je. Saya kelas 6 tahun...” Petah anak itu berbicara.

“Hmm... Izzah tak main dengan kawan-kawan ke?” Soal Wardah kehairanan.

“Kita malaslah nak main. Penat. Kita nak berbual dengan Cikgu Wardah, boleh tak?” Izzah memandang Wardah dengan pandangan penuh mengharap. Wardah tersenyum nipis. Angguk. Dan Izzah tertawa riang.

“Ayah Izzah kerja apa?”

“Abi cikgu jugak... kat sekolah menengah teknik. Izzah duduk kat sana la. Ummi pun kerja jugak... kat Telekom.”

“Oh... Izzah ada berapa orang adik-beradik?”

“Lima. Kakak dengan abang kita dulu pun sekolah kat sini. Abang sekarang darjah tiga, kakak pulak darjah satu. Kita ada dua orang adik, dua-dua duduk kat taska.”

“Hmm...”

“Cikgu ada berapa orang adik-beradik? Cikgu duduk kat mana?” Izzah pula bertanya.

“Cikgu ada empat orang adik-beradik. Cikgu yang sulung. Cikgu ada tiga orang adik lelaki. Kampung cikgu kat Johor.”

“Cikgu sorang je perempuan? Kesiannya cikgu... Mesti cikgu bosan kan?” Wardah tertawa kecil mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibir Izzah.

“Boleh tahan jugak la...”

“Wardah, suruh budak-budak ni masuk makan ye. Lepas diorang siap makan, tolong akak mandikan diorang semua ni.” Wardah berpaling. Oh, Kak Aida.

“Baik kak!” Wardah tersenyum. Dia berpaling memandang Izzah di sisi.

“Nak tolong cikgu?” Wardah berbisik. Izzah pantas mengangguk.

“Jom, tolong cikgu panggil kawan-kawan. Kita makan, lepas tu mandi!” Wardah pantas berdiri diikuti Izzah.

SATU-PERSATU ANAK-ANAK KECIL itu meninggalkan perkarangan sekolah. Suasana yang sedari tadi hingar menjadi kian sepi. Kak Aida dan Kak Anisah sibuk mengemas bilik darjah. Wardah dan Kak Maisarah mengambil tugas memerhatikan anak-anak yang bermain di halaman tadika.

“Kak Mai dah lama kerja kat sini?” Wardah memula bicara.

“Lama tak lama juga la, ada la nak masuk tiga tahun.” Kak Maisarah tersenyum nipis.

“Eh, lama la tu. Mesti dah banyak pengalaman kan?” Wardah menongkat dagu.

“Bolehlah... Tapi yang paling penting bila kita berada dalam bidang ni, kesabaran tu sangat perlu. Ye la, nama pun budak-budak mestilah macam-macam karenahnya. Akak ni pun dulu masa mula-mula kerja tertekan sangat-sangat. Akak ni anak tunggal, biasanya kat rumah sorang-sorang. Tapi bila bekerja kat sini, naik serabut dengan perangai budak-budak ni. Yang menangis, yang bergaduh... sampai akak rasa nak berhenti kerja. Tapi bila akak fikir-fikir semula, inilah fitrah anak-anak kecil. Kalau baru macam ni akak dah tak tahan, macam mana akak nak ada anak sendiri, ye tak?” Kak Maisarah tertawa kecil. Wardah tersenyum segaris.

“Hmm... betul cakap akak tu. Budak-budak, memanglah macam tu. Saya ni ada tiga orang adik lelaki, lagilah lasak. Hari-hari bergaduh! Tapi ye la, tu masa kami kecil lagi. Sekarang masing-masing dah besar, dah sunyi rumah. Masing-masing tinggal kat hostel. Jumpa pun sekali-sekala bila masing-masing cuti.”

“Laa... kamu sorang je la perempuan?” Wajah Kak Maisarah berubah riak. Wardah tertawa kecil lantas kepalanya diangguk perlahan.

“Adik-adik kamu masih belajar lagi?” Soal Kak Maisarah.

“Ha′ah... yang kedua ambil kursus kemahiran kat Kolej Segi. Yang ketiga kat Sekolah Menengah Sains Johor, tahun ni PMR. Yang bongsu baru darjah lima.” Wardah tersenyum nipis.

“Eh Wardah, akak ke depan dulu. Tu, emak Amir dah sampai.” Kak Maisarah bingkas bangun dan menuju ke pintu pagar. Wardah kembali melihat gelagat anak-anak muridnya.

“Cikgu Wardah, kita balik dulu ye. Ummi kita dah sampai.” Wardah berpaling ke arah suara itu.

“Oh, Izzah! Okey, baik-baik jalan ye. Jangan berlari!” Wardah menitipkan pesan. Izzah tersenyum manis. Tangan kanan Wardah dicapai lembut dan disalami. Perlahan tangan itu dikucup. Wardah tersenyum melihatkan perlakuan Izzah. Izzah berpaling dan berlari anak menuju ke pintu pagar. Kak Maisarah yang masih berdiri di pintu pagar turut disalami. Tiba-tiba anak kecil itu berpaling dan melambaikan tangannya kepada Wardah. Ada tawa kecil meletus dari bibir Wardah.

“Makruh senyum sorang-sorang!” Mati senyuman di bibir Wardah. Perlahan dia berpaling. Kak Aida berdiri di belakang sambil tersenyum sumbing!

“Macamana hari pertama?” Kak Aida melabuhkan punggung di sebelah Wardah. Wardah tersenyum tawar.

“Alhamdulillah, bolehlah...”

“Tak apa, ni kan baru hari pertama. Lama-lama nanti okeylah.” Kak Aida tersenyum manis. Wardah mengangguk perlahan.

“Kerja kat tadika ni Wardah, kita kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak murid. Secara tak langsung, dapat melatih kita orang perempuan ni untuk mendidik anak-anak kita sendiri. Boleh juga tunjuk bakat kita memasak... Haah, kalau kamu nak kahwin nanti senanglah! Tak payah susah-susah nak ikut kursus rumah tangga!” Tawa Kak Aida meletus.

“Eh, akak ni! Saya ni muda lagi la kak, baru nak masuk dua puluh tahun. Lambat lagi saya ni nak kahwin.”

“Dua puluh tahun? Dah okeylah tu. Nenek-nenek kita dulu waktu umur baya kamu dah ada anak tiga empat orang Wardah oii!!!” Kak Aida tersengih memandang Wardah.

“Laa... itu zaman Jepun masih bertapak la kak... Mana boleh nak samakan dengan zaman sekarang. Lagipun saya ada cita-cita yang belum tercapai. Selagi ia tak jadi kenyataan, saya malas nak fikir soal nikah kahwin ni kak...” Wardah bersuara perlahan. Entah mengapa ada sendu yang bertandang.

“Akak bergurau je la. Akak masuk dulu ye. Nanti kalau budak-budak ni semua dah balik, tolong kunci pintu pagar depan dengan pintu gril ni.” Kak Aida mengangkat punggung dan berlalu.

Ya Allah, andai ini yang Kau tetapkan untukku, aku redha ya Allah. Ya Muhaimin, Engkau pinjamkanlah aku sedikit kekuatan-Mu untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan ujian dan cubaan. Hanya pada-Mu aku serahkan segala-galanya...

Syauqah Wardah, bangkitlah kembali dari kesedihan semalam! Mulakan hidup baru, aturkan langkah maju ke hadapan! Inilah dunia barumu! Wardah menghalakan pandangannya ke hadapan. Biarpun perasaannya berbaur di dada, ada bahasa yang berbicara di matanya, pergilah dikau wahai kesedihan!

[bersambung…][SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-26588255353367929432009-03-31T03:18:00.000-07:002009-03-31T03:25:33.017-07:00KEMBARA CINTA (3)

-Mentari Hidupku-

MATANYA MERENUNG kosong ke hadapan. Hampir sebulan dia berada di kampung. Wardah menghela nafas berat. Elok sangat la dengan keadaan aku sekarang ni. Dah jadi tauke anggur tak bertauliah. Wardah menengadah langit. Dia mengeluh perlahan. Bingkai gambar di meja studinya dipandang lama. Kini yang tinggal hanya potret kaku menjadi penawar rindu. Dina, Alya…aku rindu kat korang. Sebelah tangannya menongkat dagu. Apa aku nak buat lepas ni?

“Melamun.”

Wardah tersentak.Dia mengangkat muka. Ibu menggeleng kepala merenungnya.

“Ibu… Bila ibu masuk?” Ibu melabuhkan punggung di atas katil milik anak gadis tunggalnya.

“Dah lama ibu masuk. Apa yang kakak fikirkan sampai ibu masuk pun kakak tak sedar?” Ibu bertanya terus.

“Tak ada apa la ibu. Kakak tengah fikir nak buat apa lepas ni…” Datar Warah menuturkannya.

“Kakak tak nak sambung belajar lagi? Tak nak cuba apply UiTM?” Ibu bertanya lembut. Wardah membisu seketika. Pandangannya dilontar ke luar tingkap bilik.

“Kakak…” Ibu menggenggam erat tangan Wardah. Teragak-agak Wardah berpaling memandang wajah ibu. Dia menghela nafas panjang.

“Ibu, tentang hal sambung belajar ni nantilah dulu. Kakak tak nak fikir lagi. Kakak rasa kakak nak kerja buat sementara waktu. Ibu jangan bimbang, kakak akan sambung belajar lagi. Tapi bila waktunya, kakak tak tau. Kakak nak tenangkan fikiran dulu.” Wardah bersuara perlahan.

“Terpulanglah pada kakak untuk buat keputusan. Ibu tak nak memaksa. Kakak buatlah apa yang terbaik untuk diri kakak.” Ibu tersenyum nipis dan menepuk perlahan bahu Wardah. “Ibu keluar dulu.”

“Terima kasih ibu.” Wardah senyum tawar. Dia tahu ibu kecewa apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar biarpun ibu tak pernah mengucapkannya. Dan dia pasti ibu terluka dengan apa yang terjadi.

Entah kenapa mata panas tiba-tiba. Allah, kenapa tiba-tiba rasa nak meleleh ni… Cukuplah tu, Wardah! Banyak mana pun air mata yang terhambur takkan bisa memutarkan masa. Ibu, maafkan kakak… Kakak bersalah pada ibu…

Wardah gagal menahan empangan air matanya dari pecah. Akhirnya dia menghamburkan air matanya sepuas hati. *The Moment tiba-tiba berlagu dari telefon bimbit menandakan ada mesej diterima.

“Abang Lan…”

…dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar… (al-Baqarah : 155)
- Moga dirimu terus kuat untuk menghadapi setiap ujian dari-Nya kerana ujian itu tanda kasih sayang-Nya.

Wardah menggigit bibir bawah. Dia mengeluh perlahan. Abang Lan…Wawa rasa macam dah tak mampu nak hadapi ujian demi ujian ni. Ya Allah, betapa lemahnya aku. Bantulah diriku ya Allah… Wardah meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Masih jelas terlakar pada kanvas memorinya saat dia bertemu Abang Lan buat kali terakhir sebelum dia meninggalkan bumi kenyalang.

“WAWA, HIDUP kita tak ubah macam roda. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Dan hidup juga merupakan satu perjalanan. Cuba Wawa bayangkan, andai tiba-tiba ada seketul batu besar di tengah jalan yang menghalang perjalanan Wawa. Apa yang Wawa nak buat? Alihkan batu tu? Cari jalan lain? Patah balik ke permulaan jalan? Atau, tunggu je kat situ sampai keajaiban berlaku?” Datar Abang Lan bertanya.

Wardah diam membisu. Lidahnya terasa kelu untuk menjawab soalan yang diajukan Abang Lan. Entah mengapa, setiap kali berbicara dengan Abang Lan, acapkali dia kehilangan kata-kata. Dia sendiri tidak tahu di mana tercicir kepetahannya sebagai pemidato sekolah.

Abang Lan menggeleng perlahan. Bibirnya menguntum senyuman tawar. “Wawa, terpulang pada diri Wawa untuk pilih cara yang mana satu. Tapi Wawa akan melakukan kesilapan besar andai Wawa memilih untuk menanti sahaja sampai keajaiban berlaku. Abang tau Wawa seorang yang cukup tabah kerana itu Allah berikan ujian ini untuk Wawa dan bukannya abang ataupun orang lain. Abang harap Wawa akan terus tabah dan kuat sebab abang tau adik abang ni boleh bangkit semula.”

“Abang, Wawa tak tau nak cakap apa. Tapi yang pasti Wawa nak minta maaf sebab Wawa rahsiakan perkara ni dari abang. Wawa tak nak meraih simpati dari sesiapapun.” Perasaan sayu bercampur hiba menyerbu ke benaknya.

“Wawa, ini bukan soal simpati. Tapi… Arghh!!!” Ada nada kesal yang kedengaran. Suasana mula diselubungi sepi. Masing-masing melayani perasaan sendiri.

“Biarlah…” tiba-tiba Wardah memecah suasana. Wajah Abang Lan di hadapannya dipandang dengan perasaan bercampur baur.

“Biarlah Wawa tentukan hala tuju Wawa sendiri. Mungkin ini pilihan yang terbaik. Yang pastinya, Wawa takkan tunggu keajaiban berlaku. Wawa akan berusaha sehabis mungkin untuk menganyam cita-cita menjadi kenyataan. Biarlah walau agak lewat berbanding teman-teman yang lain. Sekurang-kurangnya Wawa dapat pelajari ilmu kehidupan, ilmu yang takkan Wawa dapat dalam dewan kuliah. Wawa harapkan doa dari semua.” Bicara Wardah mati di situ.

SUARA KANAK-KANAK berkejaran di luar rumah mengembalikan Wardah ke alam nyata, membiarkan lamunannya tergantung tanpa tali. Luluh terasa di jiwa apabila mengambil kembali kenangan lalu. Wardah merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Matanya dibiarkan menerawang ke seluruh bilik.

The Moment berlagu lagi dari telefon bimbit. Entah mesej dari siapa kali ini. Yanie? Apa gerangannya tiba-tiba Yanie menghubungiku?

Salam alayk. Wawa, ada jawatan kosong sebagai guru tadika. Berminat tak? Tapi bukan kat sini, kat Pahang.

Alhamdulillah, akhirnya penantianku tak sia-sia. Wardah bingkas bangun dan menuju ke tingkap. Dipandangnya matahari senja dengan senyuman manis terukir di bibir. Wardah menoleh hari-hari kelmarin yang telah dilewati berlorongkan kesuraman. Moga mentari senja yang indah ini akan seindah dan secerah mentari hidupku.

Ya Allah, untuk hari esok, aku pohon kekuatan, ketabahan untuk terus berjuang untuk hidup, agar aku dapat terus memberi. Dan aku pinta sungguh-sungguh agar hidayah yang datang tidak pergi menemani kelana di daerah sementara. Ameen ya Allah, Ameen ya Rahman, Ameen ya Rahim.

* Kitaro

[bersambung…]

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-68360804866191983212009-03-31T03:04:00.000-07:002009-03-31T20:56:29.974-07:00KEMBARA CINTA (2)
-Terima Kasih Sahabat!-

LAPANGAN TERBANG Kuching di pandang sayu. Terasa ada air jernih yang membasahi pipi. Sebaknya rasa… Ah, kenapa mesti aku menangis? Aku kena kuat! Keputusan telah diambil, tak perlu ada rasa sesal. Pandang ke hadapan, mulakan hidup baru. Air mata yang meleleh di pipi dikesat dengan belakang tapak tangan.

“Wawa, nah! Makan dulu, buat…” Kata-kata Dina terhenti dengan tangan menghulur sebungkus burger. Berubah raut wajahnya melihat temannya nan seorang itu berendam air mata. “Kau menangis ke?” Dia melabuhkan punggung di sebelah Wardah.

Wardah menggeleng laju. Dia mengesat baki air mata dengan kedua belah tangan. “Naa…mana ada aku nangis. Mata masuk habuk la.”

“Hello kawan, kalau ye pun nak menipu guna la alasan lain. Tu alasan dah lapuk la. Betul kan kau menangis?”

“Err…” Pandangan Dina yang mencerun membuatnya serba salah.

“Wawa, kita berkawan bukan baru sehari dua. Aku dah faham sangat dengan perangai kau ni. Sudah la tu. Janganlah sedih-sedih macam ni. Aku tau ujian ni cukup berat buat kau, tapi kau kena ingat satu perkara. Kau masih ada aku dan Alya. Kami akan sentiasa beri sokongan yang tak berbelah bagi.” Bahu Wardah diraih dan digosok perlahan.

“Thanks Dina. Aku tak tau nak cakap macamana. Kau dan Alya dah terlalu banyak membantu aku. Kalau korang tak ada, tak tau la macamana aku nak hadapi perkara ni sorang-sorang.” Kepalanya dilentokkan ke bahu Dina.

“Shh…dah la tu. Apa gunanya sahabat kalau tak boleh nak bantu sahabatnya yang dalam kesusahan. Wawa, kami sayang pada kau. Biarlah jarak memisahkan kita selepas ni, tapi kasih sayang kami takkan berubah. Ingat tu.” Lembut Dina memujuk sambil tangannya menggosok lembut bahu Wardah.

Air mata Wardah merembes lagi. “Aku bertuah sangat dapat korang sebagai sahabat. Bertuah sangat…” Tertahan-tahan dia bersuara.

“Shh…dah la tu. Ingat, lain kali kalau ada masalah bagitau kami. Jangan nak simpan sorang-sorang. Berapa kali nak cakap kalau simpan sorang-sorang tu bahaya. Silap haribulan, kau boleh masuk Tanjung Rambutan tau!” Selamba Dina menuturkannya.

Pecah ketawa kecil dari bibir Wardah dengan saki-baki air mata masih mengalir di pipi. “Hantu betul la kau ni Dina! Kau suka ke kalau aku betul-betul masuk Tanjung Rambutan?”

“Haa…ketawa pun. Dah la tu. Kesatlah air mata tu. Nanti Alya dengan Tuan Hazril nampak pulak. Meh sini, aku nyanyi satu lagu untuk kau. Hapuskanlah air matamu, redha dan teruskanlah usahamu...pasti kau akan mengerti hidup ini putarannya tersendiri…” Dengan selamba, Dina menyayikan lagu “Putaran Kehidupan” dendangan kumpulan Firdaus yang menjadi kegemaran mereka bertiga; Wardah, Alya dan Dina.

“Oppss…cukup, cukup tu…nanti hujan pulak. Tak pasal-pasal flight aku kena tunda.” Wardah sengih tawar.

“Hampeh punya kawan! Kita bersusah payah nak hiburkan hati dia, sesuka hati sesedap oren semasam sunquic je kau kutuk aku ye!” kata Dina cengil.

“Hah, curi trademark aku!” Ketawa Wardah pecah lagi. Saki-baki air mata dikesat dengan kedua belah tangan. Dina senyum nipis segaris.

“Anyway, thanks for everything that you’ve done for me. I’m really appreciate it.” Wardah melepas nafas berat. Tangan Dina digenggam erat. “Apapun terjadi, aku takkan lupakan korang. Korang sahabat aku dunia akhirat. Aku sayang korang sangat-sangat.” Terima kasih teman, di saat insan lain meminggir jauh, kalian tetap setia di sampingku. Budi kalian takkan mampu kubalas.

Dina menarik tubuh Wardah ke dalam dakapannya. “Ukhuwwah fillah abadan abada…”

“Dina, Wardah…kenapa ni?” satu suara menyapa. Dina dan Wardah berpandangan seketika sebelum pandangan mereka beralih ke arah tuan punya suara. Wardah memandang Tuan Hazril yang berdiri di samping Alya. Di belakang mereka kelihatan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

Tuan Hazril senyum segaris sebelum melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Dina. Wajah Tuan Hazril dipandangnya dengan riak penuh tanda tanya.

Bagaikan mengerti isyarat yang disampaikan Wardah melalui riak wajahnya, Tuan Hazril ketawa kecil. “Saya yang bagitau Ameerul flight Wardah pagi ni. Tak sangka pulak dia datang. Saya dan Alya jumpa dia kat luar tadi.”

“Eh, dah panggil masuk tu. Wardah, pass perjalanan dengan tiket ada tak?” Alya yang sedari tadi membisu bersuara.

Wardah sekadar mengangguk. Hati entah mengapa dipagut rasa sayu. Berkali-kali dia cuba menelan air liur yang terasa berpasir. Sekilas matanya memandang orang keliling. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang bergerak ke arah eskalator dan ada juga yang buat drama air mata berpeluk dengan insan-insan tersayang. Pandangan Wardah beralih pula pada empat susuk tubuh yang berdiri hadapannya. Wardah menarik nafas yang terasa berat.

“Wawa…” Alya menegur lembut. Wajah Wardah dipandangnya penuh kasih. Nyata keruh di wajah temannya itu menggambarkan apa yang terbuku di lubuk hati. Pandangannya dikalih ke anak mata Wardah. Ke manakah hilangnya sinar ceria di matamu teman? Mata yang senantiasa bersinar ceria suatu tika dahulu kini hilang cahaya dalam berkaca.

“Tuan Hazril…” Suara Wardah kedengaran begitu lemah sekali. Tuan Hazril tersenyum nipis. “Tuan, terima kasih banyak-banyak sebab susah payah tolong saya. Saya tak tau nak balas budi baik tuan. Saya…” Wardah kematian kata-kata.

“Tak perlu nak berterima kasih pada saya Wardah. Awak junior saya, dah jadi tanggungjawab saya untuk bantu awak sekadar yang saya mampu. Oh, ya! Ni Abang Lan awak ada minta saya beri awak sesuatu. Hadiah dari dia katanya.” Bungkusan plastik di tangan di hulur ke arah Wardah.

“Dia minta maaf tak dapat hantar awak. Awak pun tau kan, kami pegawai kadet senior ada latihan di Kem Terendak Melaka. Saya je yang tak dapat ikut serta sebab ada pembentangan projek tahun akhir.” Wardah terasa matanya mula berpasir. Bungkusan plastik yang kini beralih ke tangannya dipandang sayu.

JUO Adzlan, atau lebih mesra dipanggil Abang Lan merupakan senior pertama yang menegurnya sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki di Kolej Kediaman Kenanga, penempatan untuk pelajar-pelajar yang menyertai PALAPES. Abang Lan sudah dianggapnya seperti abang kandung sendiri. Jelas terbayang di fikirannya reaksi Abang Lan tatkala dikhabarkan tentang keputusannya untuk berhenti belajar. Dia masih ingat, Abang Lan menitiskan air mata sewaktu mendengar segala kisah duka dan derita yang dipendamnya selama ini.

“Wardah, saya nak awak berjanji sesuatu.” Suara Tuan Ameerul mengembalikan Wardah ke alam realiti. Wajah Tuan Ameerul dipandangnya. “Janji dengan saya yang awak takkan putus asa. Apa yang dah berlaku tu biarkanlah berlalu. Kuatkan tekad, mulakan sekali lagi. Saya yakin yang awak mampu untuk bangkit semula. Anak Johor tak takut cabaran!”

“Insyaallah tuan. Terima kasih sebab datang. Sampaikan salam saya pada senior-senior yang lain. Saya minta maaf kalau selama ni saya ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah. Jasa dan tunjuk ajar dari semua takkan saya lupa.”

“Itu dah jadi tanggungjawab kami Wardah. Ermm… satu lagi, saya harap sangat Wardah datang ke Majlis Pentauliahan kami Mei depan kat UiTM Shah Alam.” Tuan Ameerul tersenyum nipis.

“Insyaallah tuan, tapi saya tak berani nak janji apa-apa.” Rendah Wardah menjawab. Pandangannya kini beralih ke arah Alya. Air mata terasa hampir tumpah dari birai mata apabila Alya mendakap tubuhnya tanpa disangka.

“Wawa, take care. I love you so much and I’ll miss you. Forget me not.” Ada sendu yang berlagu. Wardah mengetap bibir menggeleng. Manakan mungkin aku melupakan dirimu sahabat. Antara kita tiada jarak yang mampu memisahkan. Kau kan selalu di hati ini.

Alya melepaskan pelukannya. Wajah Wardah dipandangnya sayu. “I know you are strong enough to face it. Allah knows better why He gives you this such of trial!” Alya mengesat air mata di pipi Wardah dengan kedua belah tangannya.

Wardah memandang Dina di sisi Alya. Tubuh Dina dirangkulnya kejap. Entah mengapa bibir terasa berat untuk berbicara. Yang kedengaran hanya bahasa tangisan. Seketika kemudian pelukan ditubuh Dina dilepas perlahan. Wardah menarik nafas dalam. Alya menarik tisu dari bungkusan dan menghulurkannya kepada Wardah. Wardah mengesat saki-baki air matanya dengan tisu.

“Alya, Dina…jaga diri baik-baik. Terima kasih atas segalanya. Korang sahabat terbaik yang pernah aku miliki. Aku harap ukhuwwah antara kita takkan terputus. Doakan aku terus kuat dan tabah untuk hadapi ujian ini. Aku sayang korang.” Tangan Alya dan Dina digenggamnya erat.

“Hmm... dah lambat ni. Nanti kalau terlepas flight, kena berenang merentas Laut China Selatan pulak.” Wardah tertawa kecil. “Terima kasih semua sebab bersusah payah hantar saya ke airport. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi.”

“Nanti kalau dah sampai di Senai, jangan lupa call kami.” Pinta Tuan Ameerul.

Wardah mengangguk sambil tersenyum. “Saya masuk dulu. Assalamualaikum.” Wardah berlalu sambil membetulkan beg sandangnya. Langkahnya diayun ke arah eskalator tanpa menoleh ke belakang. Sahabat, terima kasih atas tautan ukhuwwah ini. Andai kita tak berpeluang untuk bertemu lagi di dunia ini, moga kita kan bertemu di jannah-Nya nanti. Ameen... Dan air matanya gugur lagi…

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu…
(Putaran Kehidupan - Firdaus)

[bersambung]
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-47648633387945455182009-03-31T02:52:00.000-07:002009-03-31T03:02:00.874-07:00KEMBARA CINTA (1)

-Inikah TakdirNYA?-

“HELLO, ASSALAMUALAIKUM…” datar Wardah menuturkan salam.

“Waalaikumussalam. Nak cakap dengan siapa?” Suara di hujung talian kedengaran agak lemah. Baru bangun tidur ke?

“Abang Lan kan?” Wardah bertanya dengan ceria.

“Hmm... siapa ni” Suara itu menggumam malas.

“Wawa la. Syahid ke ni?” Wardah menggeleng. Apalah nak jadi dengan abang aku ni? Matahari dah naik segalah, boleh pulak dia 'syahid' lagi?

“Oh...Wawa. Abang penat sangat la. Malam tadi tidur lewat, ada mesyuarat peringkat senior, pasal latihan kat Kem Terendak Melaka cuti semester ni. Lepas Subuh tadi abang tidur semula. Ada apa hal telefon abang ni?” Abang Lan menggosok mata dengan jari telunjuk.

“Abang ada nak ke mana-mana tak hari ni?”

“Tak ada kot. Kenapa?” Abang Lan menggumam sambil menggosok matanya yang kelat.

“Cantik!!! Wawa nak pinjam basikal boleh tak? Nak pergi jumpa kawan.”

“Pakai je la. Kalau abang nak keluar nanti, abang pinjam motor Tuan Ameerul.”

“Okey, terima kasih daun keladi, lain kali Wawa pinjam lagi ye?” Wardah tergelak kecil.

“Sama-sama. Baik-baik keluar nanti. Ni nak jumpa siapa ni? Nak jumpa kat mana?” bertubi-tubi solan itu keluar dari bibir Abang Lan.

“Ha, tu dah mula la keluar gaya Hitler dia tu. Wawa nak jumpa Dina dengan Alya kat tasik dekat dengan Dataran Canselori. Lepas tu kitorang nak pergi makan tengahari sama-sama. Puas hati?” Kedengaran tawa Abang Lan di hujung talian.

“Tak kira la Wawa nak kata abang ni macam Hiltler ke, George W. Bush ke, whatever! Lepas jumpa kawan terus balik. Jangan nak merayau tak tentu hala sorang-sorang. Faham tak?”

“Tak ada modal ke tiru trademark Wawa?”

“Ikut suka abang la, ingat pesan abang tadi!”

“Baik, patik menurut perintah tuanku!” Wardah menarik muka empat belas. Adeii, susah betul dapat abang yang suka tiru gaya Hitler ni! Sesuka hati sesedap oren semasam sunquic dia je nak bagi arahan yang tak masuk dalam silibus pegawai kadet peringkat junior. Huh! Tiba-tiba kedengaran tawa Abang Lan meletus di hujung talian.

“Apasal ketawa?” Wardah kehairanan.

“Tak ada apa la. Abang ketawa sebab terbayang muka Wawa sekarang ni. Confirm mulut tu tengah memuncung macam itik, boleh buat gantung baju lagi!” Tawa Abang Lan masih tak habis. Seronoklah tu dapat mengenakan aku! Di hujung talian Wardah mencebik dan menjelirkan lidah.

“Whatever! Pergilah sambung 'syahid' tu lagi. Wawa dah lambat ni. Assalamualaikum.” Talian dimatikan tanpa mendengar salamnya bersambut.

“Waalaikumussalam...” Abang Lan tersengih sendiri. Merajuk la tu! Dia menggelengkan kepala. Gagang telefon diletakkan kembali, perlahan.

LANGKAH KAKI diatur kemas ke musolla blok C. Basikal Abang Lan setia di tempat biasa, kaki lima. Beg sandang di letakkan ke dalam bakul basikal. Penuh cermat, Wardah menuntun basikal Abang Lan sehingga ke pintu pagar Kolej Kediaman Kenanga. Jalan menuju ke pintu pagar yang sedikit berbukit membuatkan Wardah lebih selesa menuntun daripada menunggang basikal itu.

“Nak ke mana Wardah?” Satu suara menyapa.

“Eh, Tuan Kamarul. Nak jumpa kawan sekejap. Ada hal sikit.” Wardah menjawab dengan penuh hormat. Kapten Kamarul merupakan Pegawai Latih Peringkat Junior, iaitu pegawai yang bertanggungjawab untuk semua pegawai kadet peringkat junior termasuk Wardah.

“Hmm... baik-baik jalan tu.” Pesan Kapten Kamarul.

“Saya tak berjalan tuan, saya naik basikal...” jawab Wardah sambil tersengih.

“Ada-ada sajalah kamu ni Wardah. Kamu ni sepatutnya ambil kursus undang-undang, boleh jadi lawyer.” Kapten Kamarul tersenyum nipis.

“Kenapa pulak jadi lawyer tuan?” soal Wardah kebingungan. Digaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ye la, loyar buruk!” Tawa Kapten Kamarul meletus. Wardah turut tertawa.

“Saya pulak yang terkena semula.” Wardah tersenyum nipis.

“Nasib kamulah Wardah. Okeylah, saya nak ke markas dulu.” Wardah memerhatikan Kapten Kamarul berlalu.

Setelah kelibat Kapten Kamarul hilang dari pandangan, Wardah memulakan kayuhannya menuju ke tepi tasik berhadapan pusat sukan. Dia sudah berjanji untuk bertemu Alya dan Dina di sana. Akhirnya dia tiba di tempat yang dijanjikan. Setelah meletakkan basikal di bawah pokok, lantas dia melabuhkan punggung, duduk menghadap tasik. Anak matanya dihalakan ke tengah tasik.

Lihatlah semua ini sepuas hatimu Wardah! Lihatlah, kerana semua ini akan kau tinggalkan tak lama lagi. Arghh!!! Kenapa aku harus begini? Ke mana hilangnya Syauqah Wardah yang cekal hatinya? Adakah tercicir di Laut China Selatan yang memisahkan Bumi Kenyalang ini dengan Tanah Semenanjung? Ya Allah, kenapa aku yang Kau pilih untuk menghadapi ujian ini? Mata terasa seakan berpasir. Dan akhirnya manik-manik jernih mengalir ke pipi. Wardah dihanyutkan perasaan sendiri.

Derapan langkah kaki yang kian menghampir membuatkan Wardah tersentak. Pantas, air mata di pipi dikesat dengan kedua belah tangan.

“Assalamualaikum...” Satu suara menegur dari belakang.

“Waalaikumussalam...” Wardah teragak-agak berpaling. Kelihatan Dina dan Alya berdiri di belakang dengan senyuman terukir di bibir.

“Dah lama sampai?” Soal Alya sebelum mengambil tempat di sebelah kanan Wardah.

“Lama la jugak, siap bermimpi Prince Charming aku turun dari kayangan...” selamba Wardah menuturkan. Bibir Dina mengoyak sengih.

“Apa hal dengan muka kau ni Wawa? Sembap semacam je aku tengok. Kau menangis ke?” Soalan yang meluncur dari bibir Dina membuatkan Wardah terkesima.

“Err... mana ada. Aku tak cukup tidur la. Dekat pukul 4 pagi baru aku tidur.” Wardah mencipta alasan. Maafkan aku teman, aku bukan sengaja nak menipu tapi...

“Memang sesuai sangatlah budak-budak batch kau dalam PALAPES tu panggil kau Si-Panda. Hitam keliling mata tu dah serupa sangat macam panda!” Dina dah mula keluar gaya mak tiri Bawang Putih. Wardah tersengih nakal.

“Erm... tadi kata nak makan kan? Kita nak makan kat mana ni? Warung 2000 atau KFC?” Kening Alya terangkat sebelah merenung Wardah dan Dina. KFC atau Keranjang Food Court merupakan kafeteria yang menjadi tumpuan siswa dan siswi UNIMAS kerana harganya yang berpatutan.

“Wawa?” Dina memandang Wardah. Keningnya terangkat bertanya

“Aku tiba-tiba rasa macam nak pekena ais jagung...” Wardah bersuara perlahan.

“Okey, kalau macam tu kita makan tengahari kat Warung 2000. Hari ni aku belanja korang berdua!” Dina mengangkat kening dua kali.

“Oyeah... ni yang sayang lebih kat kau ni!” Alya mengangkat kedua belah tangan ingin memeluk Dina. Wardah menggeleng melihat telatah Alya. Ketawa mereka bertiga pecah.

WARDAH MELETAKKAN SUDU DAN GARPU di tangan perlahan. Wajah Dina dan Alya di hadapannya dipandang, lama. Ada keluhan kecil kedengaran.

“Kenapa?” Dina memandang Wardah penuh tanda tanya. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan sahabat di depannya ini ada menyembunyikan sesuatu.

“Hmm... entah bila lagi aku dapat makan dengan korang macam ni, bertiga.”

“Kenapa kau cakap macam tu? Kalau kau nak, hari-hari pun boleh.” Alya turut memandang wajah Wardah, meminta penjelasan.

“Aku ada perkara penting nak bagitau korang berdua. Aku harap korang tak terkejut dengan keputusan aku ni.” Wardah bersuara rendah. Dina dan Alya masih setia menanti penjelasan dari Wardah.

“Mungkin ini kali terakhir kita dapat makan sama-sama macam ni.”

“Maksud kau?” Dina mencelah.

“Aku dah buat keputusan nak berhenti belajar.” Dengan tenang Wardah menuturkan.

“Apa?” Dina dan Alya kaget! Tidak pernah mereka menjangkakan perkara ini akan berlaku. Perlahan, Alya menggenggam tangan Wardah.

“Wawa, cuba kau terangkan satu persatu. Aku dah lama syak kau ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan kami. Walaupun kau selalu mengelak bila kami tanya, tapi mata kau tak boleh nak menipu aku. Kita bersahabat bukan baru sehari dua!” Dina mendengus.

Wardah merasakan kelopak matanya berpasir. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan! Andai ini takdir-MU, pinjamkanlah aku sedikit kekuatan untuk menjelaskan hal yang sebenar kepada sahabat-sahabatku ini...

“Dina... Alya... maafkan aku...” tangan Alya dan Dina digenggam erat.

“Korang berdua tahukan GPA aku untuk semester lepas teruk? Dan semester ni aku kena ambik subjek-subjek elektif je...”

“Tapi takkan hanya disebabkan itu kau nak berhenti belajar? Nak tinggalkan kami?” Tajam suara Dina keluar.

“Aku kena mengulang semester, dan itu juga bermakna duit pinjaman aku akan ditahan. Macamana aku nak hidup kat sini? Aku kena bayar yuran pengajian, perbelanjaan harian... Elaun PALAPES aku tak cukup nak tampung semua tu. Aku tak nak susahkan ayah dan ibu. Cukuplah diorang bersusah payah untuk aku selama ni.” Empangan air mata yang ditahan sedari tadi pecah jua akhirnya. Tangisan Wardah berlagu pilu.

“Shh... sabarlah Wardah. Insyaallah ada jalan penyelesaiannya.” Bisik Alya memujuk.

“Aku dah tak nampak mana-mana jalan pun. Aku dah berusaha sedaya-upaya selama ni, tapi aku tak tau di mana silapnya sampai jadi macam ni. Aku dapat kursus yang bukan saja aku tak minat, malah luar dari bidang aku selama ni. Dan aku tak pernah bermimpi nak belajar kat UNIMAS ni. Aku dah cuba pujuk hati aku untuk terima semua ni, mungkin rezeki aku kat sini, tapi...” Wardah kehilangan bicara.

“Aku dah cuba sedaya upaya belajar, tanamkan rasa cinta dalam bidang ni Dina... Alya... t..tt...tapi nasib tetap tak menyebelahi aku. Mungkin inilah takdir-Nya, tempat aku bukan di sini...” Wardah menyeka air mata di pipi dengan belakang tangan. Alya mengusap lembut belakangnya. Masing-masing membisu. Suasana diselubungi sepi.

“Abang Lan dah tau?” Dina bersuara memecah kesepian. Wardah menggeleng perlahan. Dina melepaskan keluhan berat.

“La tahzan... innallaha ma‛ana... Ingat kata-kata Akh Adam dalam tamrin yang lepas? Dalam surah ali-Imran ayat 139 Allah telah berfirman, dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman... Allah sedang mengujimu sahabat...” Alya berbisik lembut.

[bersambung]
[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-62959859570634949752009-03-31T02:43:00.000-07:002009-03-31T02:49:53.502-07:00KEMBARA CINTA (Prolog)

“LANGIT YANG TUJUH, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujinya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. Surah al-Isra’ ayat yang ke empat puluh empat.” Akh Adam tunduk merenung Tafsir Pimpinan ar-Rahman di tangannya. Agak lama dia diam.

“Ikhwah wa akhwat sekalian, insyaallah jika kita selusuri dan kita amati terjemahan dari ayat tadi, Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita bahawa semua makhluk ciptaan-Nya bertasbih memuji-muji kebesaran Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ini bermakna, semua makhluk tidak kira kecil atau besar, cantik atau hodoh, masing-masing memuji Allah. Ikan-ikan di lautan, burung-burung yang berkicau, air yang mengalir, embun yang menitis dan ombak di tepian pantai, masing-masing berzikir memuji kebesaran Allah! Subhanallah, Maha Suci Allah…” tutur Akh Adam dengan suara yang lembut seperti selalu.

Akh Adam bersuara semula, “Dan kita lihat, matahari yang terbit di awal pagi dan terbenam tatkala malam bertamu, bulan yang bersinar terang di malam hari, ini menunjukkan ketaatan makhluk-makhluk ini kepada perintah Allah. Dan pernahkah kita mendengar ayam mengembek? Kambing menguak? Ikan berkicauan? Tidak pernah kan? Itulah tanda ketaatan mereka kepada Allah. Sedangkan makhluk-makluk yang tidak berakal ini mampu taat kepada Allah, memuji-muji kebesaran Allah, mengapa tidak kita manusia yang dikurniakan akal? Ayuh sama-sama kita renungkan ikwah wa akhwat sekalian…”

Kata-kata Akh Adam bagaikan pedang yang menusuk-nusuk tangkai hatiku. Astaghfirullahal ‘azim… Makhluk-makhluk ini semuanya memuji Allah, taat pada Allah… Tak pernah sekalipun mereka ingkar pada arahan Allah! Tapi aku? Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku selama ini… Ampunilah kelalaian dan kedurhakaanku selama ini…

“Syauqah Wardah…” Aku tersentak.

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-8830012288664099532009-02-26T19:55:00.001-08:002009-12-29T06:35:10.428-08:00Pualam Di Pinggiran

Langit kirmizi di jihat barat direnungnya lama. ‘Subhanallah, indahnya ciptaan-MU!’ desis Maryam di dalam hati. Lama dia berteleku di situ. Entah mengapa, hatinya terasa bagaikan ditusuk sembilu tajam. Setitis demi setitis air jernih mengalir dari pelupuk matanya. Duhai hati, sabarlah dikau! Duhai kesedihan, pergilah... usah kau bermukim di ruangan fuadku!

“Maryam, kenapa duduk seorang diri di sini?” terasa bahunya disentuh lembut. Gesit dia menoleh.

“Balqis...” ujar Maryam separuh berbisik.

“Maryam, kenapa ni?” ada riak cemas dari raut wajah gadis manis bertudung litup itu. Balqis melabuhkan punggungnya bersebelahan Maryam.

“Ukhti Maryam Ibtihal, kenapa dengan anti ni? Kenapa anti menangis?” soal Balqis sambil mengusap lembut belakang Maryam.

“Balqis...” Maryam kehilangan bicara. Tangisannya berlagu pilu. Perlahan, Balqis merangkul tubuhnya.

“Bersabarlah ukhti... Bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran...” suara pujukan Balqis kedengan begitu lembut di cuping pendengaran. Ya, Maryam masih ingat. Itulah ayat cinta DIA dalam al-Ma’arij ayat 5. Satu konotasi yang begitu membujuk atma. Namun dia masih gagal mengusir kesedihan yang bermukim di ruangan fuad. Masih lagi terngiang-ngiang suara itu. Suara yang menjadi asbab fuadnya menyanyikan lagu kesedihan.

“Izzat, kenapa anta tolak cadangan Akh Mu’ammar? Ana rasa tak ada celanya kalau anta digandingkan dengan Maryam Ibtihal. Dia bukan seperti gadis lain. Dia gadis yang telah ditarbiyyah. Atau anta ada pilihan lain?” soal Naqiuddin.

“Aqi, ini bukan soal ana dah punya pilihan lain atau tidak. Ana bukan sengaja nak tolak cadangan Akh Mu’ammar tu. Tapi hati ana ni mengatakan yang Maryam Ibtihal tak sesuai dengan ana. Dia bukannya datang dari keluarga yang ditarbiyyah. Dan dia pun masih baru lagi dalam tarbiyyah. Masih banyak lagi kelemahan dia yang ana lihat. Dia... arghh!!! Dia memang tak sesuai untuk ana. Asif jiddan...” Izzat meraup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan.

“Apa masalahnya kalau dia bukan dari keluarga yang ditarbiyyah? Keluarga yang punya tarbiyyah pun asalnya tak punya tarbiyyah kan? Disinilah peranan anta sebagai seorang da'ie untuk berdakwah kepada keluarganya. Dan kalau benar masih banyak kelemahan dirinya, ia masih boleh diperbaiki. Ingat Izzat, tak ada manusia yang sempurna. Kita bukan maksum!” Naqiuddin kesal melihat sikap Izzat. Bagi dirinya, Izzat dan Maryam Ibtihal sangat secocok andai digandingkan sebagai pasangan suami isteri.

Maryam diam tidak berkutik di balik tabir yang memisahkan ruangan solat ikhwah dan akhwat. Dia bukan sengaja mencuri dengar hiwar itu. Hajatnya sekadar ingin mengambil Tafsir Pimpinan ar-Rahman yang tertinggal di musolla. Entah mengapa, matanya terasa berpasir. Kakinya terasa tidak mampu untuk berdiri lagi di situ. Dan gegendang telinganya sudah tidak tega untuk mendengar kata-kata itu lagi. Lantas dia berlalu pergi. Dan kakinya telah membawa dia ke sini.

Balqis masih setia di sisi, memeluk dan mengusap lembut belakangnya. Maryam membalas pelukan itu.

“Balqis, terlalu peritnya jalan ini... Sakitnya perjuangan ini...” dalam sedu Maryam bersuara.

“Apa maksud anti? Ana kurang mengerti.”

“Balqis, ana sedar diri ini tak ubah seperti pualam di pinggir jalan. Tak ada siapa yang sudi memandang. Tapi ana punya impian yang tinggi, ana nak menjadi seperti permata yang indah. Tapi jalannya terlalu sukar, terlalu menyakitkan... Jihad ini terlalu akbar... Ana khuatir ana akan kecundang.”

“Shh... Bersabarlah ukhti. Ingatlah, seorang Maryam itu sangat kuat orangnya. Biarpun pelbagai tohmahan diterima, dia tetap sabar kerana dia yakin Tuhan sentiasa ada untuknya. Biarpun tika semua orang membuangnya, dia masih sabar kerana dia tahu dia benar. Ukhti, ingatlah Allah takkan membiarkan seseorang itu mengaku dirinya beriman sedangkan dirinya tidak diuji. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ingatlah, Dia tidak akan memberi beban yang melebihi kemampuan anti, tetapi Dia akan sesuaikan dengan batas usaha, kesanggupan dan kekuatan yang anti miliki. Allah tahu kemampuan anti dan Allah tahu anti boleh melaluinya. Perbanyakkanlah zikir illallah... Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Balqis memujuk penuh sabar.

Maryam menghela nafas berat. Dia melepaskan rangkulan di tubuh Balqis. Dipandangnya wajah rafik di sisi.

“Ya, benar kata anti. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Maryam mengukir senyuman tawar.

“Ukhti, dalam al-Baqarah ayat 153 Allah telah berfirman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Ukhti, berpegang teguhlah pada Allah kerana Dialah sebaik-baik pelindung dan penolong.” Balqis menggenggam erat tangan Maryam. Maryam memandang wajah Balqis lama.

“Syukran jazilan ya ukhti... moga Allah membalas setiap kebaikan anti dengan ganjaran yang sebaik-baiknya… Allah yubarik fik.” Setitis air mata jernih mengalir di pipi Maryam.

“Ameen... insyaallah Maryam, andai ukhti istiqamah, ana yakin anti akan berjaya. Ana tahu jihad ini terlalu besar, kerana jihad melawan ‘diri’ bukannya mudah. Tapi yakinlah ukhti, satu tika nanti pasti anti akan merasai kemanisannya... Halawatul iman...” Balqis menyeka air mata di pipi Maryam dengan tangannya.

“Insyaallah, doakan ana ya ukhti. Ana terlalu lemah...” Maryam tunduk menekur ke tanah.

Ya Allah, pedihnya bila diri ini diperkecilkan. Ya, aku tahu aku ini tak ubah seperti pualam. Aku tahu diriku bukan datang dari keluarga yang ditarbiyyah, namun terlalu hinakah diri ini untuk menjadi sayap kiri seorang syabab? Kenapa yang bergelar insan itu lebih gemar menghukum tanpa punya keinginan untuk cuba memahami?

Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan aku apa yang tidak sanggup aku memikulnya, kerana dengan itu hatiku akan menjadi lemah dan aku akan binasa. Ya Rabbi, Kau mudahkanlah urusanku sebagaimana Engkau telah memberi kemudahan kepada orang-orang sebelumku serta ringankanlah bebanku sebagaimana Engkau telah mengabulkan doa orang-orang yang memohon bantuan dari-Mu...

Ya Allah, Tuhan yang menciptakan hati, Tuhan yang memiliki hati ini, Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati, hilangkanlah resah dan gelisah dalam hati ini ya Rabbi... Sudilah Engkau memandang diriku ini... Pandanglah aku dengan pandangan rahmat-Mu... Pandanglah aku dengan pandangan kasih sayang-Mu... Ya Muhaimin, sinarilah hati ini dengan nur hidayah-Mu, tetapkanlah nikmat iman dan Islam dalam hati ini, kerana Engkaulah Tuhan yang menciptakan hati, kerana Engkaulah Tuhan yang memiliki hati ini.

Ya Rabbul Izzati, jangan biarkan sesekali aku jauh dari-Mu... Jangan Engkau biarkan aku terkapai-kapai dalam perjalanan panjang mencari cinta-Mu... Terangilah jalan hidupku... Permudahkanlah urusanku, tenangkanlah hatiku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dari-Mu ya Allah... Kurniakanlah aku dengan kesabaran yang tinggi kerana aku ini terlalu lemah... Ya Allah ya kareem, dengarlah rayuanku ini... Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini... Ameen ya rabbal ‘alamin.

Langkah kakinya diatur perlahan. Sesekali tangannya menyeka keringat yang berbintik-bintik di wajah. Dia menyeluk saku jubahnya. Sehelai tisu dikeluarkan. Dikesatnya keringat di wajah dengan tisu itu. Telinganya tiba-tiba menangkap bunyi kereta menghampir dari jihat belakang. Dia menoleh. Dia kenal pemilik kereta itu. Ummi Asiah, naqibahnya. Kereta itu berhenti di sisinya. Cermin kereta diturunkan.

“Assalamualaikum Maryam.” Ummi Asiah memberi salam sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam... Ummi...” Maryam menjawab perlahan. Ummi Asiah menggamit Maryam menaiki keretanya. Perlahan, Maryam menurut. Tangan Ummi Asiah disalami penuh hormat. Ummi Asiah mengusap lembut kepala Maryam.

“Maryam sihat?”

“Alhamdulillah, sihat Ummi...”

“Kita pergi minum dulu ya?” Ummi Asiah tersenyum dan Maryam sekadar membalas dengan anggukan. Ummi Asiah memandu keretanya dengan cermat. Setibanya di Selera Kafe, mereka mengambil tempat di ruangan yang agak jauh dari pengunjung lain. Setelah membuat pesanan, Ummi Asiah tersenyum memandang Maryam.

“Sebenarnya Ummi nak jumpa Maryam hari ini kerana bersebab. Ummi nak tanya sesuatu, tapi Maryam mesti jawab dengan setelusnya.” Ummi Asiah memulakan kata. Maryam mengangguk perlahan.

“Hati Maryam dah dimiliki?” soal Ummi Asiah lembut. Maryam kaget namun dia menggeleng perlahan.

“Hurm... Sebenarnya tujuan Ummi bertemu Maryam hari ini kerana membawa hajat seseorang.” Senyuman Ummi Asiah melirik di bibir.

“Hajat?” soal Maryam, kurang mengerti.

“Ya, ada seorang akh yang berhajat menyunting Maryam untuk dijadikan zaujah. Insyaallah, akh itu seorang yang beragama dan baik budi pekertinya. Ummi yakin dia bisa menjadi zauj yang sesuai buat Maryam.”

“Tapi ummi, ana rasa tak layak untuk akh tu. Ana bukannya dari keluarga yang ditarbiyyah. Ana masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan. Ana rasa akh tu dah tersilap andai ana yang menjadi pilihan.” Maryam bersuara perlahan. Entah mengapa, suara yang menghiris fuadnya lewat musim lalu kembali kedengaran di ruangan minda. Hatinya mula dipagut sayu.

“Maryam, akh tu tak silap. Memang anti yang dihajatkan untuk menjadi suri di hati. Dia sendiri dah mengakui kesediaannya untuk menerima anti sebagai zaujah. Dan dia sendiri sanggup menerima apa jua kekurangan diri anti.” ujar Ummi Asiah bersungguh-sungguh. Namun dia bimbang itu hanya sekadar mimpi yang indah.

“Kalau Maryam bersetuju, Ummi akan aturkan liqa’.” Maryam terus membisu.

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu!

“Mabruk! Moga Baitul Muslim yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga dikurniakan zuriat yang bisa menjadi penyejuk di mata, penawar di hati. Barakallah ‘alaykum!” Balqis mengucup lembut pipi Maryam setelah tamam majlis akad nikah. Maryam mengukir senyuman nipis. Terasa wajahnya begitu hangat, dan kelopak matanya seakan berpasir. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ini!

“Minta laluan, pengantin lelaki nak masuk ni...” kedengaran suara Mak Itam di muka pintu. Debaran di dada semakin kuat. Maryam tidak tega untuk memandang insan yang kini berdiri di hadapannya itu. Pandangannya dihala ke lantai. Jemarinya disentuh lembut. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya. Tangan itu dikucupnya lembut penuh hormat , lama. Dia masih gentar untuk memandang wajah insan di hadapannya. Perlahan, dagunya disentuh dan dahinya dikucup lembut. Setitis demi setitis air jernih mengalir dari pelupuk matanya.

“Terima kasih kerana sudi menjadi isteriku, Maryam Ibtihal. Uhibbuki fillah... Abadan abada...” perlahan ungkapan itu dibisikkan ke telinga Maryam.

“Terima kasih suamiku atas kesudian memilih pualam di pinggiran ini untuk menjadi sayap kiri. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Bimbinglah diri ini dalam mencari cinta-Nya...” Bisik Maryam perlahan. Teragak-agak, Maryam memberanikan diri memandang wajah insan yang kini telah bergelar suami buat dirinya. Ada senyuman di wajah itu. Senyuman yang penuh makna!

Ya Allah, benarkah ini bukan mimpi?

“Maryam Ibtihal adalah seorang yang berjiwa akbar, tidak gentar untuk berjihad melawan diri. Maryam Ibtihal bukannya pualam di pinggiran. Bagi abang, Maryam Ibtihal adalah sebutir permata di dalam hati ini.” Tangannya di letakkan ke dada.

Ya Allah ya rabbi... Jika Engkau mengizinkan aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. Ya Allah, jika Engkau menetapkan Ahmad Naqiuddin ini sebagai suamiku, kuatkanlah ikatan antara kami, kekalkanlah ikatan ini hingga ke akhir hayatku. Lapangkanlah dada kami dengan kurniaan iman dan indahnya tawakal pada-Mu. Ya Allah ya kareem, Engkaulah Tuhan yang Maha Agung... Terima kasih atas nikmat yang tidak ternilai ini ya Allah... Ameen ya rabbal ‘alamin...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, Dia menciptakan jodoh untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya. Dan dijadikan antaramu rasa kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya pada hari yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui...”

~Surah ar-Rum: ayat 21~

~TAMAT~

Tarian Pena:
F.H. Fansuri
2702090040
Tmn. Sri Kuching,
Jalan Sri Kuching,
Kuala Lumpur
27 Februari 2009
12.40 a.m

Glosari

Pualam – batu
Jihat – arah atau sisi
Atma - jiwa
Fuad – hati
Asif jiddan – maaf
Ikhwah – saudara lelaki (ramai)
Akh – saudara lelaki (seorang)
Akhwat – saudara perempuan (ramai)
Ukht - saudara perempuan (seorang)
Hiwar – perbualan
Akbar­ – besar
Zikir ilallah – zikir kepada Allah
Syukran jazilan – terima kasih
Allah yubarik fik – semoga Allah memberkati kamu
Halawatul iman – kemanisan iman
Syabab – pemuda
Naqibah – ketua usrah (perempuan)
Zauj – suami
Zaujah – isteri
Liqa’ – pertemuan
Mabruk – tahniah
Baitul Muslim – rumahtangga Islam
Barakallah ‘alaykum – moga Allah memberkati kamu berdua
Tamam – selesai
Uhibbuki fillah – saya sayangkan awak kerana Allah
Abadan abada – selama-lamanya

[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-1606622380174020972008-12-15T18:20:00.000-08:002008-12-15T18:22:35.659-08:00Indahnya Saat Bersamamu... (ISB) - Bahagian 2“ADIK-ADIKKU kasih dan sayang...
Bagaimana pula jika tiba-tiba Izrail datang menjemput kita sekarang ini? Kita belum sempat bertemu kedua ibu bapa kita. Kita belum sempat bertemu adik-beradik kita. Kita belum sempat memohon ampun dari mereka, sedangkan kita sering menyakiti hati mereka. Apakah yang akan kita bawa bertemu Allah?”

“EH, JAJA! Kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat sangat ni.”

“Eh, Kak Yong...Kak Ngah...” Jaja menyapu sisa-sisa air mata yang membasahi pipinya.

“Kenapa ni Jaja? Ada masalah ke?” Kak Ngah mengusap lembut belakang Jaja yang sedang duduk memeluk lutut.

“Jaja, kalau Jaja ada masalah, ceritalah pada kami. Insyaallah, mana yang akak berdua boleh bantu, kami akan bantu. Tak baik pendam masalah seorang diri.”

“Jaja, Kak Yong tak paksa Jaja bercerita pada kami. Mungkin Jaja tak selesa nak bercerita pada kami. Tapi Jaja kena ingat, kami sayangkan Jaja sebab kita berpegang pada akidah yang sama.” Ujar Kak Yong sambil tangannya menggenggam erat tangan Jaja.

Suasana sepi seketika.

“Kak...Jaja ni jahat. Jaja banyak bagi masalah kat semua orang. Jaja selalu lawan cakap mama dan papa. Jaja selalu bagi masalah pada pihak sekolah. Jaja selalu lawan cakap cikgu. Akak cakap je apa jenis peraturan sekolah yang Jaja tak langgar? Setakat lompat pagar tu tak ada masalah buat Jaja.”

“Kenapa Jaja buat macam tu? Jaja tak rasa ke apa yang Jaja buat tu salah?” soal Kak Yong lembut.

“Kak, Jaja benci dengan semua orang! Jaja dah penat dibanding-bandingkan. Kat sekolah cikgu-cikgu selalu bandingkan Jaja dengan Abang. Kat rumah mama dan papa pun sama. Jaja tau abang memang baik dari semua segi. Abang pandai, aktif dalam sukan, tilawah, pidato. Kenapa semua orang nak Jaja mesti jadi serupa macam abang? Jaja pun ada minat Jaja sendiri, tapi tak pernah ada siapa pun yang ambil peduli.” Jaja melepaskan satu keluhan berat. Suasana menjadi sepi. Masing-masing diam membisu.

“Sebab tu Jaja buat macam ni? Lawan cakap mama dan papa? Lawan cakap cikgu?” Kak Ngah memecah kebisuan kami.

“Kak, Jaja sedar apa yang Jaja buat tu salah. Jaja tau Jaja tak patut buat semua ni. Memang Jaja nak berubah kak...tapi...” kata-kata Jaja terhenti di situ. Empangan air matanya mula pecah.

“Alhamdulillah, Jaja sedar kesilapan yang dah Jaja buat.” Kak Ngah tersenyum manis.

“Tapi kak, Jaja ni jahat. Boleh ke Jaja betulkan semula kesilapan Jaja?” Jaja tunduk menekur ke bumi.

“Jaja, tak ada makhluk yang bernama manusia yang tak pernah buat silap sebab kita bukan maksum. Kak Yong sendiri pernah buat silap, pernah kecewakan mak dan ayah Kak Yong. Tapi bila kesedaran tu datang, kita kenalah berubah. Akak tau, bukan mudah kita nak buat perubahan yang besar pada diri apatah lagi bila orang dah labelkan kita macam-macam. Tapi yang penting, kita kena kuatkan semangat. Jangan hiraukan apa orang lain nak kata.”

“Jaja, sebagai anak kita wajib taat kepada perintah ibu dan ayah selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Jaja beruntung sebab masih ada ibu dan ayah. Pernah tak Jaja fikir, letakkan diri Jaja di tempat orang lain yang dah tak punya kedua-duanya? Kak Ngah sendiri telah kehilangan keduanya. Betapa rindunya Kak Ngah pada mereka, betapa kesalnya sebab tak sempat nak membalas jasa-jasa mereka hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, Kak Ngah masih diberi peluang olehNya untuk menumpang kasih dari sebuah keluarga yang sangat besar. Kak Ngah punya kasih sayang dari Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak, Pak Kay, Ummi Ida, Mak Andak, Kak Nina dan semua ahli keluarga team KBM KL. Mungkin kasih sayang mereka tak sama macam kasih sayang ibu dan ayah kandung, tapi Kak Ngah bersyukur sangat.”

“Dah la tu Jaja. Dah lewat sangat ni. Pergilah tidur. Nanti nak bangun awal kan?” Kak Yong mengusap lembut belakang Jaja.

“Kak Yong, Kak Ngah...terima kasih ye.”

“Kenapa pula nak berterima kasih ni?” Kak Ngah tersenyum nipis.

“Terima kasih sebab Kak Yong dan Kak Ngah sudi jadi pendengar, sudi melayan karenah Jaja. Terima kasih juga sebab terima Jaja as the way I am.”

“Itu dah jadi tanggungjawab kami Jaja. Bagi Kak Yong, tak ada manusia yang sempurna. Setiap dari kita pasti pernah buat silap. Dan menjadi tanggungjawab Kak Yong untuk membantu Jaja sebab kita memiliki akidah yang sama. Kami sayang pada asik-adik semua. Atas rasa kasih dan sayang inilah kami sanggup datang dari jauh, korbankan masa kami untuk bantu adik-adik.”

“Kak Yong, Kak Ngah...” Jaja memeluk erat tubuh Kak Yong dan Kak Ngah. Air matanya gugur lagi.

“Syy...dah, jangan nangis lagi. Kan dah tak comel adik Kak Ngah ni. Pergi tidur ye?”

“Baiklah Kak Ngah, Kak Yong. Jaja masuk dulu ye. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” serentak Kak Yong dan Kak Ngah menjawab.

“Kak Ngah...”

“Emm...”

“Kak Yong sayang Kak Ngah sangat-sangat...” Kak Ngah tersenyum sambil memandang Kak Yong. Tangan Kak Yong digenggam erat.

“Angah pun sama...”

“Cantik kan bulan malam ni?” Masing-masing tenggelam melayani perasaan.[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-532284262537416805.post-65046002484817362392008-12-15T18:11:00.000-08:002008-12-15T18:19:15.647-08:00Indahnya Saat Bersamamu... (ISB) - Bahagian 1“OPSS!” Jaja tiba-tiba berhenti berjalan.
Husna dan Sarah turut berhenti sambil memandang Jaja dengan kening terangkat.

“Korang pasti ke yang program KBM ni bukan ceramah agama?” soal Jaja sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Cikgu Zul bagitau KBM ni program motivasi tapi tak ada ceramah-ceramah yang aku tau cukup alergik untuk kau.” Ujar Sarah sambil tersengih.

“Kenapa pulak?” berkerut muka Jaja tanda protes.
“Eleh, macam kitorang tak kenal kau. Kalau dengar ceramah, confirm kau lena statik kepala tegak mata pejam.”

“Tak pun, kau seludup walkman dalam baju kau dan earphonekat telinga tu bakal berdentumdengan lagu-lagu Simple Plan kau tu.” Tokok Husna sambil angkat kening double-jerk.

Jaja mencebik.

“Jom, dah lambat ni. Macam mana kita nak masuk ni?” Soal Sarah.
Jaja buat kening double-jerk. “Kita buat gaya sheriff masuk kasino.” Dan senyum nakal berbunga di bibirnya.

“WEH KORANG.”

“Kenapa?” Soal Husna.

Jaja dah laju ke depan. “Korang tak lapar ke?”

“Dasar perut belanga la kau ni.” Sarah mencebik.

Mereka beriringan ke kantin sekolah. Masa yang diberikan untuk kudapan hanya 30 minit. Sarah, Husna dan Jaja duduk semeja. Selesai Sarah membacakan doa, masing-masing mencapai sudu dan garpu.

“Jaja.”

“Hmm?”

“Macam mana?”

“Apa dia?” Jaja angkat kening sebelah.

“Macam mana program ni?” Soal Husna sambil tangannya menyuap nasi lemak ke mulut.

“Hmm...so far okey je. Akak-akak fasi comel-comel belaka. Abang-abang fasi pun boleh tahan tahap kehensemannya.”

“Gila kau Jaja! Aku tanya betul-betul ni.” Husna ketawa.

“Assalamualaikum...”

“Eh, Kak Yong! Waalaikumsalam.” Jawab Sarah.

“Maaflah ganggu korang berborak. Boleh akak duduk sekali?”

“Duduklah kak.” Jawab Husna manakala Sarah dan Jaja sekadar mengangguk.

“Boleh akak tau nama adik-adik?”

“Elya Maisarah. Panggil Sarah.”

“Saya Zaidatul Husna. Panggil Husna.”

“Afza Humairah. Tapi nick pelik sikit.”

“Apa dia?” Soal Kak Yong.

“Jaja the troublemaker!” Serentak Husna dan Sarah berkata sambil tertawa nakal.

“Jaja the...what?” Soal Kak Yong agak kebingungan.

“Jaja ni 'penjenayah' sekolah kak. Entah bila nak retired, tak tau la kami.” Tawa Sarah meletus.

Jaja sengih sumbing. “Hampeh la korang ni. Buat malu aku je.”

“Janganlah usik Jaja lagi. Biasalah remaja macam korang ni. Nakal sikit tak mengapa.” Ujar Kak Yong tersenyum nipis.

“So, macam mana program ni setakat slot KMKY tadi?”

“Best tahap tak ingat!” Sarah tersengih.

“Gila ah ding dong!” Jaja tertawa kecil. Husna sekadar menunjukkan thumbs up!

“Tapi kan Kak Yong, saya tak pernah pergi program motivasi yang happening macam ni. Bukan setakat fasi-fasi je yang sporting, pakcik-pakcik tu pun slumber je buat Happy Chicky!” Sarah rancak bercerita.

“Haa...sebut pasal Happy Chicky ni, macam kena geletek je tali usus saya ni bila tengok kawan-kawan yang lain. Masing-masing dah macam anak ayam terkepak-kepak.” Tokok Husna.

“Alhamdulillah...adik-adik seronok join program ni. Eh, ni dah pukul 10.30 pagi. Korang kena masuk dewan sekarang ni.”

“Eh, ye la. Seronok bercerita sampai tak ingat dunia.” Jaja merenung jam di pergelangan tangan.

“Memang la tak ingat dunia, sebab kita kena ingat akhirat.” Kata-kata Husna disambut tawa mereka berempat.[SHE]http://www.blogger.com/profile/01091408814904881503noreply@blogger.com1